01 March 2009

Happy Birthday, Mom..

Ibu..
Aku tidak meragukan kasih sayangmu
Dan tidak juga sangsi akan keikhlasanmu
Aku yakin di kakimu adanya syurga bagiku


Ibu..
Hantar anakmu ini untuk melangkah
Pegang tanganku kala kakiku goyah
Tuntun jiwaku untuk belajar
Sebuah aksara yang membuka mata

Ibu..
Ajarkan anakmu akan eksistensi cinta
Dan ajari diriku tentang seorang manusia
Yang akan membantumu kala engkau senja
Bimbinglah aku untuk mewarnai dunia

Ibu...
Engkau adalah insan istimewa
Engkau telah tabah hadapi onak dunia meskipun bersendirian
Engkau memberi inspirasi padaku tika ku terluka
Aku sangat takut untuk melukai mu
Kerana begitu mulia dirimu padaku

Ibu..
Di ruang Mac ini ada hari untuk mu
Entahlah.. besar mana erti bulan itu
Yang aku inginkan hanyalah mengabdi padamu
Tanpa harus melukai jiwamu

Selamat hari lahir, untukmu ibuku
Senyumanmu akan terpampang di kelopak mataku


glitter-graphics.com

-Mohd Noor Ismail, untuk ibu tersayang..

My family is everything for me..

4 comments:

lenepawida said...

bestnye.mohd noor tulis sendiri ye?:)

muhammad noor ismail said...

em, taip jer, tak tulis.. hehe.. yep.. haritu tibe2 terfikir utk buat sajak, isi masa lapang.. heh.. dah lame tak berkarya..

Aisyah Ismail =) said...

selamat hari lahir mama =)

huhu~ ur poem made me cry.. love mama so much!

moga kita jadi anak yang soleh n solehah insyaAllah.. (^_^)"

muhammad noor ismail said...

yep.. moga kita jadi anak soleh dan solehah.. huhu.. luv mama so much too.. huhu..