04 September 2009

Hadith Dha'if, Maudhu' bulan Ramadhan

dikemaskini pada 6.10pm, 5 September 2009

Salam w.b.t.

Ketika saya menulis entry ini, saya baru sahaja pulang dari menunaikan solat fardhu Jumaat. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti sebelum ini membuatkan saya jarang solat di masjid kawasan saya, namun, alhamdulillah, saya dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan menunaikan solat-solat fardhu di masjid tersebut.

Menjadi kebiasaan bagi masjid di sini membuat sesi tazkirah di antara solat tarawih pada waktu malam. Namun, seringkali dalam bulan puasa ini saya mendengar penceramah-penceramah menggunakan beberapa hadith dha'if dalam tazkirah-tazkirah yang disampaikan, dan perkara itu sudah banyak kali saya dengar. Ini bukanlah kali pertama saya mendengar ceramah-ceramah sedemikian. Sewaktu saya di Pulau Pinang baru-baru ini, saya juga ada mendengar tazkirah yang menghuraikan hadith-hadith palsu yang jika difikir logik sendiri tidak masuk akal. Antaranya penceramah tersebut menceritakan satu hadith berkenaan fadhilat-fadhilat solat fardhu. Contohnya jika tunaikan solat subuh, diampunkan segala dosa. Jika tunaikan solat zohor, dilepaskan dari api neraka, dan sebagainya.

Saya agak terkejut dengan penggunaan hadith-hadith sedemikian itu dengan begitu meluas rupanya di kalangan masyarakat Malaysia. Lebih malang, bulan Ramadhan yang mulia ini juga banyak dicemari dengan hadith-hadith yang sangat dha'if dan maudhu'.

Gambar hiasan - kesucian agama wajib dijaga bersama

Persoalan-persoalan sedemikian mendorong saya untuk membaca buku-buku dan mencari lagi sendiri pandangan ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam penggunaan hadith-hadith yang sedemikian.

Benar, para ulama' hadith bersepakat bahawa tidak boleh atau haram untuk menggunakan hadith maudhu' atau hadith palsu. Namun, berlaku sedikit perbezaan pendapat mengenai penggunaan hadith dha'if.

Imam-imam besar seperti imam Bukhari, Muslim dan Abu Bakar Ibn al-'Arabi menetapkan bahawa tidak boleh kita mempergunakan hadith dha'if untuk segenap pekerjaan, untuk segala keperluan walaupun untuk menerangkan keutamaan sesuatu 'amal, supaya tidak ada yang mengatakan kepada Rasulullah perkataan yang tidak baginda katakan dan supaya tidak ada orang yang mengi'tiqadkan sunat sesuatu perkara yang tidak disunatkan.

Di sini saya ingin berkongsi salah satu ciri ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam mengambil sumber agama.

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah mengiktiraf wujudnya perbezaan pendapat dalam menerima hadith yang lemah (dha'if) dalam persoalan yang menerangkan keutamaan sesuatu amal (Fada'il 'Amal), anjuran dan ancaman (al-Targhrib wa al-Tarhib) serta dalam persoalan yang didiamkan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah.

Terhadap persoalan-persoalan di atas, sebahagian tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah mencukupkan diri dengan hadith-hadith yang sahih dan hasan manakala sebahagian tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang lain menerima hadith dha'if dalam persoalan di atas hanya dibolehkan jika ia menepati 4 syarat berikut:

1. Hadith tersebut dipastikan memiliki kelemahan yang ringan. Hadith yang berat kelemahannya (Dha'if jiddan), palsu (maudhu') dan tidak diketahui asal-usulnya tidak diterima.

2. Hadith tersebut termasuk dalam asas-asas agama.

3. Hadith tersebut disampaikan dalam bentuk yang menunjukkan kelemahannya atau disampaikan sambil menerangkan kelemahannya. Tidak boleh menyampaikannya dalam bentuk yang pasti kerana ia akan memberi sangkaan kepada masyarakat bahawa ia adalah sahih.

4. Hadith tersebut digunakan dalam suasana yang terpencil. Tidak boleh menggunakannya secara meluas atau dengan kekerapan yang tinggi kerana ia akan memberi sangkaan kepada masyarakat bahawa ia adalah sahih.

(Rujuk al-Sakhawi rahimullah dalam al-Qaul al-Badi' fi FAdhli Shalat 'ala al-Habib al-Syafi', ms 472-472).

Maka jelaslah bahawa syarat-syarat penggunaan hadith dha'if dalam menurut ahl Sunnah wa al-Jama'ah sangatlah ketat. Justeru untuk memilih jalan yang selamat, adalah lebih baik kita tidak menggunakan hadith-hadith sedemikian.

