30 January 2009

MAZA a Maszlee v Ceske Republice

Salam w.b.t.

Pada minggu lepas, 20-22 hb January 2009, dua tokoh yang tidak asing di negara kita, iaitu Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin dan Ustaz Maszlee Malik telah datang melawat para pelajar Malaysia sambil memberikan ceramah. Dr Mohd Asri telah menyampaikan talk yang bertajuk 'Menyemai Benih Perubahan Minda' sementara Ustaz Maszlee Malik telah menyampaikan talk yang bertajuk 'Gaza: The Story Behind The Tragedy'.

Kedua-dua tokoh tersebut telah membuat 'road-trip' ke ketiga-tiga tempat di Czech ini di mana adanya pelajar Malaysia. Mereka bermula di Prague, kemudian di Olomouc dan akhir sekali di Hradec Kralove, di mana saya berada sekarang.

Bagi saya, secara peribadi, saya sangat teruja dengan kedatangan mereka. Bukanlah senang untuk berjumpa dengan tokoh yang tinggi ilmu mereka. Saya mengagumi kerja-kerja, usaha, penulisan dan ilmu mereka. Malangnya, saya tidak berkesempatan untuk mengikuti ketiga-tiga 'road-trip' tersebut disebabkan kesuntukan masa memandangkan saya mempunyai final exam Microbiology pada 23hb. Namun, saya sudah pun menonton video rakaman ceramah mereka di tempat lain. Beberapa orang telah bertanyakan kepada saya, mengapa saya datang pada malam tersebut. Saya sepatutnya duduk di rumah dan mentelaah pelajaran, memandangkan keesokan paginya saya mempunyai peperiksaan yang penting. Namun, bagi saya, saya sudah pun 'miss' ceramah-ceramah di Prague dan Olomouc, dan saya tidak akan mensia-siakan buat kali ketiga. Niat saya adalah semata-mata untuk menimba ilmu kerana Allah. Pelajaran adalah penting, tapi ia bukan segala-galanya. Banyak perkara lain yang lebih penting dalam hidup ini..

Dr Asri's talk at Hradec Kralove

Dr Asri's talk at Hradec Kralove

Sudah tentu, saya tidak ada penyesalan sedikit pun untuk menghadiri talk tersebut walaupun sehari sebelum exam saya. Banyak input menarik yang diperolehi. Secara umum, Dr Asri banyak menekankan tentang isu-isu asas dalam agama Islam. Kebanyakan umat Islam pada hari ini mengabaikan soal-soal asas dalam beragama, sebaliknya lebih mementingkan perkara-perkara remeh yang kadangkala perkara itu sendiri tidak wujud dalam agama. Perkara asas yang dimaksudkan adalah perkara-perkara yang berkenan dengan aqidah. Soal aqidah sememangnya tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun. Ia adalah 'fundamental' dalam agama. Setiap Muslim wajib mengesakan Allah, tanpa ada sekutu. Kita wajib yakin dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Tuhan itu hanya satu, dan ilah kita hanyalah pada Allah.

Dalam program kolo yang saya hadiri semalam, kami ada membincangkan konsep 'saksi' dalam kalimah syahadah. Pernahkan anda terfikir apakah maksud kalimah 'syahadah' itu sendiri? Jika anda telah menyaksikan sesuatu jenayah, dan anda menjadi saksi di mahkamah, apakah peranan anda? Sudah tentu sekali peranan anda adalah untuk meyakinkan juri-juri, hakim dan masyarakat berkenaan apa yang telah anda saksikan. Anda perlu menerangkan dengan sejelas-jelasnya apa yang anda rasakan, apa yang anda saksikan, dengan tujuan orang-orang lain yakin dengan apa yang anda ceritakan. Demikianlah juga konsep 'saksi' dalam kalimah syahadah. Apabila aqidah kita adalah aqidah Islam, kita perlulah menjadi saksi kepada masyarakat bahawa Islam adalah ajaran yang benar, Allah itu Esa, dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dalam menerangkan perkara ini kepada masyarakat, apakah yang harus kita lakukan? Jika kita adalah saksi di mahkamah, adakah kita hanya mahu berdiam diri, dan mengharapkan orang lain yakin dengan penyaksian kita? Sudah tentu sekali tidak. Kita perlu membetulkan diri kita, supaya kita dapat menjadi contoh ikutan, sebagai penyaksian tentang kebenaran Islam. Kita perlu menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita bimbing mereka melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah dia aqidah Islam. Soal 'syahadah' ini terlampau panjang untuk dihuraikan. Ia dihurai dengan begitu panjang lebar oleh Syeikh Abul Al-'Ala al-Maududiyy dalam buku Syahadatul Haq. Mungkin saya memerlukan satu entry yang khas untuk membicarakan soal syahadah. Apapun, demikianlah serba sedikit mengenai aqidah Islam.

