Pabila Ramadhan tiba,
Ada orang langsung tiada perasaan,
Puasa atau tidak tiada perbezaan
Bila orang berpuasa mereka makan,
Waktu malam duduk sahaja di kediaman
Mereka punya penyakit wahan
Tidak kenal haq dan batil
Manusia itu manusia yang JAHIL.
Pabila Ramadhan tiba,
Ramai orang tidak menjamah makanan,
Badan terasa lemah, tiada keupayaan
Bila malam ke masjid bertarawikh
Bila pagi mereka bersahur
Tapi di masa sama sifat malas mengawal keadaan,
Hanya kadangkala menghadap al-quran,
Ada juga yang langsung tidak baca atau tadabbur
Masa luang diisi di hadapan facebook dan friendster
Tak ketinggalan juga filem-filem hendonisme di kaca televisyen
Masih lagi sibuk bersembang hal-hal dunia di yahoo messenger
Bila orang berbuka, mereka berbuka.
Pabila Ramadhan hampir ke senja,
Hati mereka berasa gembira
Sibuk dengan persiapan raya
Juga sibuk dengan kad-kad raya.
Resipe-resipe habis dicari,
Waktu malam pula menonton tv
Maklumlah, banyak cerita menarik sempena Aidilfitri
Pabila Ramadhan reda,
Mereka berasa lega
Mereka syukur kerana selesai berpuasa
Tapi sayangnya amalan tak ke mana
Mereka masih di takuk lama
Halaman quran yang dibaca tetap sama
Tadabbur juga tiada bedanya
Sadaqah pula langsung tak ada
Qiam masih sekali sekala
Masa bersama facebook dan yahoo messenger sama sahaja
Manusia itu manusia yang BODOH,
Mereka fikir mereka berjaya,
Mereka fikir mereka mendapat pahala,
Tapi sayangnya hanya lapar dan dahaga.
Pabila Ramadhan tiba,
Ada manusia punya iltizam tinggi,
Mahu tingkat amalan peribadi,
Kurangkan masa di hadapan tv
Rebut bersedeqah tiap hari
Bila luang, muhasabah diri
Waktu malam qiam sendiri
Sedar dan kesal kelemahan diri
Kerdil dan takut menhadap Ilahi
Pabila Ramadhan senja,
Manusia itu semakin sayu
Bulan tarbiyah hampir berlalu
Semakin banyak tadabbur dilaku
Amalan sunat bertalu-talu
Tasbih dan zikir tanpa mengira waktu
Saban hari menghitung masa yang tampak berlari laju
Pabila Ramadhan berlalu,
Manusia itu manusia yang baru
Amalan semakin banyak berganjak
Jahiliyah pula jauh diinjak
Manusia itu manusia yang BIJAK.
Pabila Ramadhan tiba,
Akan ada si JAHIL, si BODOH dan si BIJAK
si JAHIL itu ramai
si BODOH itu lebih ramai
sayangnya si BIJAK itu sedikit
Sedang si JAHIL berfoya-foya
Si BODOH terus lena dengan dunianya yang sama
Hanya si BIJAK menghargai masa
Tidak salah jika sedar diri sendiri BODOH
Namun adalah SALAH untuk biarkan diri terus dalam keadaan BODOH
Manusia seperti itu 2 kali lebih BODOH
Memang nafsu suke memperBODOHkan si BODOH
Alangkah kasihan si BODOH
si JAHIL, si BODOH dan si BIJAK adalah manusia
Jangan lupa kita juga adalah manusia
Manusia jenis apakah kita?
Awas Ramadhan datang hanya sekali!!!!
Belum tentu tahun hadapan akan bersua lagi
Ia sudah datang, dan ia PASTI akan pergi
Amatlah rugi jika tidak berhati-hati
-Muhammad Noor Ismail-
No comments:
Post a Comment