Terdapat pelbagai ancaman bagi sesiapa yang menggunakan sumber-sumber hadith yang palsu. Mereka itu membuat dusta kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. ada menyebut dalam satu hadith
"Barangsiapa menceritakan hadith dariku dan hadith tersebut diketahui dusta (tidak sahih), maka dia adalah seorang pendusta" (HR. Muslim)
Dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Janganlah kamu berdusta ke atasku. Sesiapa yang berdusta ke atasku, maka dia masuk neraka" - Riwayat al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10
Sedarlah bahawa meriwayatkan suatu sumber yang palsu adalah dosa besar. Saya sudah pun menghuraikan dengan panjang lebar berkenaan ancaman-ancaman bagi mereka yang meriwayatkan sumber-sumber sedemikian dalam entry saya 7 bulan lepas yang bertajuk Keutamaan Meriwayatkan Sumber Yang Sahih.

Antara hadith palsu yang biasa kita dengar di bulan Ramadhan ini ialah:

1. "Rejab itu bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"

Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam buku fatwa Mu'asyirah (1/384) bahawa tidak ada hadith yang shahih yang menceritakan tentang fadhilat bulan Rejab, kecuali yang menceritakan tentang ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana yang dinyatakan dalam surah at-Taubah: 36. Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi,
"Hadith ini dimaklumkan sebagai sebuah hadith yang mengandungi fadhilat Rejab. Hadith ini mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadith ini palsu!!.. yakni penipu... Maka bukanlah kepadanya mempunyai nilai ilmiah dan bukanlah mempunyai nilai agama... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration) dan semuanya adalah suatu pembohongan. Dari ini satu tanda penipuan di dalam hadith yang memasukan perkara yang berlebih-lebihan.. " (Fatwa Mu'asyirah 1/384-485).
Hujah Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula dapat dilihat di sini.

Hadith palsu lain yang biasa kita dengar:

2. "Bulan Ramadhan adalah bulan yang di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan sedangkan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka"

Hujah untuk kedha'ifan hadith ini bolehlah lihat di sini.

Lebih menarik, hujah tersebut boleh juga dilihat di sini.

Sebenarnya banyak lagi hadith-hadith palsu yang biasa kita dengar berlegar-legar di dalam masyarakat kita pada hari ini. Di sini saya sertakan link antara hadith-hadith palsu tersebut, beserta hujah-hujahnya. [Klik sini]

Kesimpulannya hadith di atas merupakan hadith palsu dan tidak layak ia dijadikan sebagai dalil dan sandaran, apatah lagi diamalkan. Bulan Ramadhan memang tidak dapat dinafikan mempunyai fadhilat-fadhilat di dalam hadith-hadith yang bertaraf sahih yang boleh dibuat sebagai sandaran.

Ketahuilah bahawa meriwayatkan sesuatu yang dusta pada Rasulullah itu adalah kesalahan yang berat sepertimana yang saya jelaskan dalam entry dahulu. Janganlah kita terlampau ghairah berkata sehingga kita berdusta pada Rasulullah. Sebaiknya eloklah kita rujuk terlebih dahulu kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith sahih agar kita tidak melibatkan diri kita dalam berdusta dengan menggunakan nama Nabi s.a.w.

Kepada Allah saya berlindung daripada termasuk di kalangan pendusta agama.

5 comments:

Saif Shah =) said...

salam'alayk

abg md noor,

kdg2 mmg xsangka dan xperasan kita menggunakan hadith2 ni dlm percakapan, penulisan kita...
mungkin sejak dr kecik, dh di'dendang'kan dgn perkataan2 tersebut...

jzzk atas penulisan yg menjadi eye-opening buat dr ni...

p/s : alhamdulillah, sudah selesai =)

run^nia in wonderland said...

utk next post...
boleh tak cerita pasal hadis hassan dan sahih?
ain ni still banyak yang tak tahu...tq for the post...^_^

muhammad noor ismail said...

salam..

mmg pun selalu dengar.. but, orang-orang malaysia kurang aware dengan bende2 mcm ni..

actually ada jugak ulama' besar mcm al-Imam al-Nawawi yang benarkan penggunaan hadith dha'if, tapi masih menetapkan syarat-syarat ketat dalam penggunaannya. boleh untuk kita guna, kalau kita tahu n kita penuhi syarat-syarat. tapi hadith maudhu' mmg ulama' sepakat tak boleh guna

sebenarnya banyak lagi hadith-hadith sahih yang berkisar tentang fadhilat ramadhan.. lebih baik kita gunakan apa yang sahih..