Malang sekali, ramai antara umat Islam pada hari ini yang tidak menekankan soal aqidah, sebaliknya lebih suka untuk membahaskan soal-soal fiqah, ibadah dan kepercayaan-kepercayaan karut. Sedangkan, Tuhan memberi keluasan dalam konteks fiqah. Dr Asri memberikan contoh berkenaan solat jamak. Dalam satu hadith Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:
“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.
Hadith ini membuktikan keluasan yang diberikan dalam agama dalam soal fiqah. Bagi kami, terutama sekali pelajar-pelajar di luar negara, seringkali kami menghadapi masalah dalam soal waktu solat, memandangkan pada musim sejuk seperti sekarang, siang adalah singkat. Kadangkala, kami tidak sempat untuk keluar menunaikan solat kerana ada kelas, sedangkan waktu solat adalah sudah pun habis. Maka, solat jamak adalah satu kemudahan bagi umat Islam, walaupun bukan bermusafir.

Adalah lebih malang apabila orang-orang 'biasa' tidak dibenarkan menyoal tentang soal-soal berkenaan hukum. Sedangkan agama Islam bukanlah hanya diturunkan untuk golongan 'agamawan'. Sebaliknya, ketika mana Islam diturunkan kepada Rasulullah, ia boleh diterima oleh golongan berpendidikan seperti Abu Bakar as-Siddiq, sehinggalah hamba abdi seperti Bilal bin Rabbah.

Terlampau banyak contoh-contoh dan huraian yang kalau diikutkan hendak saya sentuh, namun, saya fikir, ini pun sudah cukup panjang. InsyaAllah, pada masa akan datang, saya akan menyentuh lebih terperinci beberapa perkara yang sebutkan di atas.

Selepas ceramah Dr Asri, Ustaz Maszlee Malik pula telah memberikan talk yang bertajuk 'Gaza: The Stroy Behind The Tragedy'. Talk ini telah diberikan bukan sahaja kepada pelajar-pelajar Malaysia, malah juga kepada masyarakat lain di kawasan ini, dan ia telah disampaikan dalm bahasa inggeris.
Ustaz Maszlee Malik

Barangkali, isu Gaza sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat dunia. Namun, mungkin tidak ramai yang tahu di manakah bermulanya sejarah penubuhan Israel itu sendiri. It's like a 'never-ending story'. Namun, sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk bertindak ke atas penyeksaan saudara-saudara kita.

Untuk menceritakan semua soal Gaza sudah tentu tidak habis dibicarakan berhari-hari. Cuma, saya sekadar ingin mengingatkan kita tentang ketidakadilan yang melampau yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Mungkin sesetengah orang memandang Holocaust itu menghancurkan Yahudi, sebaliknya, Holocaust lah yang membantu kewujudan negara Israel itu sendiri. Kurang seabad yang lalu, negara Israel tidak pun wujud di atas muka bumi ini. Pada tahun 1917, satu perjanjian, iaitu Balfour Declaration telah ditandatangani, di mana, tanah rakyat Palestin telah dianugerahkan kepada Yahudi, atas alasan simpati (rujuk Wikipedia). Adakah ini satu tindakan yang waras?

