12 April 2010

Masih Banyak Ruang..


Salam w.b.t.

Minggu ini merupakan minggu pertama sepanjang hidup saya di mana semua ahli keluarga saya berada di tempat yang berjauhan. Saya di Czech Republic, adik dan kakak di Perak, kak long bersama keluarga di Sabah, adik di United Kingdom, sementara ibu pula sedang berada di Madinah ketika ini. Kadangkala, semakin jauh jarak antara kita, hati kita sebenarnya bertambah rapat.

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang beberapa minggu yang lepas.

Minggu lepas di sini adanya program 'Super Power Student'. Alhamdulillah, Ustaz Maszlee sangat mantap dan luas pengetahuan. Sebelum saya pergi ke luar negara, saya tidak pernah terfikir akan mendalami ilmu agama lebih banyak daripada di tanah air sendiri, atau lebih spesifik, di sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah 'atheist'. Sudah pastinya saya silap. Ilmu Allah itu luas, dan kadang kala ia seringkali tiba dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

Hakikatnya, saya lebih sedar luasnya peluang untuk mendapat ilmu jika kita mencari. Dan sudah pasti, pencarian ilmu itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, Abdullah ibnu 'Abbas begitu bersusah payah mendapatkan ilmu selepas kewafatan Rasulullah, inikan pula kita yang sangatlah kurang ilmu pengetahuan.

Kadangkala apabila berada di negara sendiri, kita lebih malas untuk mendalami dan mengkaji ilmu yang di luar bidang pengajian kita memandangkan kita merasakan kita berada di 'comfort zone' yang tidak perlu untuk bersusah payah.

Gambar hiasan :-)

Baru-baru ini juga saya tersentuh dengan seorang murabbi yang sangat hebat pengorbanannya. Siapa tidak kenal hebatnya dia berdakwah, entah ribuan orang agaknya. Namun, tidak ramai yang tahu, di sebalik kesungguhan berdakwah, pada waktu malam terpaksa bekerja sebagai 'cleaner' untuk menampung sara hidup dan keluarga, di samping berdakwah.

Ketika di Malaysia pula, saya ada berjumpa dengan seorang shuyukh yang tidak kurang hebatnya. Barangkali, pada kedudukan dia dengan pekerjaannya, dia mampu membeli rumah yang besar, kereta mewah dan sebagainya, namun apa yang dia ada? Dia mengorbankan segalanya untuk berdakwah. Hatta rumahnya sendiri hanya mempunyai berapa sahaja perabot. Klinik miliknya ditutup apabila ada urusan dakwah yang lebih penting, dan banyak lagi. Barangkali kerana pengorbanan sedemikian, ramai sekali rijal-rijal yang dibentuk bersamanya. Mungkin kerana itu dakwahnya sangat terkesan di dalam hati mad'u-mad'unya.

Kadangkala terasa sangat malu pada dirinya mengenangkan diri sendiri yang mudah mengeluh dan berputus asa.

Pastinya saya bukanlah orang terbaik untuk memikul tugas ini. Banyak sekali kelemahan di dalam diri ini yang harus diperbaiki.

Di kala kita sibuk dengan pelbagai peperiksaan, ada sahaja orang yang lebih sibuk dengan kerja untuk menyara hidup diri dan keluarga. Di kala kita kesempitan wang, ada sahaja orang yang tiada wang langsung hingga perlu bekerja siang malam untuk berdakwah. Di kala kita kesuntukan masa, ada sahaja orang yang hanya tidur beberapa jam sahaja sehari. Dan orang-orang itu semuanya tidak kurang hebat dakwah mereka.

Saya teringat kata-kata murabbi saya beberapa hari yang lepas, 'Beginilah dakwah. Kalau kita tidak ada duit, carilah duit. Kalau tidak ada masa, carilah masa. Yang penting, dakwah itu terus berjalan.'

Saya suka untuk berkongsi satu ayat quran:
'Barangsiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan Mengembalikannya berlipat-lipat kali ganda kepadanya dan baginya pahala yang mulia' - 57: 11
Tentu sekali pinjaman yang baik bukanlah sesuatu yang kita sendiri tidak perlukan. Sebaliknya, yang lebih bernilai adalah pinjaman yang kita sendiri perlukan untuk perkara lain. Demikianlah masa, jiwa, dan harta yang ingin kita infakkan di jalanNya.

Tidak perlu dirungkai lagi. Boleh jadi ayat ini menyimpulkan tulisan saya di awal tadi.

Masih banyak ruang yang perlu dikorbankan, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki, dan terlalu banyak ruang untuk dipelajari.

7 comments:

Ansorullah said...

salam'alayk sheikh...

setuju sgt2...
ramai mad'u yang terkesan & mahu melekat dgn dakwah ini bukan kerana hebatnya kata-kata kita, tapi tersentuh kerana melihat bersusah-payahnya abg2 mereka dan bersabar dalam melayani mereka... masyaAllah...

hidayah itu milik Allah. jika betul2 usaha & ikhlas dlm kerja kita, pasti Allah akan memberi hidayahNYA.. jzkk atas ingatan.

Anonymous said...

salam ziarah dari OC ke HK..

nazrul di sini.. saya suka artikel ini..

best2.. rajin2 update blog ye,huhu..

mohdnoor said...

salam..

to saif shah.. jzkk, akhi :-) hope semue kat sane sihat2.. rindu kat korang..

yep.. ape pun yg kite buat, yg penting untuk tarbiyah n bentuk diri sendiri.. hidayah milik Tuhan, tapi sikit sgt yg kita usahakan sebenarnya.. mmg byk lagi perlu belajar..

mohdnoor said...

to nazrul..

1st time nampak muncul kat blog ni.. hehe..

iAllah.. mls sikit tulis skrng..kdg2 tulis kat blog lain.. anyway, aku dah add blog ko kat bloglist ;p

kp in touch..

Allahumma laa tuakhithnee bimaa yaqulun.. waghfirli maalaa ya'lamoon..

Anonymous said...

like it ;p

aisyah ismail ♥ said...

aisyah ismail like this too! :)

by the way, abang.. bukan sejak dulu kita semua memang selalu berjauhan ke?? huhu~

far apart but never in the doa and in the heart. :)

do take care.

dan doakan aisyah di sini (T_T)

luv,
aisyah cardiff.

mohdnoor said...

hehe.. maybe salah ayat kot.. berjauhan merentas laut dan benua ;p dulu jauh2 pun, still within semenanjung M'sia jugak ;p

besnye aisyah gi umrah nanti.. mak pun dah pegi..

iAllah abg doakan.. take care jugak :-)