29 March 2010

Syahadah Kita..

Salam..

Baru-baru ini, saya ada terlibat dalam menganjurkan program Syahadatul Haq yang diadakan di tempat saya belajar sekarang. Alhamdulillah, rata-rata program ini mendapat sambutan dan respon yang baik, dengan penyampai yang cukup mantap.

Semenjak program tersebut, ada beberapa orang sahabat yang berkata kepada saya beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh kita semua.

Sebenarnya inilah dia perasaan yang dirasai oleh Rasulullah s.a.w. ketika mula-mula mendapat wahyu dalam menyampaikan syahadah ini. Kita seharusnya bersyukur, kerana tidak semua orang yang dipilih untuk merasakan perasaan ini.

Ketika baginda s.a.w. awal-awal menerima wahyu, baginda sangat terasa beratnya bebanan yang perlu dipikul dalam menyampaikan syahadah ini. Baginda menggigil ketakutan kerana sedar bahawa tanggungjawab untuk berdakwah ini bukanlah suatu perkara yang mudah, sebaliknya penuh dengan rintangan oleh pelbagai pihak.

Tanggungjawab dan ayat-ayat quran ini adalah amanah yang berat, dan ianya disebutkan di dalam al-quran sebagai 'qaulan thaqila', iaitu kata-kata yang berat.

'Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat (qaulan
thaqiila)' - al-Muzammil: 5
Namun, tanggungjawab ini bukanlah tanggungjawab individu atau fardhi semata-mata. Mana mungkin misi dan visi yang besar ini tercapai dengan mudah dengan gerak kerja individu. Jikalau Nabi mempunyai sahabat-sahabat sebagai penyokong ketika senang dan susah, kita punya rakan-rakan yang berkumpul sekali seminggu sebagai pengubat luka dan pemberi semangat ketika mana semangat kita luntur.

Yang lebih penting, tugas ini bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat sambil lewa. Sedangkan seorang atlit memerlukan masa berbulan-bulan untuk membina otot dan kecergasan pada tahap yang optimum, inikan pula tugas yang jauh lebih berat dari memenangi pingat emas dalam sesebuah sukan.

Akhir sekali, saya ingin berkongsi satu lagu yang biasa didengar, yang diinspirasi oleh seorang ikhwah ;p

p/s - Alhamdulillah, sebentar tadi baru sahaja selesai peperiksaan Sports Medicine :-) Ayuh bekerja keras untuk kerja yang lain. Juga selamat hari lahir buat kak long saya, Arbaeyah yang menyambut hari lahir beberapa hari yang lepas.

02 March 2010

Happy Birthday, Mom :-)

Salam..

Saya sekadar ingin mengucapkan

SELAMAT HARI LAHIR

kepada ibu saya yang sangat saya sayangi, Zaharah binti Ayob, yang menyambut hari lahir beliau hari ini :-) Semoga mak terus dipanjangkan umur, murah rezeki, dan bahagia di dunia dan akhirat.