Bismillah...
Baru-baru ini saya pergi ke Poland, sebuah negara jiran atas beberapa urusan, di samping menziarah sahabat-sahabat di sana. Itu merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki di negara tersebut, tetapi kali pertama di ibu negara nya. Kali pertama saya menjejakkan kaki di Poland adalah lebih kurang 3 tahun lepas, ketika berjaulah ke Krakow, sebuah bandar yang terkenal dengan peristiwa Holocaust.
Sepanjang jaulah saya ke negara tersebut, banyak sekali pengalaman dan peristiwa menarik yang saya tempuhi.
Peristiwa 1
Sewaktu dalam perjalanan pergi ke Poland, saya duduk di dalam satu 'cabin' bersama dengan seorang warga Czech, Argentina dan Ukraine. Tentu sekali berjumpa dengan warga asing adalah satu perkara biasa bagi mereka yang sudah biasa berjalan di Eropah. Namun, uniknya, kami yang berada di dalam 'cabin' tersebut sibuk berbincang tentang isu semasa dunia.
Saya pada asalnya tidak bercadang untuk terlibat. Saya fikir hendak tidur atau hanya membaca buku. Namun, entah bagaimana, perbincangan kami akhirnya menjurus kepada isu Palestin dan Israel. Menariknya, warga Czech di dalam 'cabin' tersebut adalah seorang yang sangat 'pro-Palestin', sementara warga Argentina itu pula adalah seorang yang sangat 'pro-zionist'. (Saya sudah banyak kali berjumpa orang Yahudi, tapi ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan seorang zionist dan bangga menjadi zionist).
Menariknya, diskusi kami menjurus kepada memenangkan pendapat masing-masing. Warga Argentina tersebut bersungguh-sungguh memberikan hujah untuk membela Israel. Malah dia ada membuat projek sukarela untuk membantu warga Israel. Yang seorang lagi pula memang benar-benar pro-Palestin. Dia tahu dan ingat kesemua rentetan sejarah Palestin. Dia tahu kesemua Perjanjian PBB dan Undang-undang Dunia yang berkisar Palestin. Malahan, dia sendiri boikot barangan Israel.
Diskusi kami berlarutan berjam-jam, yang mana akhirnya warga zionist tersebut akhirnya masih lagi enggan mengubah pendirian, sekalipun diberikan hujah yang pelbagai.
Peristiwa 2
Dalam perjalanan pulang pula, saya ada bertemu dengan seorang warga Malaysia berbangsa Cina. (Jangan main-main.. dekat oversea pun, boleh terserempak orang Malaysia ;p). Kali ini lain pula ceritanya. Saya sempat bersembang dengan warga Malaysia tersebut sementara menanti tren. Lelaki tersebut masih lagi muda, seakan-akan tua sedikit sahaja dari saya, namun dia kini bekerja di Warsaw. Berkebolehan bercakap 6 bahasa dan mempunyai pekerjaan yang stabil di usia muda sudah cukup mengagumkan saya. Namun, apa yang lebih menarik, dia sebenarnya adalah seorang Muslim. Dia menceritakan kepada saya betapa hatinya tertarik dengan Islam sewaktu dia belajar bahasa di Germany. Subhanallah. Bayangkan, seorang berbangsa cina yang datang dari sebuah negara Islam (betul ke negara Islam ;p ) hanya tertarik dengan Islam apabila datang ke negara Barat. MasyaAllah, hidayah Allah itu boleh datang dari mana-mana.
Sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan apa sebenarnya ibrah yang Allah hendak tunjuk pada hambanya yang serba kekurangan ini.
Jika mahu dirungkai, saya kira banyak sekali pengajaran yang saya boleh tulis di sini. Ini belum termasuk peristiwa-peristiwa lain yang berlaku.
Sejujurnya, hati saya tersentuh dengan banyak perkara sepanjang jaulah pendek saya. Saya tersentuh dengan kesungguhan seorang bukan Islam untuk memperjuangkan isu Palestin. Negara Czech adalah negara yang sangat pro-Israel. Media masa di sini seringkali perjuangkan Israel. Malah negara ini sendiri adalah antara segelintir kecil negara di atas muka bumi ini yang menentang kedudukan Palestin di UNESCO. Jika di Malaysia, anda selalu melihat perhimpunan atau ceramah berkenaan pembebasan Palestin, jangan terkejut di Czech Republic, anda akan jumpa perhimpunan dan ceramah-ceramah umum yang memberi kesedaran kepada rakyat untuk bersimpati pada nasib Israel. Namun, ini semua tidak menghalang seorang warga negaranya sendiri untuk memperjuangkan isu Palestin.
