21 February 2009

Begin With The End In Mind..

Salam w.b.t.

Everything that starts will come to an end. So does my holiday. After being free from studies and exams for more than 3 weeks, next week, my summer semester will begin. Alhamdulillah, I've done my winter semester successfully, but I suppose this coming semester should be more challenging, with tougher subjects coming ahead. Everyone, please pray for my success, not only in my studies, but in my life as well.

Studying medicine here is really hard. I have to admit it. Plus, besides study, I also have other responsibilities as a human being, and as a Muslim. As I said in one of my entry, study is important, but it's not everything for me.

Winter almost ends, but it's still snowing here

Well, in our religion, the important thing is to set a goal in whatever thing that we do. Yeah, planning is important. It's important to have an imagination what's going to happen in the end, so that we can work in order to achieve that. I'm not just talking about study. It's general. In whatever we do, we should have a plan, in order to achieve it, in the same time not to overwork.

Let's work in order to see what we believe. That's how our Prophet Muhammad (pbuh) trained the companions and also the Muslims. The Prophet taught the companion to believe in something, and the companions work for that something. They do not believe for nothing, but they really had strong believe of what the Prophet had told them, and they really work hard for it.

To believe something that we have never seen is not as easy as to believe something that is already in front of our eye. Only an optimistic person is able to do that. It's not easy, and it's never easy. But that's how out Prophet motivate the companions.

Is it weird to believe something that we have never seen? Well, we've never seen the paradise, but we believe in it. We always work for what we believe to happen. It has been a long time we don't see the victory of Islam, but we believe in it, and we work in order to see what we believe.

The companions of the Prophet knew all the words from the Prophet came from Allah, and they believed that it was true, even though they were still not sure how was it going to be. That was how they were motivated. For example, when the Prophet (pbuh) told them that Islam will one day get control of Constantinople, the companions believed in it, and they worked very hard to see what they believed.

The first ever Constantinople mission was launched by Mu'awiyah. The commander of the mission was his son, Yazid. There were also several other companions who joined the mission. The first mission failed.

The mission under Sulaiaman bin Abdul Malik also failed.

Later, the mission during the leadership of Harun al-Rashid also failed.

The mission under the leadership of General Alparslan also failed.

They had lost neither once, nor twice, but they had lost many times in 800 years!! However, the failures never faded the spirit of the Muslims to conquer Constantinople, because they had a strong belief of the promise of the Prophet, something they had never seen before.

Finally, as I've explained in my previous entry, they gained success under Muhammad al-Fatih, who's also known as 'The Conquerer'. The companions and early people who believed before they saw had already died, but their kins and the later people persist, with the same belief, and with even higher spirit. Even though the ones who finally won the battle were neither Arabs, nor Muhammad's relative, but they were normal human beings with magnificent character. They believed and they fought for something they had never seen!

Istanbul: Proof of Prophet's promise

This is a very good example of how the previous people really worked hard to see what they believe. To have that strong belief is not that easy. Only those who really have strong faith can believe something that has not come yet. And that's how Islam motivates us.

So, let's take lessons from the past. To my colleagues, do pray for me in my studies, and in the rest of the journey in my life. The Prophet had promised us that Islam will again gain power in the world. Let's set a goal in our life.. a goal which benefit us and the ummah. So, LET'S BEGIN WITH THE END IN MIND..

15 February 2009

Ada Apa Dengan Turki?

Salam w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah milik Allah.. Dengan izinNya, saya telah selamat sampai pulang dari kembara musim sejuk saya. (Hradec Kralove - Olomouc - Bratislava - Istanbul - Pamukkale - Istanbul - Bratislava - Hradec Kralove)
Penulis di Istanbul - Latar belakang Blue Mosque

Saya benar-benar berpuas hati dengan kembara saya kali ini, dan bagi saya, kembara di Turki adalah kembara yang paling bermakna dan paling menyeronokkan setakat ini. Saya telah pun pergi ke banyak lagi bandar-bandar lain seperti Paris, Milan, Vienna, Krakow, Dublin, Berlin, Belfast dan sebagainya, namun, jikalau saya meletakkan 'grade' bagi setiap tempat yang saya pernah lawati, saya akan meletakkan Istanbul sebagai tempat pertama. Ia adalah satu tempat yang cukup istimewa dan menyentuh perasaan. Pengalaman itu sangat bermakna, dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

