28 June 2009

Muhammad Hamzah Farouq..

Salam w.b.t.

Saya baru sahaja pulang ke rumah dari melawat rakan seusrah saya, Shiraaj yang baru sahaja mendapat anak beberapa hari yang lepas. Anak beliau telah diberi nama Muhammad Hamzah Farouq.

Muhammad Hamzah Farouq telah selamat dilahirkan di Maternity Clinic, University Hospital, Charles University, Hradec Kralove pada 25 Jun 2009 pukul 8.34 malam waktu tempatan. Alhamdulillah, Muhammad Hamzah Farouq merupakan anak Malaysia pertama yang dilahirkan di bumi Republik Czech ini.

Muhammad Hamzah Farouq, ketika berusia sehari

Bayi yang sedang tidur

Rata-rata kelahiran bayi comel ini disambut dengan begitu gembira oleh masyarakat di sini, baik warga Malaysia, mahupun warga UK, tidak kurang pula dari masayarat Arab di sini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada, sahabat saya Shiraaj dan Siti Noraini yang kini sudah pun menjadi bapa dan ibu. Melihat bekas housemate saya yang kini sudah pun menjadi bapa, di dalam hati kecil ini, teringin juga untuk mendapat anak sendiri. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Muhammad Hamzah Farouq ketika dipakaikan sunglass penulis

Penulis bersama sahabat, Shiraaj dan anaknya

Semoga Allah memberkati keluarga Shiraaj dan Siti Noraini.

4 comments:

Nurul Atikah said...

Alhamdulillah bestnye dpt baby..
mcm mn beliau xm kalau dah lahir baby yek??
tertanya2..

mohdnoor said...

salam..

heh.. em, rasenye sy tak patut jawab soalan tu, sbb soalan tu bukan tuju kat diri saya ;p
anyway, boleh jer ambik exam, tapi ambik lambat sikit la.. dekat sini exam die boleh pilih tarikh sendiri, tak fixed.. so, kalau ade hal apape, pilih la tarikh lewat2, ade byk masa utk study..

amni said...

comeeiii yeee..
dah lama x pengang baby...
moga2 lahir ye mohd farouk ni akn mnjadi pemimpin dunia islam 1 hari nnti

mohdnoor said...

teringin ade baby sendiri, ke, saudari amni? heh.. ye, moga semue mendapat kebaikan..