27 November 2009

Salam Aidil Adha..

Salam w.b.t.

Sebentar tadi, ada rakan seusrah saya yang memberikan satu link video kepada saya, dan saya suka untuk berkongsi link tersebut, memandangkan hati saya sangat tersentuh sehingga menitis air mata apabila menontonnya. Saya menginsafi kelemahan diri saya sendiri yang kadangkala leka dengan pelbagai perkara.


Kadangkala kecintaan dan arah tuju diri kita pada sesuatu perkara seringkali menjauhkan diri kita dengan Tuhan dan matlamat sebenar dalam hidup kita.

Apapun, hari ini (Jumaat) sudah masuk Hari Raya Aidil Adha di sini. Ini merupakan kali 4 saya tidak menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga. Buat sekalian ahli keluarga saya sama ada di Malaysia atau di luar negara, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Saya tujukan juga ucapan ini buat pembaca-pembaca lain yang beragama Islam. Semoga sambutan raya pada tahun ini menambahkan lagi kekuatan iman kita semua. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

4 comments:

aisyah ismail ♥ said...

salam'alaik

abang,.. haha pe nih buat post yg sama ngan aisyah.. huhu xpe2 kte mmg sama wavelength (^_~)

yup.. aisyah pon nangis gak tgk vdeo nih.. huhuu

moga allah terima semua amalan dan pengorbanan ikhlas kita hanya keranaNya.

salam perjuangan. salam aidiladha dear bro.

barokallahufik.

mohdnoor said...

w'salam..

tula, tersame lak.. seryes tak prasan mase mule2 letak.. hehe.. dah byk kali dah camni.. beli hp dulupun same.. takpe2, fikrah same.. hehehe..

nyway, slmt hari raya..

digitiminimi said...

selamat hari raya aidiladha abang lang@uncle!! hihi

~angah,adik,alya n afiq~ =)

mohdnoor said...

thanks2 :-)

rindu kat semua.. especially alya dgn afiq..