03 December 2009

Fitrah Dan Kehendak...

Salam w.b.t.

Saya baru sahaja pulang dari kelas praktikal Internal Medicine di hospital. Seperti biasa, saya berjumpa dengan beberapa orang pesakit dan melakukan pemeriksaan. Namun pada hari ini, entah mengapa, hati saya sedikit tersentuh dengan seorang pesakit yang menitiskan air matanya sewaktu menceritakan kepada saya masalah yang beliau alami. Saya bersimpati dengan keadaan dirinya yang ditimpa dengan pelbagai masalah kesihatan, ditambah pula dengan masalah sosial, di mana beliau kehilangan isteri dan ramai lagi keluarga terdekat. Saya dapat merasakan tekanan hidup yang ditanggung oleh beliau. Namun pada masa yang sama, dalam hati kecil ini, saya berasa lebih simpati, kerana meskipun dalam keadaan lemah lagi susah, beliau masih tidak menerima seruan mentauhidkan Tuhan yang mana tanggungan itu jauh lebih berat dari tanggungan yang dialami di dunia ini. Dalam hati ini juga, saya memuji besarnya rahmat Tuhan yang masih melimpahkan rahmatNya kepada manusia, sedangkan mereka mempersekutukanNya.

Kadangkala saya terfikir, wajarkah orang-orang seperti ini dipersalahkan di akhirat kelak kerana tidak mentauhidkan Allah, sedangkan tidak ada pendedahan kepada mereka tentang kebenaran Islam itu sendiri. Pemikiran-pemikiran sedemikian membuatkan saya merasakan besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kita yang sudah pun mendapat kalimah syahadah untuk menyebarkannya kepada orang lain, bukan sahaja pada pesakit, malah pada ramai kenalan-kenalan saya dari pelbagai negara yang belajar bersama-sama.

Sayang sekali, ramai antara kita termasuk diri saya sendiri yang begitu lemah dalam beramal dan menghayati apa yang telah kita terima sendiri. Kita sering kali lalai dan leka dengan pelbagai perkara. Berapa banyak masa yang kita luangkan dalam sehari untuk belajar dan bermain, dan berapa banyak pula masa yang kita gunakan untuk memikirkan untuk menyebarkan Islam kepada orang-orang yang masih lagi belum mendapat seruan ini.

Jika difikirkan sekali lalu, barangkali sukar untuk membayangkan untuk kita pergi berdakwah kepada segenap manusia. Namun, mahu tidak mahu, itulah tanggungjawab kita untuk mereruskan kerja-kerja dakwah yang ditinggalkan rasul. Jika tidak, kita semua berada dalam keadaan berdosa kerana tidak menyebarkan syahadah yang telah kita terima.

Ya, sememangnya mustahil bagi kita untuk pergi berdakwah bersendirian. Kerana itu, Mustafa Masyhur meletakkan marhalah ke-6 dalam dakwah adalah dengan adanya perancangan dan organisasi, supaya tugas yang dipikul bukanlah tugas individu (fardi), namun perlunya dilakukan secara jam'i.

Saya teringat kata-kata Abu'l A'la Al-Maududi dalam buku Asas-asas Islam, di mana beliau menerangkan bahawa kesemua perkara di atas muka bumi ini adalah Islam, kerana kesemua benda dan kejadian yang berlaku di alam ini berlaku mengikut peraturan atau hukum yang telah ditetapkan. Pokok-pokok, matahari, haiwan-haiwan, oksigen, sel-sel, tanah kesemuanya adalah Muslim, kerana definisi Islam itu sendiri adalah tunduk dan patuh kepada Tuhan. Bahkan setiap anggota dalam tubuh kita sendiri tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam, kerana ia tidak terjadi, tidak membesar dan tidak bergerak melainkan mengikuti undang-undang Tuhan itu sendiri. Bahkan lidah seorang manusia yang digunakan untuk menyebut perkara-perkara yang mensyirikkan Allah dan sebagainya, secara fitrahnya adalah Muslim, kerana ia tidak terjadi dan mengalami proses-proses metabolisme melainkan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Demikian pula anggota-anggota lain, kesemuanya secara fitrahnya adalah Muslim. Kerana itu, manusia dari segi fitrahnya adalah seorang Islam.

