01 January 2010

Kembali Dari Kembara.. Selamat Tahun Baru..

Salam w.b.t.

Saya suka untuk berkongsi video PMS Czech-Poland baru-baru ini. Jazakallah kepada saudara Khairul Anam atas hasil kerja yang menarik.



Sudah tentu perjalanan yang jauh diiringi dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang baru. Ya, sememangnya banyak sekali pengalaman dan ilmu baru yang telah saya peroleh sepanjang perjalanan ke Nice dan Monaco, yang merupakan negara terkecil di dunia itu. InsyaAllah, saya akan cuba untuk berkongsi segala yang baik yang saya peroleh dalam entry-entry yang lain.

Dalam al-quran, terdapat banyak sekali ayat yang menyarankan kita agar menjelajah ke muka bumi dan mengambil pengajaran. Maka sangatlah rugi jika kita hanya membazirkan wang ringgit untuk melancong ke tempat yang jauh jika ia tidak meningkatkan iman kita. Jika demikian, tiada beza lah antara kita dengan orang lain yang tiada pegangan agama. Allah menyebutkan di dalam quran:
'Dan milik Allah lah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal' - Ali-Imran: 189-190
Sememangnya banyak sekali tanda-tanda kebesaran Allah yang dapat diperhatikan di kedua-dua tempat yang sangat jauh geografinya dari tempat yang saya belajar sekarang. Kedua-dua tempat tersebut terletak di selatan Perancis menghadap Laut Mediterranien. Maha suci Tuhan yang Maha Mencipta.

Penulis bergambar di Monte Carlo

Saya tidak bercadang untuk bercerita tentang tempat-tempat tersebut dalam entry kali ini. Apapun, Nice dan Monaco semamangnya tempat yang sangat indah. Gambar-gambar sepanjang perjalanan tersebut dapat dilihat di Web Album saya. [Klik sini]

Terima kasih kepada ikhwah dari negara lain yang banyak membantu sepanjang perjalanan saya.

Alhamdulillah, hari ini juga masuk tahun baru Masihi. Marilah kita mendoakan agar kita dapat manfaatkan masa yang bakal kita tempuhi dengan sebaik mungkin. Doakanlah juga untuk kesejahteraan saudara-saudara seaqidah kita di tempat lain.

Saya ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada adik saya, Afiqah Ismail atas kejayaannya dalam peperiksaan PMR baru-baru ini.

Selamat Tahun Baru 1.1.10 kepada semua pembaca blog ini. Banyak lagi cabaran yang perlu ditempuh. Doakan kejayaan penulis, dan lebih penting, doakan agar hati penulis ditetapkan dengan Islam.

5 comments:

Anonymous said...

smart, smart..

aisyah ismail ♥ said...

subhanallah.. best3!~ =)

next year nk join winter retreat kat sane gak ah hihi..

time daurah baru2 ni.. de sisters UK Ireland yg gi pms france kate.. de jumpe abg kt sane.. abang de bg pngisian pape ke?

satu lg... tau x adik dpt hadiah pe dr mom? haha adesh kanak2 skarang.. advance sungguh.. huhu

k ah abang.. aisyah dh nk start class on the 4th jan.. doakan aisyah.. de exam CLIP on 1st feb n final anatomy on 1st march..

all the best for ur studies too. moga allah permudahkn..

p/s: kalau x de prog spring nnt. aisyah dtg czech insyaallah =) dan oh ea turki amat besttttt!!~

mohdnoor said...

salam..

adik dpt hadiah ape? abg tak call lagi la.. ni pun tengah kat olomouc ni.. esok baru balik hradec..

aritu mane ade kasi pengsian.. aktiviti pun asing2.. heh..

turki mmg bes, kan.. tula, abg ckp dah.. so far rasenye jalan kat turki paling bes kat europe ni.. org2 sane pun sgt peramah sume ..

curiousnye nak tau fiqah dpt ape.. hehe.. btw, dtg jela czech bile2.. abg byk exam lps cuti ni.. doakan la, k..

aisyah ismail ♥ said...

wa'alaikumusalam..

hmm maybe diorg jumpa abg time wkt laen kot.. tah ar..

neway haha tiru tiru.. letak lagu open your eyes kt blog ni.. dah ar gune skin player sama.. =p

hmm abang nnt nak copy n edit post kat blog nih entitled ada apa dgn turki ea.. haha.. cam best je.. thanks in advance :)

haa cpat ah call umah.. adik dpt 2 HADIAH yg grand~ leh teka kot ape.. hehe

k k.. sila lah study rajin2.. insyaallah all the best for all ur bcoming exam..

take care.

salam'alaik

mohdnoor said...

salam..

mungkinla lain waktu..

nak copy, copy jela mane2 pun.. hehe.. no problem.. pas de problem..

abg dah call dah umah.. wah2, mmg advance tul budak2 skarang.. heh.. angah pun dulu dah kat u baru ade..

owh, btw, lagu tu mmg kebetulan minat gak r.. so, letak jela.. hehe.. skin tu sbb yg lain mcm tak menarik jer.. nak wat cane.. huehue..