07 July 2009

Selamat Kembali..


Salam w.b.t.

Alhamdulillah, ketika menulis entry ini saya sudah pun berada di rumah di Perak. Saya sudah selamat pulang ke tanah air pada waktu subuh 5 Julai 2009, iaitu pada hari Ahad baru-baru ini. Ketibaan saya tempoh hari diiringi dengan hujan yang turun renyai-renyai pada suhu 24 darjah Celcius. Di KLIA, kelihatan staf-staf yang bertugas memakai 'mask' ekoran isu influenza H1N1 di Malaysia sejak kebelakangan ini. Saya sendiri sedikit risau, memandangkan di dalam flight saya terdapat ramai penumpang yang transit dari US. Namun alhamdulillah, semua urusan telah berjalan dengan lancar.

Saya telah diambil oleh ibu, kakak dan adik saya dengan menaiki kereta baru kakak saya dan kemudian terus ke kampung di Melaka. Di sana saya juga telah menziarah saudara-mara dan juga beberapa rakan kakak saya. Terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh perasaan saya pada hari pertama di sini. Mungkin tidak perlu saya ceritakan di blog.

Berikut adalah contact saya sepanjang berada di Malaysia:

No tel. : 013-4046316
Rumah : 05-6915755

Penulis pada hari pertama di Malaysia, bersama kereta baru kepunyaan kakak, Dr Amrah

InsyaAllah, lusa saya akan pergi ke Singapura selama beberapa hari untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Republik tersebut.

Malam semalam juga telah keluar keputusan IB. Tahniah saya ucapkan kepada adik saya, Aisyah binti Ismail yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi batu asas untuk kejayaan-kejayaan pada masa akan datang.

Hari ini juga merupakan ulang tahun perkahwinan ibu dan arwah ayah saya. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 7.7.79. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan yang telah menjadikan keluarga kami sebuah keluarga yang bahagia.

Apapun saya bersyukur kerana dapat berada di samping keluarga setelah sekian lama tidak berjumpa. Semoga cuti kali ini dapat saya manfaatkan sepenuhnya, dan semoga ia memberi inspirasi dan kekuatan baru pada diri saya untuk menempuh cabaran-cabaran hidup yang mendatang.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 30 buat Mama, Tahniah kepada Aisyah

6 comments:

saudara seagama said...

i'm really happy for u n ur family..
may ALLAH bless ur mom n family always..

love,
yg menyayangi keluarga saudara atas dasar agama =)

mohdnoor said...

syukran :-)

digitiminimi said...

eh...cantiknya kereta..hihihi
tak nampak nombor plat laaa..haha

mohdnoor said...

hehe.. tak nampak ek no plat..

no plat die AGT 443 la ;p

AviCenNna said...

Salam...
Semoga sihat2 selalu.
Bestnya dah balik..
Baru habis last practical tadi..
insyaALLAH bakal menyusul ke tanahair jugak..doakan keselamatan kami semua.. :-)

mohdnoor said...

Salam..

insyaAllah, sy doakan..
Moga terus istiqamah kat sana.. lame ke cuti nanti?

anyway take care slalu kat sane.. n keep in touch :-)