15 October 2010

8 Oktober dan Obstetrik


Salam w.b.t.

Segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan umur saya. Baru-baru ini, saya menyambut ulang tahun hari lahir ke 24. Hanya tinggal setahun sebelum mencecah umur Muhammad al-Fatih yang membuka Constantinople. Dan hanya tinggal setahun sebelum mencecah umur Rasulullah s.a.w. mendirikan baitul muslim.

Secara kebetulan, pada malam 7 dan 8 Oktober, saya telah ditugaskan membuat 'night duty' di wad bersalin. Alhamdulillah, ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Lebih-lebih lagi, saya berpeluang melihat bayi-bayi yang lahir dengan tarikh lahir yang sama dengan saya. Saya terfikir betapa sucinya bayi-bayi yang baru lahir itu ibarat kain putih. Mereka lebih suci dari kebanyakan manusia lain di atas muka bumi sekarang ini.
suci dari kotoran

Saya seringkali terfikir apalah nasib kain putih ini pada masa hadapan. Saya sekadar mampu memberikan salam sambil mendoakan agar anak-anak kecil yang bertarikh lahir sama dengan saya ini menjadi pendokong Islam. Setiap kali melihat bayi kecil yang lahir ke dunia di depan mata saya, saya mendoakan agar Allah Memberikan rahmat kepada mereka dan semoga mereka diberi hidayah satu hari nanti.

Sungguh, belajar dan melihat kelahiran bayi cukup menginsafkan. Betapa saya teringat firman Allah di dalam surah al-Mu'minun berkenaan penciptaan manusia.

Namun, lebih menginsafkan apabila mengingati tujuan penciptaan manusia, sepertimana dialog antara Allah dengan malaikat yang dirakamkan di dalam kitab suci al-quran.

'Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menciptakan di atas bumi ini khalifah..." ' - 2: 30

Juga di dalam ayat yang lain, Allah berfirman:
'Dan tidak Aku Ciptakan jin dan manusia, melainkan mereka mengabdikan diri kepadaKu' - Az-Zaariyat: 56
Marilah kita memuhasabah sejauh mana kita sudah mencapai tujuan kita diciptakan.

Apapun, di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah memberikan ucapan hari lahir kepada saya tempoh hari. Saya memohon maaf jika ada mesej yang tidak sempat saya balas.

Juga selamat hari lahir kepada adik saya, Aisyah Ismail yang menyambut hari lahirnya semalam. Moga Allah Murahkan rezeki dan memberikan kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Dan tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan bagi sesiapa sahaja yang ada mencalonkan saya sebagai presiden persatuan pelajar di sini minggu ini. Namun, saya memohon maaf kerana terpaksa menarik diri setelah dicalonkan atas sebab-sebab tertentu.

Minggu ini sangat sibuk. Semoga kesibukan ini tidak menjauhkan diri saya dari Pencipta. Dan semoga sisa umur yang Allah Pinjamkan kepada saya ini dapat saya manfaatkan untuk Islam.

4 comments:

a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.l said...

abang... perenggan pertama.. baris ketiga dan keempat tu.. hint ke ape?

hehe. =p

anyway.. yup.. moga hari2 mendatang ditempuhi dengan kekuatan yang bersumberkan iman dan taqwa insyaallah.

do take care.

loves,
aisyah ismail ^^

Anonymous said...

hahaha..
tu lah aisyah...hahaha

apa2pun happy birthday utk korang dua orang yee... =)

smoga dalam rahmatNYA sentiasa..hihi

wassalam..

-angah-

muhammad noor ismail said...

hint? hint ape ek? haha.. dah2..

thanks2.. rindu sume org..

arbaeyah ismail said...

happy belated b'day to both abang lang and achik..sorry la..menjaga 3 org budak bijak ni xda masa nak wat mende2 sampingan untuk diri sendiri.. moga sentiasa dirahmati Allah n dilindungi sentiasa dari apa jua dugaan yg mendatang..