Mungkin tidak ramai yang sedar, bulan Mac ini, genap 87 tahun runtuhnya sistem khilafah Islam di atas muka bumi ini, setelah lebih seribu tahun ianya bertahan semenjak wafatnya rasul kita yang terakhir.
Mengenang ketinggian tamadun Islam suatu ketika dahulu pastinya menambahkan izzah kita dengan Islam. Namun, mempelajari bagaimana jatuhnya sistem khilafah Islam pastinya amat memilukan. Lebih malang, masyarakat ketika itu bersikap sangat alpa dibuai mimpi dengan 'kejayaan-kejayaan' yang dihidangkan oleh musuh Islam.
Baru-baru ini, saya ada mengkaji dengan lebih mendalam Peperangan Aqaba yang berlaku di tanah Arab pada tahun 1917.
Aqaba merupakan kumpulan tentera terakhir kerajaan Turki Uthmaniyah yang berjuang mempertahankan tanah-tanah Islam dari pencerobohan barat dalam peristiwa yang dinamakan Arab Revolt.
Diringkaskan cerita, pada asalnya, pihak barat yang diketuai oleh T.E. Lawrence tidak berjaya menembusi kawasan Turki Uthmaniyah. Namun, setelah itu, mereka berpakat dengan ketua-ketua kabilah Arab supaya membantu mereka dengan ganjaran memberikan kemerdekaan buat negara masing-masing.
Akhirnya, Aqaba tumpas, bukan di tangan barat, tetapi di tangan orang-orang Islam sendiri, yang diketuai oleh Amir Faisal, iaitu anak kepada Shariff Hussain yang merupakan pemimpin orang-orang Arab ketika itu. Kejatuhan Aqaba membolehkan tentera barat memasuki Palestin, Syria dan negara-negara Arab yang lain. Semangat pan-Arabism dilaung-laungkan, dan akhirnya masyarakat Islam tertipu dengan hadiah 'kemerdekaan' yang dianugerahkan kepada mereka. Mereka bersorak gembira dengan 'kemenangan' yang diperoleh, sehingga mereka lupa akan jatuhnya sistem khilafah Islam yang menyatupadukan umat ini.
Tidak cukup dengan membantu melumpuhkan sendiri khilafah Islam, selepas Perang Dunia Pertama, Faisal sekali lagi bekerjasama dengan Yahudi dan menandatangani Perjanjian Faisal-Weizmann yang mengiktiraf Balfour declararation yang mengizinkan penubuhan negara Yahudi di Palestine.
'"We Arabs... look with the deepest sympathy on the Zionist movement. Our deputation here in Paris is fully acquainted with the proposals submitted yesterday by the Zionist Organisation to the Peace Conference, and we regard them as moderate and proper. We will do our best, in so far as we are concerned, to help them through; we will wish the Jews a most hearty welcome home... I look forward, and my people with me look forward, to a future in which we will help you and you will help us, so that the countries in which we are mutually interested may once again take their places in the community of the civilised peoples of the world."
Hari ini, ketika kita melaung-laungkan slogan menyokong rakyat Palestin, kita lupa bahawa sebenarnya penderitaan rakyat Palestin hari ini dan perpecahan umat Islam sebenarnya banyak berkait rapat dengan kebodohan umat ini juga suatu ketika dahulu.
Kerana itu, Imam Hassan al-Banna menyebut dalam usul pertama dari usul 20:
'Islam adalah negara dan tanah air, pemerintah dan umat... '
Tanah air kita adalah Islam. Negara kita adalah Islam. Pasport kita adalah passport Islam. Saudara kita adalah semua yang beragama Islam.
Perkara ini ditekankan sejak awal lagi, memandangkan umat hari ini terbatas oleh sempadan negara, sedang mereka lupa bahawa negara sebenar kita adalah Islam. Kesusahan saudara lain tidak dirasai hanya kerana perbezaan warna passport.
Cukuplah kebodohan masa lampau. Usah biarkan diri kita diperbodohkan lagi.
No comments:
Post a Comment