Ramai orang bertanyakan kepada saya mengapa tidak mengeluarkan apa-apa entry kebelakangan ini. Buat pengetahuan semua saya jarang sekali berada di rumah cuti ini. Kini sudah sebulan lebih saya di Malaysia, namun baru beberapa hari sahaja berada di rumah. Ketika saya menulis entry ini juga, saya sebenarnya sedang bersiap-siap untuk ke Ipoh sebentar sahaja lagi. InsyaAllah, petang ini pula saya akan berangkat untuk memulakan Jaulah Musim Panas Czech, yang akan bergerak di kawasan utara semenajung Malaysia.
Saya baru sahaja pulang dari Konvensyen Mahasiswa Antarabangsa (KONSIS International) di Kota Bharu pada hari Isnin baru-baru ini. Semalam dan kelmarin pula saya sibuk menguruskan urusan bank dan membantu ibu membuat kerja-kerja rumah, di samping menguruskan urusan Jaulah yang insyaAllah akan saya mulakan pada hari ini.
Berikut merupakan tentatif yang saya untuk hari-hari akan datang :
Khamis, 6 Ogos 2009
Jaulah ke rumah ikhwah di Ipoh dan Batu Gajah
Jumaat, 7 Ogos 2009
Aktiviti di Pulau Pangkor, Lumut
Sabtu, 8 Ogos 2009
Menghadiri kenduri rakan seusrah, Najmi di Alor Setar.
Melawat ikhwah dan bersiar-siar di Kedah.
Ahad 9 Ogos 2009
Aktiviti di PMC.
Jaulah di Pulau Pinang
Isnin 10 Ogos 2009 - 16 Ogos 2009
Mukhayyam di Kepong
Borak-borak Czech di Petaling Jaya
InsyaAllah, saya akan sambung menulis di blog ini sekembali ke rumah. Doakan perjalanan saya selamat dan tidak sia-sia.
2 comments:
bz betoi noo..
semoga kita sentiasa mendapat bimbingan dari Allah dalam setiap langkah yg dijejaki..
biiznillah
owh, mmg agak busy.. jarang sgt kat rumah.. huhu..
anyway thanks :-) moga sentiasa b'oleh manfaat dr ape pun yg kite buat.. so that penat lelah tak sia2
Post a Comment