btw, to saif shah, congratz sbb dah settle :-)

to 'ain.. kalau sy cukup input, n yakin, iAllah sy akan post.. but, kalau dalam diri sy sendiri ada persoalan, sy suka ambil langkah untuk tak sentuh dlm tulisan umum, yg mana semua org boleh baca, better jwb personally.. takut pembaca salah tafsir, n jadi lebih teruk ;p

anonymous said...

assalamualaikum

sy hairan mengapa ramai yg mudah terpengaruh dgn pemikiran Dr asri..apa yg menyedihkan orang ramai termasuk saudara ini seolah2 sudah berlagak seperti ustaz akibat terpengaruh dgn beliau..sehinggakan saudara memandang rendah kata2 ustaz2 yg memberi tazkirah di masjid atau surau..

pengikut Dr asri selalunya memang banyak membaca..membaca tanpa berguru..akhirnya mentafsir hadith2 dgn sendiri..adakah saudara ingin menjadi seperti kapten hafiz firdaus yg ke dua?menjadi protaz yg kontroversi..

cukuplah saudara mem'post' tajuk2 ringan diblog saudara..tak perlu la menceritakn tajuk2 berat seperti ini..sy bukan pembaca blog saudara..tp bila saudara post tajuk ini dan sebelum ni (yg ada bergambar dgn Dr asri tu)..kebetulan sy terbuka blog saudara..

sebenarnya kalau saudara seorang yg tinggi ilmu agama..saudara tidak mudah terpengaruh bulat2 kata2 orang yg selalu 'dianggap maksum' seperti Dr asri..

memang sukar utk merubah fikiran orang2 seperti saudara..

sy sendiri pernah hampir terpengaruh beberapa tahun dahulu..tapi percayalah..ia tidak baik untuk hati kita..ada perasaan riak, ujub dan sebagainya..kerana terlalu bangga dgn diri kononnya amalan yg dilakukan merupakan amalan rasulullah s.a.w..kononnya amalan orang lain kurang ikut sunnah..

cuba saudara cek dalam diri saudara..ada ke tidak perasaan ujub, riak, bangga diri ini dalam diri..kalau ada?fikir2kan lah..kalau takde bagus la..

bagi sy saudara boleh amalkan apa yg saudara baca..tp jgn la menyebarkan kepada orang2 awam yg lain..ia akan menyusahkan..bukan memudahkan..

sy tinggalkan utk saudara link yg boleh dirujuk utk panduan saudara..walaupun tak sehebat blog dr asri..

http://jomfaham.blogspot.com/

muhammad noor ismail said...

Waalaikumussalam..

Alhamdulillah, terima kasih, saudara atas kritikan yang beremosi :-)

Saya cuma berharap emosi tidak mengawal diri dalam menentukan niat seseorang.

Saya ingin menjelaskan pada saudara, bahawa dalam entry saya tersebut, cuma ada satu ayat beserta link sahaja berkenaan Dr Asri yang saya sertakan. Yang selebihnya, saya sertakan pendapat tokoh-tokoh lain, seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Imam Bukhari, Ustaz Zaharudeen dan sebagainya. Jadi mengapa perlu 'single out' pendapat seseorang. Mengapa tidak saudara kritik pendapat al-Qaradhawi dan lain-lain?

Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak mentafsir hadith. Saya mengemukakan hadith, dan terpulang kepada para pembaca untuk menafsirkan.

Agama Islam adalah agama yang adil. Ia bukanlah milik kelompok tertentu sahaja. Jika demikian, agama Islam tidak adil. Sewaktu Rasulullah menyampaikan Islam, agama Islam dapat difahami oleh segenap kelompok, dari orang berkedudukan tinggi seperti Abu Bakr As-Siddiq, Mus'ab bin Umair sehinggalah hamba seperti Bilal bin Rabbah.

Saya pernah berfikiran seperti saudara, namun pengalaman belajar di luar negara dan melawat banyak negara membuatkan saya lebih jelas tentang persepsi umat Islam secara lebih global. Kadangkala sesuatu yang pelik bagi kita adalah satu kebiasaan bagi umat Islam yang lain.

Barangkali menerima sesuatu yang 'lain' bukanlah suatu budaya biasa bagi masyarakat kita. Namun, siapakah yang dapat menjamin kita yang paling 'ihsan' dalam beramal terutama jika terus bertaqlid.

Semoga Allah memimpin kita semua ke jalan yang benar :-)