Demikianlah ketidakadilan yang berlaku ke atas warga Palestin. Kehidupan mereka sengsara semenjak dari pada itu. Pada tahun 1948, penduduk Palestin yang tinggal di Askalaan, yang mana sekarang ini dikenali sebagai Ashkelon telah dihalau dari tanah mereka sendiri, dan mereka melarikan diri ke kawasan berhampiran Gaza. Demikian juga, warga Palestin yang dihalau dari tempat lain juga kebanyakannya hidup sebagai pelarian di Gaza. Pada hari ini, 80 peratus daripada 1.5 juta penduduk Gaza merupakan dahulunya penduduk di tempat yang kini dikenali sebagai Israel. Cuba bayangkan jikalau pada suatu hari, semenanjung Malaysia dianugerahkan kepada satu puak di Thailand atas dasar simpati. Akibatnya, kita dipaksa pindah ke Indonesia katakan, padahal semenanjung Malaysia adalah tanah kita!! Kita dihalau dari tanah kita sendiri. Demikianlah bermulanya penderitaan rakyat Palestin. Harus diingat, kekejaman Israel bukanlah bermula sebulan dua bulan yang lepas, malah sejak tahun 1948 lagi.

Siapakah warga Palestin itu? Mereka adalah saudara kita sendiri. Mereka adalah ibu kita, ayah kita, adik-adik kita, abang-abang dan kakak-kakak kita, mereka saudara kita!! Kalaulah ahli keluarga kita dibunuh sedemikian, kita wajib bertanggungjawab ke atas penganiayaan kepada mereka. Apakah yang bakal kita jawab di akhirat kelak apabila bumi Gaza menyoal tindakan kita melihat penganiayaan ini? Apakah yang telah kita lakukan? Cukupkah sekadar kita berdoa dan bersedekah? (Itupun kalau kita ada doa dan bersedekah). Adakah itu cukup untuk membantu saudara-saudara kita? Adakah kita bersedia untuk menjawab semua ini?
Menyertai demonstrasi di hadapan kedutaan Israel di Prague

Sekurang-kurangnya marilah kita meningkatkan kesedaran sesama kita tentang penderitaan warga Palestin. Teruskanlah berdoa dan bersedekah. Di samping itu, perbetulkanlah diri kita. Sedarlah, bahawa umat Islam di seluruh dunia sedang diancam!! Lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin, di Iraq, di Kashmir, di Tak Bai. Mereka itu saudara kita!! Janganlah sedetik pun kita lupakan tentang nasib saudara-saudara kita. Kurangkanlah hiburan-hiburan yang meracuni pemikiran anak-anak muda terutama di Malaysia. Kita dihidangkan dengan budaya hendonisme dan hiburan yang melampau, sedangkan, setiap minit, ada saudara mara kita yang dianiaya. Apakah yang hendak kita jawab di akhirat kelak? Fikir-fikirkanlah. Saya mengingatkan diri saya dan juga orang lain.

Terlampau banyak yang hendak diperkatakan apabila menyentuh isu Palestin. InsyaAllah, saya akan memperkatakan lagi isu ini pada masa hadapan. Buat masa sekarang, saya bertekad untuk mengisi masa cuti ini dengan membaca buku-buku yang dapat menghidupkan kembali jiwa ini yang kadangkala lalai dan leka. Telah berlalu masa tidur kita!!

Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa semua butiran yang saya masukkan dalam entry kali ini bukanlah rekaan saya semata-mata, sebaliknya semuanya saya petik dari rujukan-rujukan yang insyaAllah, saya yakin kebenarannya. Anda boleh menghubungi saya secara peribadi jika anda meragui mana-mana input yang telah saya masukkan.

Moga entry kali ini memberi manfaat kepada semua. Saya berlindung kepada Allah atas fitnah dunia.

2 comments:

aisyah ismail ♥ said...

i love dis post... it remind me of the daurah "Syahadatul Haq" that i attend last two years... =)

x sabar.. nk tunggu ur next post... skarang tgh bz.. x dpt nk update my blog.. huhu~ nnt2 la insyaAllah

take care~

mohdnoor said...

o, aisyah penah ikut daurah 'Syahadatul Haq' ek.. bagus la..

takpela, focusla kat study.. abg pun rajin sbb tgh cuti nih..

all the best in your interviews..