11 September 2009

Pejuang Nasionalisme Semakin Menuju Kebodohan

Salam w.b.t.

Saya baru sahaja menyentuh soal nasionalisme dalam sebuah entry baru-baru ini. Malang sekali, kurang sebulan dari itu, rantau ini dikejutkan dengan sentimen anti-Malaysia yang berlegar-legar di negara jiran.

Secara kebetulan, saya mempunyai ramai rakan yang belajar di negara tersebut, dan saya telah mendengar banyak reaksi dari rakan-rakan yang menjadi mangsa sendiri kezaliman ini secara langsung. Lebih malang, golongan-golongan intelek juga banyak terlibat, ditambah dengan provokasi media yang diibaratkan seperti membubuh garam di luka. Arus-arus media utama kencang mengupas isu-isu sensitif yang antara masih samar kebenarannya. Implikasinya, saya diberitakan bahawa di sesetengah tempat, keadaan seolah-olah menjurus kepada peperangan.

Tidak perlu lah rasanya untuk saya huraikan bentuk-bentuk penindasan yang berlaku, kerana tujuan entry ini bukanlah sebagai provokasi kepada warga negara ini pula, namun sekadar curahan fikiran tentang situasi yang berlaku sekarang. Tambahan pula, berita-berita mengenai bentuk-bentuk penindasan ini mudah dicari di media-media alternatif.

Secara peribadi, saya berasa hiba dan kesal mengenangkan perselisihan antara manusia yang dikatakan berkongsi aqidah yang sama.

Saya tidak mahu menjustifikasi siapa yang benar, siapa yang salah. Namun, di saat umat Islam di Nusantara ini bergelut sesama sendiri, saya ingin berkongsi apa pula yang sedang dialami oleh saudara kita di tempat lain.

Uyghur

Percaya atau tidak, di Uyghur [2], umat Islam dilarang untuk menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ya, mereka DIPAKSA untuk tidak berpuasa. Mereka yang didapati berpuasa ditangkap dan dibuang kerja. Restoran-restoran dipaksa untuk dibuka menjual makanan dan minuman termasuk arak [Artikel asal]

Tidak cukup dengan itu, penghijrahan penduduk giat dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan peratusan penduduk Islam di kawasan tersebut.

Gambar hiasan - masyarakat Uyghurs yang sedang ditindas
Palestin

Di Palestin pula, buat pertama kalinya, penduduk haram Yahudi telah menceroboh masuk ke Masjid al-Aqsa untuk menjalankan aktiviti keagamaan. Kejadian ini tidak pernah berlaku selama semenjak kota Baitulmaqdis ditawan pada tahun 1967 kerana penganut agama Yahudi tidak dibenarkan memasuki Masjidil Aqsa sepanjang bulan Ramadhan. Tindakan ini jelas sekali mencabul undang-undang dan melambangkan kebiadaban rejim Israel.

Seperti biasa setiap hari masih lagi berlaku pembunuhan saudara mara kita di Palestin. Setiap hari juga ada tanah yang dirampas dan ada pembangunan dilakukan di atas tanah haram.

Nasionalisme yang semakin menuju kebodohan

Ikhwah sekalian, siapakah yang akan membantu saudara mara kita yang ditindas jika bukan diri kita sendiri? Tidakkah kita pernah terfikir jika kita di tempat mereka, bagaimana harapan yang diletakkan kepada saudara mara di tempat lain untuk memberikan bantuan? Adakah kita mahu menunggu sehingga umat Islam di China menjadi seperti di Andalus, Spanyol, yang dihalang menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan sehingga ditukar agama.

Demikianlah antara fenomena-fenomena yang jelas menampakkan kebodohan para nasionalis yang sangat mempertahankan bangsa dan budaya sendiri sehinggakan tidak mengambil peduli langsung akan penderitaan saudara seaqidah dengan mereka. Kini orang lebih sensitif apabila budaya mereka 'dicuri' daripada saudara mara mereka yang dibunuh pada setiap hari.

Ternyata rancangan barat untuk menghancurkan umat Islam tampak berjaya. Selepas imperialisme, mereka menghadiahkan 'demokrasi' supaya tiada lagi rasa kecintaan pada khilafah. Sehinggakan kecintaan pada negara bangsa itu bukan sahaja melenyapkan kencintaan pada khilafah, malah perasaan tersebut mendorong lagi untuk menindas saudara mara sendiri.

Tidakkah kita sedar bahawa semangat nasionalisme sebenarnya hanyalah rekaan musuh-musuh Islam dan sememangnya ia tidak dapat berdiri dengan kukuh. Sesungguhnya tidak ada ikatan persaudaraan lebih kuat daripada ikatan aqidah, iaitu ikatan yang menghubungkan kita dengan Pencipta kita. Apakah tidak ada langsung rasa kasih kita pada saudara kita yang ditindas? Mereka itu adalah ibu kita, ayah kita, adik kita.. Mereka saudara kita. Apakah kita bersedia untuk menjawab di akhirat kelak jika ditanya apa yang kita lakukan untuk membela mereka.

Saudara-saudaraku sekalian, sempena bulan mulia ini, marilah kita merapatkan ukhwah yang terjalin atas dasar aqidah. Inilah dia jalinan persaudaraan yang sebenar, yang diiktiraf oleh Allah s.w.t. dalam al-quran:
'Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara keduamu yang berselisih, dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat' (al-Hujurat:10)
Dalam ayat sebelumnya pula Allah mengancam perlunya memerangi orang-orang Mukmin yang menzalimi Mukmin yang lain:
'Dan apabila ada dua golongan orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap golongan yang lain, maka perangilah yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh Allah Mencintai orang-orang yang berlaku adil' - (al-Hujurat: 9)
Ketahuilah bahawa jalinan persaudaraan ini lebih kuat dari hubungan perkauman, malah lebih kuat dari hubugan darah sendiri. Ikhwah sekalian, lupakah kita pada Mus'ab bin Umair? Seorang pemuda kacak lagi kaya yang menyerahkan harta dan jiwanya kepada Islam. Sewaktu peperangan Badar, abang kandungnya yang berada di pihak Musyrikin Makkah telah ditangkap. Sewaktu di dalam tahanan, abangnya itu telah meminta kepadanya untuk melonggarkan ikatan yang diikat padanya. Namun Mus'ab sebaliknya meminta lagi untuk diketatkan ikatan tersebut. Demikianlah contoh persaudaraan aqidah, yang lebih kuat dan teguh dari ikatan kekeluargaan sendiri.

Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang lagi memandangkan saya ada perkara lain yang hendak dilakukan selepas ini. Banyak lagi sebenarnya perkara yang terbuku dalam fikiran saya yang ingin saya terjemahkan dalam bentuk penulisan. Jika saya diizinkan oleh Allah, saya akan menulis lagi perihal perkara ini.

Akhir sekali, kepada pembaca-pembaca blog ini yang beragama Islam, marilah kita mengambil kesempatan bulan Ramadhan ini untuk mendoakan keselamat dan kesejahteraan saudara mara kita di tempat lain.

4 comments:

young reformist said...

dalam islam perjuangan krne agama lebih pntg dri smgt nasionalisme....

lenepawida said...

very well written. thank you for sharing.

muhammad noor ismail said...

to young reformist..

yep.. nasionalisme cuma agenda barat, bermati-matian dengan perjuangan yang tiada asas dan halatuju kukuh, sampaikan kita lupa perjuangan yg lebih besar..

muhammad noor ismail said...

to lenepawida..

ur welcome.. jazakallah..