11 May 2010

Peluang Untuk Kita..

Salam w.b.t.

Mungkin, dahulu saya tidak pernah terfikir untuk tinggal di sebuah negara atheist. Hakikatnya, kini saya berada di kawasan yang masjid pun tiada. Namun, syukur pada Allah, biarpun demikian, kawasan ini semakin ramai penduduk Islam dan aktiviti-aktiviti dakwah dan program masyarakat Islam giat dijalankan.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun saya berada di luar negara, dan setelah sekian lama berbincang, akhirnya komuniti Islam di sini akan mendirikan sebuah masjid. Kesemua dokumen telah pun disiapkan. Namun, kekurangan yang ada hanyalah soal kewangan.

Kos masjid ini adalah kira-kira 3 juta ringgit dan pihak kami masih lagi jauh menghampiri jumlah tersebut. Justeru saya menyeru kepada sesiapa sahaja kenalan atau pembaca blog ini agar dapat sama-sama menyumbangkan ke arah pembentukan masjid pertama di kawasan kami.

Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita menambahkan saham akhirat kita. Tambahan pula, masjid ini merupakan masjid pertama yang akan didirikan di sini.

InsyaAllah, semoga sumbangan kita menambahkan saham kita di akhirat.


~kertas kerja masjid yang dipapars sebelum ini perlu dialih atas sebab-sebab tertentu~


Akaun rasmi untuk masjid ini:

Bank’s Name: Raiffeisenbank

Account holder: Muslimska Obec v HK

IBAN Number: CZ3955000000005176615001

Bank Code: 5500 (Raiffeisenbank)

Swift Code: RZBCCZPP

Bank Address: V Kopecku 75, 500 01 Hradec Kralove


Atau boleh menghubungi saya secara terus.

Mohd Noor bin Ismail,
muhammadnoor.ismail@gmail.com,
+420 774 691 575

Maklumat lanjut rujuk sini atau sini.

Ayuh kita berlumba-lumba ke arah kebaikan. FASTABIQUL KHAIRAAT!!!

2 comments:

along said...

salam muhammad..caner nak bank in kat kau?? guna acc maybank leh?? kau transfer la g bank tu..

mohdnoor said...

salam, along...

nak senang nantila kat m'sia nanti kasi by hand, or bank in account m'sia je. sebabnye kalau terus masuk duit ke account sini rugi banyak dari segi conversion rate..