ISTANBUL

Istanbul adalah satu tempat yang cukup istimewa kerana ia pernah suatu ketika dahulu menjadi pusat ketamadunan bagi 4 tamadun besar yang berbeza. Bermula dengan Empayar Rome, Latin, Empayar Byzantine (Rome Timur) dan akhir sekali Empayar Turki Uthmaniyah. Kebanyakan empayar-empayar besar ini telah memilih Istanbul sebagai pusat pemerintahan. Maka jika dipandang dari sudut sejarah sahaja, sudah tentulah Istanbul mempunyai nilai estetika yang tersendiri, kerana ia telah dikuasai oleh pelbagai kuasa yang memegang tamadun dunia suatu masa dahulu. Malah ia adalah satu-satunya tempat di dunia ini yang pernah dipegang oleh banyak kuasa besar dunia. Sebagai contoh, Rome di Italy hanyalah terkenal dengan tamadun Rome, di Mesir pula terkenal dengan tamadun Mesir purba. Namun, Istanbul telah menjadi pusat bagi 4 tamadun dunia yang berbeza.

Napoleon Bonaparte pernah berkata,
"If the Earth were a single state, Istanbul would be its capital."
Apakah istemewanya Istanbul, sehinggakan ia menjadi tumpuan tamadun-tamadun dunia, yang begitu besar seperti Amerika pada hari ini? Mari melihat sedikit dari segi geografi.

Kedudukan Istanbul yang sangat strategik antara Asia (kanan) dengan Eropah (kiri)

Istanbul merupakan satu-satunya Metropolis di dunia yang terletak di dalam dua benua, iaitu Asia dan Eropah! Di dalamnya juga terdapat Selat Bosphorus, yang merupakan laluan air yang terpenting di dunia, yang menghubungkan Timur dan Barat. Selat Bosphorus menghubungkan Laut Mediterranian dengan Laut Hitam.
Penulis memberi burung-burung makan, berlatarbelakangkan Ayyasofya

Istanbul juga memiliki pelabuhan semulajadi yang cukup besar dan strategik, iaitu Golden Horn, yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dan kapal-kapal pada zaman Turki Uthmaniyah. Di Golden Horn jugalah, Empayar Byzantine telah meletakkan rantai yang besar merentasi pintu masuknya dari Galata Tower. Rantai ini telah cuba dimusnahkan beberapa kali dalam sejarah dunia oleh kuasa-kuasa besar. Namun, cuma tentera Islam sahaja yang dikepalai oleh Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menembusi Golden Horn. Beliau dan tenteranya telah memasuki Golden Horn bukannya dengan memecahkan rantai tersebut, sebaliknya, tentera Islam ketika itu mengangkat kapal-kapal ke daratan merentas Galata dan menurunkan kembali kapal-kapal ke Golden Horn!! Demikianlah kehebatan tentera Islam ketika itu yang dikepalai oleh Sultan Muhammad al-Fatih. Kehebatan beliau sememangnya tidak dapat dinafikan. Apatah lagi beliau menguasai Constantinople hanya pada usia 24 tahun! Tidak hairanlah mengapa Rasulullah memuji mereka dalam satu hadith:
"Constantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya”
Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335
Golden Gate, sebahagian daripada Walls of Constantinople, dengan 3 lapisan, setiap satu setebal 2 meter, namun berjaya dimusnahkan oleh tentera Muhammad al-Fatih

Sepanjang percutian saya di Istanbul, hati saya sangat tersentuh dengan ciri-ciri Islamik yang ada di bandar tersebut. Begitu banyak sekali masjid, sehinggakan jika saya berada di satu-satu kawasan, saya dapat melihat sehingga 8 masjid!! Dan apabila masuk sahaja waktu solat, bandar Istanbul bergema dengan suara azan. Subhanallah.. Saya dapat merasakan suasana ketika tamadun Turki Uthmaniyah di situ suatu masa dahulu. Di Malaysia pun, saya tidak rasa suasana Islamik seperti di Istanbul.

