16 November 2010

Aidiladha 1431H


Salam w.b.t.

Saya baru sahaja pulang dari menunaikan solat sunat Aidiladha. Hari ini umat Islam di sini dan kawasan Eropah lain menyambut Hari Raya Aidiladha.

Justeru, entry ringkas ini adalah sekadar untuk saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Terutama sekali buat ibu saya Zaharah dan adik beradik lain - Arbaeyah beserta keluarga, Dr Amrah, Aisyah dan Afiqah. Juga tidak lupa buat saudara mara lain baik di Malaysia mahupun di Singapura.

Aidiladha sungguh besar pengertiannya untuk seluruh umat Islam. Ayuh kita benar-benar hayati intipati eiduladha ini di samping menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.. Moga-moga hari raya kali ini dapat merapatkan ukhwah kita, dan memberikan kita semangat perjuangan yang baru untuk menghadapi masa akan datang.

Gambar hiasan - Alya dan Afiq =)

Salam Aidiladha buat semua (tiada kamera untuk gambar raya terkini ;( )

Kullu 'aam wa antum bikhair.

4 comments:

digitiminimi said...

alahai..sian uncle takde kamera...hihihi

nnt alya ngan afiq belikan uncle kamera ek..hihi

smpai arini kalau cite pasal kamera,mesti bdk comel dua org tu ckp..sian uncle kan aunty..hihihi..kelakar22..

apa2pun selamat hari raya aidiladha my dear brother..

ktorg baru smpai dari kampung..hihi

atuk n nenek kirim salam..

okies..take care..

cuti ni gi jalan mana????

-angah-

muhammad noor ismail said...

wah.. rindunye kat alya n afiq..

camera tu takpela.. nnti2 la beli.. hehe..

cuti ni, tak tau lg la.. tgk la.. maybe tak gi mane2 kot.. jimat sket duit.. kalau habis exam awal, plan later la..

this week gi sabah, kan.. kem slm sume..

digitiminimi said...

abang lang..arini last day jadi ho..hihihi

dpt jadi mo medical tau pas nih..hihihi

kalau22 nak wat praktikal internal med..meh22..angah dah leyh sign22 dah nih..laku dah..cewah

okay..nak cuti22 mesia dulu nihh..

tataaaaaaaaaaaaaaaaaa~

along arbaeyah said...

oit angah..pepagi dah tinggalkan pesanan..bawak2 la apa2 yg menarik dari sana yer untuk kami2 disini..esok ko nak bfast apa ek??