29 January 2009

Hari Ini Dalam Sejarah..

Salam w.b.t.

Beberapa perkara penting berlaku pada hari ini..

Pada hari ini, 29 Januari 2009, saya secara rasminya merasmikan blog saya kepada umum. Sebelum ini, cuma adik saya, Aisyah yang tahu. InsyaAllah, sama-sama kita doakan agar ia membawa kebaikan kepada semua.

Alhamdulillah.. dengan izin Allah, saya telah berjaya menamatkan winter semester pada hari ini.. Pagi tadi, saya telah pun mengambil exam physical examination in internal medicine, iaitu exam yang terakhir bagi saya untuk winter semester ni.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya berjaya mendapat keputusan yang terbaik dalam semua peperiksaan setakat ini.. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan tunjuk ajar dan sebarang bentuk bantuan. Banyak pujian yang telah saya terima, tetapi saya suka untuk ingatkan diri saya dan diri orang-orang lain, yang sesungguhnya segala pujian tu bukanlah milik saya, sebaliknya milik Allah.. segala nikmat yang kita terima bukanlah semata-mata atas usaha kita, tapi sudah tentu segala-galanya adalah dengan izin Tuhan.. Segala pujian hanyalah milik Allah..

buku-buku yang perlu ditelaah ;p
Saya teringat dengan beberapa ayat dalam al-quran, dari surah an-Nazia'at, di mana Allah berfirman maksudnya:
"Apakah penciptaan kamu lebih hebat atau langit yang dibangun-Nya? Dia telah meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya. Dan dia menjadikan malamnya (gelap gelita), dan menjadikan siangnya (terang benderang). Dan setelah itu bumi Dia hamparkan. Darinya Dia pancarkan mata air, dan ditumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang Dia pancangkan dengan teguh. (Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakanmu " (79:27-33)
Tidak dapat dinafikan, sebaik mana pun kejayaan kita di atas dunia ini, kita terlampau kerdil berbanding Allah, malah kita sangat hina berbanding Tuhan yang Maha Sempurna. Ilmu kita sangat sedikit berbanding Allah, umpama titisan air berbanding lautan yg meluas. Sehebat mana pun seorang doktor, beliau sendiri tidak dapat mengawal denyutan jantung sendiri, usah pula perkara-perkara lain. Kita tidak mampu mengawal dan mengatur sistem badan kita sendiri. Sewaktu peperiksaan saya sebentar tadi, saya tidak dapat merasakan spleen pesakit saya dengan tangan saya. Begitu lemah sekali diri kita sebagai makhluk. Dalam ayat yang saya utarakan di atas, Allah membandingkan ilmu kita denga penciptaannya. Segala ciptaan Tuhan adalah sangat sistematik, teratur dan sangat tepat ukurannya. Lihat saja pada kedudukan bumi dalam galaksi bima sakti sekarang, kedudukan bumi ini dengan jaraknya dari matahari dan planet-planet lain adalah sangat sesuai untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kita tidak mampu menandingi ilmu Tuhan, dan kita sekali-kali tidak akan.

Perkara ketiga yang mungkin istimewa bagi diri saya pada hari ini ialah pada malam ini, dalam kalender Hijrah, masuklah 4 Safar, di mana ia adalah ulang tahun kelahiran saya yang ke 23 jika mengikut kalender Hijrah. Saya telah dilahirkan pada 4.28pm, 8 Oktober, bersamaan 4 Safar 1407 Hijrah. Tanpa disedari sangat cepat masa berlalu. Usia pun sudah meningkat. Berkenaan soal usia, saya teringat tentang Sultan Muhammad Al-Fatih. Mungkin semua orang sudah tidak asing dengan nama beliau. Beliau adalah panglima tentera Islam yang telah membuka kota Constantinople dan diberi nama Islambul, yang kini dikenali dengan Istanbul, di Turki. Beliau adalah seorang pemuda yang sangat hebat. Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa beliau menjadi sultan ketika usia 22 tahun dan usia beliau ketika mengepalai tentera untuk membuka Constantinople hanyalah 24 tahun. Tidak dapat dinafikan, beliau adalah pemuda yang sangat hebat, dengan usia yang sangat muda. Malah Rasulullah s.a.w sendiri telah memuji dalam satu hadith yang mengatakan, 'Kamu akan menguasai Constantiople. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin ketika itu, dan sebaik-baik tentera adalah tentera ketika itu'. Apakah istemewanya Constantinople? InsyaAllah, saya akan menceritakan lebih banyak tentang Constantinople selepas saya pulang dari lawatan ke Turki seminggu lebih akan datang.

Saya sekadar ingin membandingkan keadaan pemuda zaman ini dengan masa lampau. Seringkali timbul dalam fikiran saya, apakah yang menyebabkan mereka sangat hebat? Yang pasti, untuk mencapai sesuatu, kita bukan hanya perlu mantap dari segi rohani, malah perlu juga mantap dari segi sunnatullah, yang meliputi perancangan, strategi dan usaha. Sejarah sudah pun membuktikan, kejayaan orang-orang yang lampau bukanlah hanya atas dasar kekuatan iman, malah usaha, kegigihan dan perancangan tidak kurang pentingnya. Kejayaan tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa adanya usaha dan perancangan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri.

Hari ini secara rasminya winter semester saya sudah tamat. Namun, ini bukan bermakna masa untuk berehat. Ketika Salahuddin al-Ayyubi ditanya mengapa beliau tidak pernah senyum, beliau mengatakan dalam satu kata-katanya yang masyhur, "bagaimana mungkin aku tersenyum, sedangkan baitulmaqdis berada di tangan musuh". Masih banyak lagi urusan perlu diselesaikan, dan masih banyak lagi tanggungjawab yang harus dilaksanakan..

Yang pasti, hari ini akan menjadi sejarah, sekurang-kurangnya pada diri saya :-)

Selamat datang ke blog, selamat tinggal winter semester, dan selamat hari lahir, Mohd Noor bin Ismail :-)

5 comments:

Anonymous said...

congrats utk winter sem :) tq utk info yg menarik kat atas esp kata2 Salahuddin al-Ayyubi tu. teruskan menulis, insyaAllah akan jd pengunjung tetap blog ni :D oh ye, slmt hari lahir..semoga selalu diberikan yg terbaik olehNya :)

Anonymous said...

selamat hari lahir =)

smalam aisyah interview university of leicester.. next week new castle.. n the following week will be cardiff insyaAllah.. doakan yang terbaik untuk Aisyah.. =)

n.. congrates gak!

"Jalan itu JAUH. Matlamat akhir itu HAKIKI. Mencapainya memerlukan KESABARAN dan KETEKUNAN. Ujian ialah KAYU UKUR iman. Tinggi rendah iman diukur daripada NATIJAH di akhir ujian. Tetaplah TSABAT. Janji-Nya PASTI"

barakAllahufik.

mohdnoor said...

thanks aisyah, n lenepawida :-) Moga lin berjaya dgn cemerlang jugak dlm semua exam.. Good luck, aisyah, utk semua interview.. insyaAllah, bole, abang doakan..

Anonymous said...

selamat hari lahir wahai abang lang..hihi
nak hadiah??meh balik mesia ..hihihihi =p

-angah-

mohdnoor said...

huhu.. bile la nak balik malaysia..

anyway, thanks.. rindu semua orang..