Antara tempat yang telah saya lawati ialah Grand Bazaar, yang hampir dengan tempat tinggal saya. Bazaar ini adalah bazaar tertutup yang terbesar di dunia! Ia telah diasaskan berkurun lamanya oleh Sultan Muhammad al-Fatih sendiri, iaitu tokoh yang membuka Constantinople itu sendiri. Ia merupakan antara binaan yang paling awal dibina oleh beliau apabila menguasai Constantinople. Bazaar ini sesak dengan aktiviti perniagaan yang bermacam rupa. Binaannya juga sangat menarik, dengan dinding-dinding dihiasi dengan tulisan-tulisan khat. Saya juga telah mengambil kesempatan untuk membeli beberapa barang di situ. Namun, ia sangat besar sehinggakan saya tidak dapat pergi ke semua bahagian bazaar tersebut.

Salah sebuah pintu masuk ke Grand Bazaar

Pelbagai tempat lain telah saya lawati di Istanbul. Antaranya Blue Mosque, Ayyasofya, Golden Gate, Walls of Constantinople, underground cistern, Eyup Mosque, Topkapi Palace dan banyak lagi.

Mimbar di dalam Blue Mosque

Blue Mosque, yang hanya bertentangan dengan Ayyasofya

Satu pengalaman yang ingin saya kongsi di sini ialah ketika melawat Ayyasofya, atau dikenali juga sebagai Hagia Sofya. Ayyasofya dahulunya merupakan sebuah gereja. Sewaktu pembukaan Constantinople, Sultan Muhammad al-Fatih telah menukarnya menjadi sebuah masjid. Namun, sayang sekali, pada tahun 1935, Mustafa Kamal Attartuk telah menukarnya menjadi sebuah muzeum, atas dasar sekularisme. Bahagian dalam Ayyasofya sangat bercirikan Islam. banyak terdapat tulisan-tulisan khat dan binaan yang mengagumkan. Masih terdapat lagi mimbar dan struktur-struktur lain yang bercirikan Islam.

Ayyasofya pada waktu malam

Penulis di dalam Ayyasofya

Masih banyak calligraphy di dinding Ayyasofya yang kini hanya sebuah muzeum

Di Topkapi Palace pula, banyak ciri-ciri ketamadunan Islam yang dapat dilihat. Binaan ini telah dibina juga pada asalnya oleh Sultan Muhammad al-Fatih apabila membuka Constantinople. Kemudian khalifah-khalifah yang berikutnya ada menambah binaan-binaan lain. Di dalamnya, terdapat banyak peninggalan khalifah dan juga barang peribadi Rasulullah s.a.w. sendiri!! Begitu juga barang-barang peninggalan para sahabat seperti 'Umar al-Khattab, Sayyidina Ali, 'Uthman bin 'Affan, Abu Bakr as-Siddiq, Khalid al-Walid, 'Ammar bin Yassir, Zubair bin al-Awwam dan sebagainya. Hati saya tersentuh apabila melihat peninggalan-peninggalan tersebut.

Penulis di Topkapi Palace yang menyimpan pelbagai khazanah kerajaan Islam

Saya juga telah melawat Eyup Mosque, di mana di masjid ini, adanya makam sahabat Nabi, iaitu Abu Ayyub al-Ansari. Pernahkah anda terfikir, bagaimana maqam seorang sahabat Nabi di Madinah boleh ditemui di Istanbul? Saya tidak bercadang untuk menceritakan bagaimana ia boleh berada di Istanbul, yang begitu jauh dari Madinah. InsyaAllah, saya akan menceritakan lebih banyak mengenai Abu Ayyub al-Ansari dalam entry yang lain. Namun, kisah beliau jika dihayati, sangat menyentuh perasaan. Di Eyup Mosque juga, terdapat maqam Sultan Muhammad al-Fatih, pemimpin Islam yang unggul.

Maqam Abu Ayyub al-Ansari, sahabat Rasulullah s.a.w.

