Saya sedar, sudah agak lama tidak menulis di blog. Sebenarnya saya sudah pun ada beberapa artikel untuk dipost, namun, saya sengaja simpan untuk masa hadapan. Keadaan di sini agak menyibukkan dengan pelajaran dan pelbagai lagi komitmen. Ditambah pula dengan masalah laptop saya yang tidak dapat berfungsi. Doakanlah agar ia dapat berfungsi semula dengan baik.
Sepanjang saya berada di perantauan, banyak perkara dan pengalaman yang saya belajar. Pelbagai kerenah manusia yang dapat saya perhatikan. Ada antaranya yang sedap didengar, dan ada pula yang hanya menyakitkan hati. Tidak mengapa. Saya menganggap itu semua sebahagian daripada pengalaman hidup saya. Beberapa kesimpulan dapat saya buat daripada pemerhatian saya setakat ini. Kepelbagaian jenis manusia di atas muka bumi ini membuatkan pelbagai kerenah manusia yang dapat kita perhatikan. Namun, bagi saya, bagaimana cara yang kita pilih adalah hak individu. Namun, yang penting, matlamat kita adalah sama dan betul.
Saya memberikan satu analogi. Sebagai contoh, jika kita hendak pulang ke Malaysia dari Czech Republic, terdapat pelbagai laluan udara untuk ke tempat tersebut. Ada yang memilih untuk mengambil 'direct flight', ada yang lebih suka untuk transit. Ada yang memilih untuk naik dari UK, Vienna, Frankfurt dan sebagainya. Namun, destinasi akhir kita semuanya sama. Tidak perlu untuk orang yang naik dari Frankfurt mencerca orang yang mengikut laluan dari Vienna, dan sebagainya.
Dalam isu yang lain, saya agak terkilan apabila banyak kritikan telah dibuat terhadap institusi usrah. Golongan yang hadir usrah dianggap seolah-olah diri mereka 'superior'. Sebagai salah seorang yang mengikuti sistem tarbiyah usrah, saya menganggap ia adalah satu fitnah yang besar terhadap diri saya. Benarkah mereka menganggap mereka superior? Atau adakah diri sendiri yang berasa inferior? Allahu a'lam.. Allah lebih mengetahui.
Apakah sebenarnya matlamat hidup kita sebagai orang Islam? Semua orang Islam tidak terkecuali daripada tanggungjawab sebagai 'khalifah' dan untuk mengabdikan diri kepada Allah, seperti firmanNya:
" Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri padaKu"
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman pada para malaikat, 'Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi..." 2:30"
Dengan itu, jelas sekali, bahawa tugas kita sebagai umat Islam adalah sebagai khalifah, untuk memakmurkan bumi ini. Kita bertanggungjawab menyebarkan ajaran dan kefahaman Islam kepada manusia yang lain, kerana tugas dan tanggungjawab ini akan dipersoalkan kepada kita di akhirat kelak. Ini bukanlah suatu tanggungjawab yang kecil, sebaliknya ia merupakan satu amanah dan tugas yang sangat berat.
Namun, untuk memikul tugas ini, tidak ada ketetapan bagaimanakah caranya. Namun, jika kita mengikut sunnah Rasulullah, baginda bermula dengan mengadakan halaqah bersama para sahabat Baginda di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.
Jika kita jelas dengan tugasan yang terpikul di bahu kita, mengapa perlu kita mengkritik golongan lain yang sama matlamat dengan kita? Tidak kisahlah apa cara, atau apa 'kumpulan' yang seseorang itu ikut. Jika masing-masing faham dengan matlamat yang hendak dicapai, seharusnya perselisihan tidak berlaku sama sekali, kerana matlamat kita adalah sama!
Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan para pembaca, agar kita sedar akan matlamat yang terpikul di bahu setiap seorang dari kita. Saya sedar, saya sendiri bukanlah insan terbaik, namun, marilah kita sama-sama berganding bahu memperbaiki keadaan untuk menjalankan tugasan kita. Fokuslah pada MATLAMAT, dan pilihlah ALAT kita.
Kadangkala dalam keghairahan kita menegakkan agama, kita begitu taksub dengan cara kita, sehingga kita mencerca dan mengkritik golongan lain yang cara mereka tidak sama dengan kita. Ingin saya tegaskan bahawa CARA KITA MUNGKIN BERBEZA, NAMUN MATLAMAT KITA ADALAH SAMA!!
5 comments:
"hati tempat jatuh pandangan Allah.. jasad lahir tumpuan manusia.. utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia"
(^_^)"
Waktu Rasulullah di Makkah.. baginda x pernah meruntuhkan satu berhala pon.. even baginda sdiri solat di celah2 beribu2 berhala tersebut..
namun.. baginda telah berjaya meruntuhkan 'berhala' dalam diri manusia sdiri.. manusia yang bersifat assabiyah.. yang mementingkan keturunan.. yg menyembah material.. ideologi dan lain2..
masalah dan penyakit yang menimpa umat hari ini adalah symptom terhadap akar umbi yang masih belom berjaya dirawat.. selagi mana akidah itu tidak difahami dan ditanam.. masalah akan terus berleluasa.. sewaktu fathul makkah.. manusia2 yg berhala dalam dirinya diruntuhkan.. akhirnya akan sdiri meruntuhkan berhala2 yg berada di Makkah
yang pasti.. tarbiyah bukan segala2nya tp sgala2nya bermula dgn tarbiyah..
insyaAllah.. aisyah yakin.. Malaysian Night yg akan diadakan tu akan ada kebaikannya.. x perlu sume prgram yg tidak kedengaran islam itu perlu dihalang.. yg penting.. niat dan matlamat utama adalah mencari redha Allah..
sblum stiap prog.. kte bukan bertanya "how to do?" or "what to do?" tp.. "what for?"
wallahu'alam
p/s: take care abang.. trial start wednesday ni.. doakan aisyah k =)
yep.. bagi abg pun ok jer.. tp ade jer orang2 yang ingat abg tak suke.. padahal, tak pernah pun ckp apape pasal malaysian night..
tp actually post ni bukan just refer kat malaysian nite jer.. byk la lagi hal2 yg berkaitan.. huhu.. yeah.. yg penting sekali matlamat before nak buat apape..
ok.. all the best in your trial.. doakan kejayaan abg jugak, yer kat sini, dlm studies, n dlm hal2 lain..
sy paling menyokong the last paragraph
thanks, lina ;p
yep.. masalah takkan timbul kalau masing-masing sedar dan betul-betul faham akan matlamat bersama :-)
Jika ada terdapat dinding yang berlubang didalam sesebuah rumah, marilah sama2 kita tampungkan balik agar menjadi elok.Bukan bertindak membuat rumah yang lain sehinggakan nnt rumah yang baru itu juga ada pintunya yang patah lalu dibina yang lain pulak,lama2 byklah rumah yang tak didiami dan byklah kerugian yang dialami duit, pengorbanan dan sebagainya.Inilah yang kita bimbang sebenarnya.
Allahu'alam
Post a Comment