21 May 2009

Ada Orang, Ada Orang...

Salam w.b.t.

Dalam kesibukan study ini, saya suka untuk berkongsi satu puisi yang mana bagi saya sangat menyentuh perasaan saya. Ini merupakan entry pertama di dalam blog ini dalam kategori 'copy and paste'. ;p Syukran atas keizinan pemilik blog. Moga kita sama-sama beroleh manfaat.

Ada orang..

dulu hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.

bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.

Ada orang..

sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah

bukan apa, kene tadarruj

tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.

Ada orang..

sedap memberi ceramah

liqa’nya menarik dan menolak

bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan

tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,

takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.

Ada orang..

di mana dauroh di situ mukanya

di mana mukhayyam di situl dia

di mana mabit disitu tidurnya

kemana sahaja pasti ada dia

tidak perlukan dia pun masih ada dia

bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah

tapi sayang di medan longlai dan lesu

ke sana kemari hanya kerana suka

juga kerana semangat berpersatuan.

Ada orang..

dulu ligat

kereta hijau di belasah sekuat mungkin

bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’

surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih

tapi sayang

segalanya hanya sejarah

tapi mengapa?

Ada orang..

Ada orang..

Ada orang..

Jangan lupa kita juga orang..

Jangan lupa hidayah bukan milik orang..

Tentunya Allahlah yang memilih orang..

Adakah kita layak?

Untuk dipilih dan terus dipilih.

Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.

Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.

Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.

Jadi AWASI syaiton sekeliling!

Gigit kuat-kuat hidayah ini..

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

(7:175)

Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini

Syaiton menerkam memeluk kau erat!

Siapa rugi?

إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(9:39)

Tak pa

pergilah jauh-jauh

seandainya hidup dunia itu kau pilih

pastinya dakwah ini ada penggantinya.

Jika buka kita

Orang lain..


http://almuhandisi.wordpress.com/

9 comments:

Aisyah Ismail =) said...

Sesungguhnya kebenaran tidak akan memimpin, kebaikan tidak akan tersebar, keadilan tidak akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya orang-orang yang menggadaikan prinsip semata-mata mencari keuntungan dunia dan orang-orang yang bersifat ria' yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat, dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk. Kebenaran, kebaikan, kemuliaan hanya akan tertegak dengan orang-orang yang ikhlas, yang berpegang teguh dengan prinsip, yang boleh mempengaruhi orang lain bukannya dipengaruhi. Mereka adalah orang-orang yang berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya mengambil.-Risalah Ta'alim-

moga kita terus thabat atas jalan da'wa

take care abang (^_^)"

insan biasa said...

kata orang..
tarbiyah bukan segala-galanya..
tapi..
tanpa tarbiyah..
siapalah kita..

hidayah milik Allah namun perlu berusaha mencapainya..

semoga thabat di jalan yang berliku..
walau kadang jatuh tersungkur ditengah jalan..
perlu bangun dan bangkit semula!!

biiznillah

shida ahmad said...

Puisi yg sgt bermakna..
Moge kite trus thabat di jalanya..sama2 kt mencari keredhaanNya..InsyaAllah..

muhammad noor ismail said...

Salam..

Thanks, aisyah atas perkongsian..moga sama2 terus istiqamah.. kdg2 risau jer sendiri lupa..

muhammad noor ismail said...

to shida n insan biasa.. mmg bermakna pun.. terase gak bile 1st time bace.. huhu..

sama2 saling ingatkan satu sama lain ;p

maisarah said...

Salam md nor

mmg terkesan..syukran for sharing

iya, moga terus istiqamah

muhammad noor ismail said...

salam, mai.. sama2 :-)

Ahmad Eisa said...

Nice...jangan pernah penat dengan tarbiyah
jika tidak hidayah akan pergi dari kita...
salam perjuangan

muhammad noor ismail said...

salam, eisa..

yep.. salam perjuangan jugak, my sahabat.. sama2 doa agar masing2 tidak penat dengan tarbiyah..