Terdapat juga peninggalan tamadun lain di Istanbul seperti underground cistern, dan juga aquaduct dari Tamadun Rome.
Valens Aqueduct, peninggalan tamadun Rome dan kerajaan Uthmaniyah

Penulis di underground cistern - teknologi saluran air bawah tanah di Istanbul

Banyak lagi tempat-tempat lain yang telah saya lawati di Istanbul seperti Fatih Mosque, Sulayman Mosque, Galata Tower, Dolmabahce dan pelbagai lagi. Setiap tempat mempunyai nilai estetika dan sejarah tersendiri yang begitu unik. Saya tidak bercadang untuk menceritakan setiap satu, kerana sangat panjang. Hampir di setiap masjid yang saya lawati, saya ada menunaikan sama ada solat fardhu atau solat sunat.

PAMUKKALE

Selain Istanbul, saya juga telah melawat tempat lain, iaitu Pamukkale. Ia adalah satu tempat yang cukup menarik dan dikatakan sebagai 8th Wonders of The World dalam kategori 'Nature'. Pamukkale merupakan satu kawasan air panas semulajadi yang mengalir pada suhu kira-kira 35 darjah Celcius. Kandungan kalsium yang tinggi membuatkan kawasan air panas di pergunungan itu menjadi putih yang begitu indah. Subhanallah, begitu indahnya ciptaan Tuhan!!
Pemandangan indah ciptaan Tuhan di Pamukkale

Penulis di kawasan air panas, Pamukkale

Keistimewaan Pamukkale membuatkan ia menjadi tumpuan tamadun-tamadun awal seperti Pegamon, Rome dan Byzantine dan tempat ini dikenali sebagai Hierapolis. Di situ terdapatnya satu bandar purba yang dilengkapi dengan pelbagai bangunan dan kemudahan awam yang dibina sewaktu tamadun Rome dan Byzantine. Uniknya Hierapolis ialah bangunan-bangunan di situ begitu besar dan ia tidak dibina dengan sebutir paku atau simen. Semuanya hanyalah susunan batu-batu, yang mana masih kekal hingga hari ini.
Penulis di Roman Arch, antara struktur di Hierapolis yang tinggal selepas dimusnahkan Allah dengan gempa bumi

Penulis di sebuah teater Rome, Hierapolis

Pada hari terakhir saya di Istanbul, saya telah menaiki 'cruise' merentas Selat Bosphorus. Bahagian kiri adalah Eropah dan di kanannya pula adalah Asia. Pemandangan di situ begitu indah, dengan banyak sekali kelihatan peninggalan tamadun-tamadun purba di bahagian Asia dan Eropah. Tidak hairanlah mengapa Constantinople menjadi tarikan pelbagai kuasa besar dunia suatu masa dahulu.
Masjid Yeni dan Masjid Sulayman, dari atas cruise merentas Selat Bosphorus

MASYARAKAT TURKI

Sepanjang saya berada di Turki, saya telah bersembang dengan berpuluh-puluh orang Turki. Sememangnya mereka sangat peramah dan suka menolong. Di mana sahaja saya berada, ada sahaja masyarakat tempatan yang tegur, tidak kira di dalam bas, luar bas, di dalam masjid, sewaktu ambil wuduk, malah di kaki-kaki lima. Sewaktu saya di Pamukkale, ada saudara seagama yang saya berkenalan di masjid membawa saya ke rumah dan menjamu dengan makanan. Malah, beliau telah menjemput rakan-rakannya yang lain untuk datang juga ke rumah untuk makan bersama. Hati saya sedikit tersentuh, kerana keadaan rumah lelaki tersebut sangat kecil, mungkin sama saiz dengan bilik tidur saya di sini. Namun, hatinya sangat baik untuk menolong dan meraikan tetamu, dengan apa yag dia ada. Sepanjang perjalanan pulang dari Pamukkale, saya terfikir di dalam hati apa agaknya maksud tersirat yang Allah hendak tunjukkan pada saya. Barangkali, selama ini saya tidak cukup berlaku baik dengan saudara seagama dan mungkin juga saya tidak begitu bersyukur dengan nikmat yang saya ada sekarang. Saya amat terasa persaudaraan Islam sepanjang saya berada di Turki. Saya tidak pernah berjumpa mereka dan mereka tidak pernah berjumpa saya. Namun, Islam telah mempersaudarakan umatnya menjadi satu. Indahnya persaudaraan Islam.

