Alhamdulillah, pada 18 Ogos 2010, kakak saya, Arbaeyah telah melahirkan anaknya yang diberi nama Asma' Iffah. Dengan kelahiran itu, bertambahlah seorang lagi ahli keluarga saya, dan bertambah juga bilangan anak sedara saya menjadi 3 orang. Lebih penting dari itu, bertambahlah seorang lagi Muslimat di atas bumi ini. Syukur pada Allah.
Rata-rata kelahiran bayi comel ini disambut dengan kegembiraan. Ramai yang mengucapkan kata-kata tahniah dan tidak kurang pula kegembiraan yang ditunjukkan oleh kakak dan abang kepada Asma' Iffah. Alya Mahdiya, iaitu kakak sulong kepada Asma' Iffah yang kini petah bercakap, jelas kelihatan gembira dan tidak habis-habis menceritakan perihal bayi kecil itu sekembalinya saya ke rumah 2 hari yang lepas.
Afiq Aliyuddin pula tidak kurang gembira dengan kelahiran adiknya yang pertama itu. Dia seringkali melihat dan mencium adiknya itu.
Maha suci Allah atas penciptaan manusia. Saya teringat penciptaan manusia yang diceritakan oleh Allah di awal surah al-Mu'minun.
Selamat datang, Asma' Iffah. Moga menjadi hamba Allah yang solehah dan semoga Allah murahkan rezeki sentiasa.
Buat kakak saya, Arbaeyah dan suami Asmadib,
Baarokallohulaka fiil mauhuubilaka, wa syakartal waahiba, wa balagho asyuddahu, wa ruziqta birrohu.
Semoga Alloh memberikan keberkahan untuk dirimu atas (karunia) yg diberikan kepadamu. Semoga engkau mensyukuri Yang Maha Memberi hingga sang anak menjadi dewasa dan menjadi anak yang berbakti.
p/s - gambar tidak dapat disertakan disebabkan ketiadaan kamera
3 comments:
hehe sian sian.. org tuh dh x de camera..
aisyah de byk je gamba baby.. leh la bluetooth jika ada masa lapang =D
get well soon!
bawah satu bumbung,
aisyah ismail :)
huhu..br dpt bc blog..b4 this ade malware detected ape tah.wuu~
uncle dah 3 ada anak sedara eh :D
err..mana pegi kamera?
oo.. malware tu taktau la apsal.. something wrong dgn blog tu..
kamera hilang la masa pegi zoo tempoh hari.. huhu.. tgh takde kamera skarang..
Post a Comment