04 December 2011

Budapest & Misi Kita..


Bismillah..

Alhamdulillah, baru-baru ini, saya berpeluang berjaulah ke Budapest, ibu kota Hungary, satu metropolis di timur Eropah. Budapest merupakan satu bandar yang besar, yang merangkumi bandar 'Buda' dan bandar 'Pest' yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang besar.

Siapa sangka, Budapest sebenarnya pernah berada dalam kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniah selama hampir 150 tahun. 150 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Sepanjang berada di Budapest, saya mencari di mana kesan penguasaan Islam di bandar ini.

Di penjuru-penjuru jalan di Budapest, kadangkala kita boleh nampak ukiran di dinding-dinding yang menunjukkan orang-orang Turki di Budapest. Ada juga beberapa bangunan yang ada seni bina Islam yang dapat dilihat di bandar ini, mengenangkan saya tentang percutian di Turki sebelum ini. Malah, kami jumpa ada menjumpai sebuah gereja di tepi sungai yang bertukar menjadi masjid sewaktu pemerintahan Islam, namun kini hanya menjadi sebuah muzeum.

Namun, boleh saya katakan kesan peninggalan tamadun Islam di metropolis ini sedikit dari segi senibinanya. Ia membuatkan saya terfikir, ke arah mana kita menyeru manusia. Ya, misi dakwah ini bukanlah untuk mengubah penganutnya kepada satu seni rekabentuk atau fizikalnya. Namun misi dakwah kita yang utama adalah untuk menyebarkan tauhid mengesakan Allah.

antara bangunan tinggalan kerajaan Uthmaniyah di Budapest

Malang sekali, hari ini, orang lebih memandang Islam dari aspek fizikalnya. Orang cina takut untuk masuk Islam apabila nama mereka harus diubah. Orang India tidak selesa menganut Islam apabila mereka di'Melayu'kan. Lebih malang, hari ini terdapat pelbagai slogan yang mengkaitkan kedaulatan Islam dengan satu-satu bangsa. Islam bukanlah milik orang Melayu, dan bukan pula milik orang Arab. Kita tidak menggesa Ah Chong makan tanpa menggunakan sudu apabila menganut Islam. Tidak pula menggesa Mutusamy memakai baju Melayu apabila datang ke masjid. Tetapi yang kita mahukan adalah aqidahnya yang benar, kerana itulah misi utama dakwah para rasul.

Ketika menghuraikan konsep nasionalisme, al-Imam Hassan al-Banna berkata:

Saudara yang dihormati, manusia berbangga dengan nasab dan keturunan apabila mereka mahu berkongsi keagungan dan kehebatan datuk nenek, atau kerana mahu meniupkan semangat dan maruah diri pada generasi anak-anak mereka. Namun kedua-dua tujuan ini sebenarnya tidak membawa apa-apa erti. Sebaliknya tidakkah anda rasakan hubungan anda dengan Allah lebih memberikan kehebatan dan kemuliaan.

'Kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya) - an-Nisa: 139

Hubungan ini akan lebih membawa anda ke martabat yang tinggi. Hubungan ini akan meniupkan semangat kepada mereka yang beramal untuk bangkit...

Seseorang tidak Muslim kerana berada di kelompok Muslim, atau lahir dari keluarga Muslim, atau berpakaian Muslim, atau bernama Muslim atau memakai jubah. Sebaliknya seseorang itu dikatakan Muslim apabila dia menerima Islam sebagai agamanya.

Isu ini mungkin perkara yang biasa kita dengar, namun asas perjuangan kita harus benar.

Saya fikir pemikiran yang mengsinonimkan Islam dengan Melayu harus dicantas dari pemikiran masyarakat hari ini. Sebaliknya perjuangan ini harus berteraskan aqidah tanpa mengira warna kulit dan perbezaan budaya. Dan apa gunanya kalau kita ada masjid yang besar-besar, bangunan-bangunan 'islamik' yang gah, namun penduduknya hanyalah angka-angka kosong yang tidak punya apa-apa kefahaman, apatah lagi sumbangan.

Misi kita harus jelas.

di Budapest

Sebenarnya banyak lagi yang hendak dikongsi berkenaan pengalaman baru-baru ini, namun saya sangat letih sekarang. InsyaAllah dalam entry lain selepas ini.

6 comments:

Anonymous said...

great write...like it..

ikhwan said...

nice experience.. wonder when i'll meet u again..

aisyah ismail ♥ said...

aisya nak gi bhudapestt gakkkS!

:p

btw,

"seseorang tidak dikatakan muslim.. kerana memakai JUBAH"

haha aisya leh jual la balik jubah2 yg sgt cool nie. hehe

p/s: c u in 2 weeks time insyaallah

Anonymous said...

agreed..
its like..kalau org perempuan nk smbhyg.. x semestinye nk kena pakai telekung bru boleh sembahyang.. asal memenuhi syarat menutup aurat..still bleh smbhyg even pakai seluar pn..

... said...

Salam alaik,

MashaAllah, penulisan yang mantap sekali kali ini(dll.). Sungguh, ana sgt kagum dgn kalian (enta + pnulis blog lain yg hebat) kerana mempunyai bakat menulis post yang seringkali diselitkan dgn byk isi2 bermanfaat. *ana rasa malu dgn blog ana*)

Benar sekali, misi kita harus jelas!

Suka choice of words yang berikut:

"..menyebarkan tauhid mengesakan Allah."

"..kita mahukan adalah aqidahnya yang benar, kerana itulah misi utama dakwah para rasul."

P/s: Orang Cina takut masuk Islam sbb nama harus diubah, ye ke? This must be stereotype thinking, ada je Chinese yang don't mind malah suka untuk mereka nama Islam buat diri mereka.

WAllahua'lam.

Wslm.

Pp/s: Bhs Melayu enta sangat bagus! Wish ana's BM is as good, but it's nowhere near fluent! after having left it for some time.

mohdnoor said...

salam to all..

sori sbb lambat sgt reply.. busy merantau mcm2 tempat kebelakangan ni :-) blog pun baru je update.. but believe me i read all d comments..

to ... my malay isn't that good lah.. for your info, malay language is my worst result during spm.. huh..

happy new year to everyone. Moga tahun baru ni lebih baik untuk kita semua..