Maka, terpulanglah kepada kita sama ada hendak mengIslamkan hati kita ataupun tidak. Jika tidak, kita akan menjadi satu-satunya makhluk di atas muka bumi ini yang tidak selari dengan alam di sekeliling kita. Maka, tidak hairanlah banyak kali Allah menyebutkan di dalam al-quran, siapakah yang lebih zalim dari orang-orang yang kufur, kerana jika kita kufur, bermakna kita tidak meletakkan hak diri kita yang secara fitrahnya adalah Islam.

Malangnya, kita, terutamanya diri saya, seringkali lalai dengan pelbagai perkara. Acap kali kita lupa dan leka dengan hal-hal yang remeh. Kadangkala, saya sendiri berasa sedih apabila mendapat keputusan yang kurang memuaskan di dalam ujian-ujian di kelas, sedangkan apa lah sangat keputusan ujian itu jika dibanding dengan perkara lain yang lebih besar. Justeru, saya mengajak diri saya dan para pembaca supaya sedar kembali hakikat kejadian kita. Sedarlah tuntutan-tuntutan di dalam agama itu adalah fitrah dan kewajipan, dan bukanlah suatu kehendak!

Saya tidak bercadang untuk menulis panjang lebar. Saya ingin membuat sedikit persediaan untuk program 'Antara Semalam Dan Hari Ini' yang akan dilangsungkan esok. Pelajar-pelajar lelaki di kawasan ini dijemput untuk hadir :-)

Antara Semalam Dan Hari Ini

Ayuh kita bantu sesama sendiri untuk mengIslamkan hati kita!!

6 comments:

student oversea said...

salam..
yup,saya pun turut rasa kasihan bila lihat nonmuslim tdk terbuka hati utk menerima islam..baik yg sudah meninggal dunia,masih hidup dan juga bayi yg baru dilahirkan..lbh2 lagi yg sedikit sebyk tau mengenai kebenaran islam..tapi kat situ juga saya terfikir sungguh hidayah itu bukan milik kita wpun kita cuba utk menarik mereka secara tak langsung..

tapi mgkn juga,usaha yg dilakukan tdk sesungguh mana..mgkn juga diri ini masih 'takut' dgn respon mereka bila kita menyampaikan secara sedikit terbuka..but then,rasa menyesal kerana tak menggunakan peluang yg ada..

student oversea said...

neway,thanx for reminding tugas kita utk menyebarkan kalimah tauhid itu kpd mereka yg masih kufur..

wpun kita baik dgn mereka,ada sebhgn mereka memang against agama kita..u will realize it,when u try to 'approach' them..even if dia adalah kwn rapat kita..

'aisyah ismail said...
This comment has been removed by the author.
'aisyah ismail said...

salam abang =)

bz eh? moga allah bagi keberkatan masa dan dimudahkan segala urusan.

i'm off to manchester, jaulah scotland, pms and jaulah turki!

doakan aisyah. nanti insyaallah spring aisyah sampai czech =)

k take care. snang2 call ah aisyah.

muhammad noor ismail said...

to my sister, aisyah..

abg ade try msg, tapi tak dapat la.. huhu.. abg ingat nak call, tapi baru je tadi balik umah, takutla aisyah dah btolak dah.. anyway, have a safe journey, kay.. jage diri pegi mane2 pun.. :-)

muhammad noor ismail said...

to student oversea..

jazakallah atas perkongisan n pendapat yg diutarakan :-) memang pun berat sebenarnye tugas yg dipikul dan banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri kite sendiri pun..