Namun demikian, ada juga masyarakat Turki yang berbangga dengan dasar sekular negara mereka. Malah ada antara yang saya berbual yang mempertikaikan solat 5 waktu itu sendiri. Ramai juga masyarakat Turki pada hari ini yang bukan sahaja tidak memahami, malah tidak tahu membaca tulisan Arab. Padahal, Sewaktu pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, bahasa Arab merupakan bahasa utama di negara tersebut. Namun, bahasa Arab telah dihapuskan sama sekali di Turki oleh Mustafa Kamal Attartuk.

MENINGGALKAN KOTA ISTANBUL

Blue Mosque, Sultanahmet, Istanbul

Saat-saat meninggalkan Istanbul adalah sedikit beremosi, kerana saya tahu bahawa saya bakal meninggalkan satu kota yang pernah menjadi satu pusat pemerintahan kuasa Islam suatu masa dahulu. Apapun saya bersyukur pada Tuhan kerana telah diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki di bumi yang pernah disebut oleh Rasulullah s.a.w., satu bumi yang pernah menjadi igauan para sahabat Rasulullah s.a.w. dan juga satu bumi yang pernah menjadi pusat penyebaran dan pemerintahan kerajaan Islam yang mulia.

Sekurang-kurangnya kembara kali ini mengingatkan saya betapa hebatnya tamadun Islam suatu ketika dahulu. Kepada para pembaca, marilah bersama kita naikkan kembali martabat Islam yang pernah memegang tamadun suatu ketika dahulu. InsyaAllah, jika Tuhan memberikan saya kesempatan, saya akan datang lagi ke Turki.

05 February 2009

Keutamaan Meriwayatkan Sumber Yang Sahih

Salam w.b.t.

Ketika saya menulis entry ini, saya sedang melakukan persediaan untuk kembara saya yang bermula esok. Esok saya akan meninggalkan tempat ini untuk bermusafir buat seketika. Mudah-mudahan kembara saya dapat membantu memberikan semangat dan menghidupkan kembali hati ini yang kadangkala lalai dan alpa. Ketika ini juga, politik di negeri saya sedang agak bergoncang. Namun, saya belum cukup bersedia untuk menghuraikan isu politik secara terbuka. Saya memilih untuk berbicara isu yang lain yang tidak kurang pentingnya.

Beberapa orang pernah bertanyakan kepada saya mengenai keutamaan meriwayatkan sumber yang sahih..

Saya dengan segala kelemahan yang ada pada diri saya mengakui saya bukanlah seorang yang arif mengenai ilmu hadith. Namun, berbekalkan bahan-bahan rujukan yang telah saya rujuk kebelakangan ini, saya suka untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai periwayatan hadith ini secara ilmiah.

Pertama sekali, saya ingin menegaskan, meriwayatkan sesuatu yang benar bukanlah satu isu yang harus dipandang mudah, sebaliknya, ia merupakan sesuatu yang sangat serius dan penting. Barangkali kenyataan saya tidak kelihatan begitu tegas tanpa saya sertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Maka, saya lebih suka untuk menguatkan hujah saya dengan beberapa sumber yang saya fikir, anda sendiri dapat menilainya.

Imam Ibn Hibban meletakkan satu fasal dalam kitabnya yang beliau namakan:
"Fasal: Menyebut ketetapan memasuki neraka bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Muhammad s.a.w) sedangkan dia tidak mengetahui mengenai kesahihannya" - Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban 1/20
Menurut Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
"Tidak halal meriwayatkan hadith palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini samaada berkaitan halal dan haram, fadaail (kelebihan-kelebihan amalan), al-Tarhib (menakut-nakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-Taghib (menggalakkan ibadah), kisah, sejarah atau selainnya"
Malah Rasulullah s.a.w sendiri melarang keras pendustaan tanpa sumber yang sahih seperti yang disebut dalam beberapa hadith:
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka." - Riwayat al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir.
Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. menyebut:
"Jangan kamu berdusta ke atasku. Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka" - Riwayat al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10
Malah dalam satu firman Allah di dalam kitab suci al-quran:
"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berlandaskan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" - al-An'am:144
Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan di atas, sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang waras, sudah tentu sekali kita dapat mempertimbangkan sendiri betapa beratnya kesalahan jika kita meriwayatkan sesuatu tanpa kita mengetahui kebenarannya.

