02 March 2011

Buat Ibuku..


Selamat Hari Lahir, Mak :-)


Sehening titik embun pagi, sehening hatimu ibu
Secerah mentari pagi, sehangat kasihmu ibu
Sedingin angin lalu, selembut ucapan ibu
Seputih salju, sesejuk kasihmu ibu
Terawang ingatan masa kecil
Episod perjalanan jadi rindu padamu

Menyayangimu..
Bagaikan perasaan istimewa buatku..

Merinduimu..
Umpama lautan yang tiada sempadan..

Ibuku..
Andaikata seluruh bumi mampu kubeli,
Pastinya tidak akan cukup membeli pengorbananmu,
Andaikata seluruh dunia ada di tanganku,
Pastinya tidak bisa menandingi kasihmu

Ibuku..
Kau selalu penuhi harapanku..
Cahaya hidupmu terang untuk ku
Pelitamu menyala bagiku
Kehadiranmu memberikan semangat buatku

Hatta berjauhan,
Kau masih berikan pedoman
Tempat ku luahkan perasaan,
Di atas talian, kau beriku kekuatan.

Kurindu kasih dan belaianmu
Inginku gapai dalam pelukku
Kau hadir dalam fikiranku
Walaupun tak dapat kugenggam

Ibuku..
Usah hentikan doamu padaku..
Aku telah berjanji untuk terus hidup..
Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu

Ibuku..
Usah hentikan bingkisan kata-katamu,
Yang bisa membakar semangatku,
Yang jadi obor pedoman hidupku.
Yang menjadi nadi perjuanganku.

Tersenyumlah ibuku
Bahagiamu bahagiaku
Di bulan ini ada hari istimewa buatmu,
Ya Rahman, kau berkati insan istimewa
Yang mewarnai lukisan hidupku.
Ku munajat pada Tuhan,
Agar kau bahagia sepanjang zaman


- Mohd Noor bin Ismail -

p/s - sajak yang lepas di sini

7 comments:

Kina said...

Nice poem. ;)

Happy birthday to your Mom. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia till Jannah. Amin. ;)

mohdnoor said...

thanks, kinah :-) amiin..

sj je.. lame tak buat poem ;p

Anonymous said...

sweet, sweet..

digitiminimi said...

hihihi..adik2 ku berpuitis masing22..hihihi

eh abglang n aisyah...kalau rasa22 nak angah amik masa balik mesia..amik la flight jumaat smpai mesia ke.sabtu ke..better..hihi

okies.take care.

-angah-

mohdnoor said...

heh.. ok je iAllah.. tp so far, tak pk lagi bile nak balik sume.. tunggu la last2 minute baru beli tiket.. byk bende nak kene settle down before balik..

a.i.s.y.a.h. i.s.m.a.i.l said...

salam.

hows life going on?

aisya de exam esok. doakan ea.

btw.. i dedicate this song for you

http://www.youtube.com/watch?v=Kfq1uMnQo38&feature=player_embedded

all the best and may allah make ease of everything

insyaallah akan ke czch 25-29.. de pape ke time tu?

mohdnoor said...

iAllah.. abg doakan :-)

owh, nak dtg.. sile2.. nanti kasitau la ek detail n planning sume :-)