Kadangkala dalam usaha kita mengajak orang lain melakukan kebaikan, kita menggunakan hadith-hadith atau kisah-kisah para Rasul dan sahabat yang sebenarnya tidak pernah pun wujud dalam kitab-kitab sejarah. Terdapat pelbagai contoh kisah-kisah yang berlegar di kalangan umat Islam, yang sebenarnya palsu belaka. Malah, ada di antaranya yang sampaikan menghina para sahabat yang begitu rapat dengan baginda Rasulullah.

Kitab Taurat yang asli? - Sumber: Jewish Muzeum, Berlin

Justeru saya menasihat dan mengingatkan diri saya dan para pemabaca agar kita bersikap lebih berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu, kerana tindakan kita berkemungkinan menghina Rasulullah dan para sahabat!! Agama Islam adalah satu agama wahyu. Kita beramal dengan wahyu dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Seandainya amalan-amalan dan hadith-hadith dipermain-mainkan, maka jadilah agama ini seperti agama-agama lain yang sudah banyak tokok tambah dan berasaskan akal fikiran manusia belaka. Kita bertanggungjawab untuk memelihara kesucian agama!!

Sama-samalah kita berlindung dengan Allah daripada termasuk di kalangan perosak agama..

02 February 2009

~Kembara Musim Sejuk - Turkey 2009~

Salam w.b.t.

Below are my schedule in the next few days..

6th February 2009 - Visiting friends at Olomouc, Czech Republic
7th February 2009 - Ini Sejarah Kita v Olomouci..
8-14th of February 2009 - Vacation at Bratislava and Turkey..

InsyaAllah, I'm going to visit Turkey from this weekend till 14th of February 2009. My flight will be from Bratislava, and I'll also visit Bratislava, the capital of Slovakia.. InsyaAllah, I'll use all the opportunity to increase my knowledge and to give strength to my soul, in order to face upcoming challenges in my life.

From my survey, few days aren't enough to go to all of the interesting places at Turkey since there are really lots of them. Istanbul was once known as Constantinople, which served as the most important way to connect east and west. There are lots of histories behind the place..

What's special about Turkey? Wana know more about this historical place? Wait for my return to Hradec Kralove, insyaAllah, I'll tell you more.. Pray for my safety along the journey..

Coming soon..

01 February 2009

Baked Macaroni

Salam w.b.t.

Selain mengisi masa cuti saya dengan membaca buku-buku agama, saya juga telah menggunakan kesempatan yang ada untuk memantapkan lagi 'skill' memasak yang tidak kurang penting di sini.

Semalam saya membaiki lauk asam pedas saya, dan pada hari ini, saya telah mencuba buat pertama kali untuk membuat 'baked macaroni'.

my baked macaroni

my baked macaroni

Sesungguhnya, kebolehan memasak adalah satu keperluan apabila berada di perantauan. Ini kerana, makan di luar adalah sangat mahal. Sebagai contoh, harga seketul kebab sahaja mencecah RM 17 jika ditukar ke matawang ringgit. Makanan yang bernasi pula berharga kira-kira RM 22 dalam matawang ringgit. Maka sudah tentulah, masak sendiri adalah alternatif terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan hidup, di samping menambahkan pengalaman.

Bagi 'baked macaroni' yang saya baru sahaja buat sebentar tadi, saya telah mendapat resipi daripada kakak saya, Dr Amrah binti Ismail. Beliau lah yang telah memberikan resipi ini beberapa bulan yang lepas, namun, baru sekarang saya mencuba. Terima kasih kak ngah..