Sungguh memalukan apabila ramai antara umat Islam hari ini yang tidak peduli isu di Palestin dan Syria. Yang terbaru, pengumpulan derma untuk Palestin dan Syria di tempat saya belajar mendapat teguran dari pihak kedutaan Malaysia.
Mengetahui isu ini, saya agak sedih dengan sikap umat Islam sendiri yang menjadi penghalang usaha-usaha membantu saudara Muslim yang lain. Keegoan dan kebodohan kita seringkali menjadikan kita alpa dan lalai dengan apa yang lebih utama.
Peristiwa kedua banyak mengajar saya betapa sebenarnya bilangan umat Islam yang ramai di sebuah negara tidaklah menjamin keberlangsungan dakwah mudah berlaku. Apatah lagi jika ramai umat Islam yang berkelakuan teruk, ia bukan sahaja tidak membantu dakwah, malah ia menjadi fitnah kepada umat Islam sendiri.
Tidak kurang pula bezanya dengan kes kedutaan di sini sekarang, juga kes-kes besar lain di negara kita.
Kadangkala saya terfikir, apakah menjadi agama majoriti di sesebuah negara satu kelebihan atau kekurangan. Apa gunanya jika bilangan sahaja ramai, tetapi berangka '0', jika bukan 'negative'.
Sebenarnya, yang menjadi penghalang kepada kemajuan umat kita adalah diri umat ini sendiri. Ketidakfahaman dalam beragama dan pelaksanaan ibadah secara taklid membuta sebenarnya memberikan impak negatif yang besar kepada umat ini sendiri. Mereka berlagak seperti faham, padahal sebenarnya mereka hanya mengelirukan orang-orang di luar sana yang benar-benar ingin mengenali agama ini. Maka tidak hairan, dari kalangan umat yang serba kekurangan dan tidak berilmu ini, lahirlah insan seperti Irshad Manji yang sedang hangat diperkatakan.
Sepanyol
Pengalaman berjaulah ke Sepanyol sebelum ini banyak membuka mata saya, betapa sebenarnya bilangan yang ramai kadangkala boleh menjadi bahaya apabila masing-masing merasakan kita berada di 'comfort zone', sedangkan bilangan yang ramai itu tidaklah punya kualiti seperti ketika sedikit dahulu.
Sukar untuk percaya, bahawa kejatuhan empayar Islam yang berpusat di Medina Azahara sebenarnya berpunca dari krisis umat Islam sendiri yang mana akhirnya keseluruhan empayar itu runtuh.
Hari ini, jika datang ke Sepanyol, tidak ada lagi saki baki umat Islam dari tamadun Islam yang terdahulu. Kesemua mereka sudah dihapuskan dalam misi 'Inquisition'. Yang ada pada hari ini pun semuanya adalah yang imigrasi setelah ratusan tahun kerajaan itu jatuh.
Kita melihat sejarah dan kita belajar dari sejarah. Kejahilan dan kebodohan sebenarnya adalah satu liabiliti besar pada umat.
Kerana itu kesinambungan dakwah, tarbiyah perlu berterusan, selari dengan perkembangan aspek sosial dan politik.
p/s - Doakan kecemerlangan saya dalam peperiksaan akhir pengajian Perubatan saya dalam masa terdekat

satu tamadun yang gah kini hanya tinggal serpihan-serpihan
Sukar untuk percaya, bahawa kejatuhan empayar Islam yang berpusat di Medina Azahara sebenarnya berpunca dari krisis umat Islam sendiri yang mana akhirnya keseluruhan empayar itu runtuh.
Hari ini, jika datang ke Sepanyol, tidak ada lagi saki baki umat Islam dari tamadun Islam yang terdahulu. Kesemua mereka sudah dihapuskan dalam misi 'Inquisition'. Yang ada pada hari ini pun semuanya adalah yang imigrasi setelah ratusan tahun kerajaan itu jatuh.
Inquisition di Sepanyol. Umat Islam diberi pilihan untuk keluar, menukar agama atau dibunuh
Kita melihat sejarah dan kita belajar dari sejarah. Kejahilan dan kebodohan sebenarnya adalah satu liabiliti besar pada umat.
Kerana itu kesinambungan dakwah, tarbiyah perlu berterusan, selari dengan perkembangan aspek sosial dan politik.
p/s - Doakan kecemerlangan saya dalam peperiksaan akhir pengajian Perubatan saya dalam masa terdekat
5 comments:
subhanAllah bestnya post ni! :) jaulah pendek yang sarat dengan ibrah!
p/s: semoga Allah mudahkan untuk paeds!
sgt like, setuju..
as salam..
a very nice writing..
ape kata awk antar writing ni dlm majalah.. mcm majalah Jom ke.. jd kn artikel yg bleh bg kesedaran pd yang lain jgk..
assalamualaikum..
to perempuan berkalung sorban.. jzkk.. iA.. tgh berusaha keras utk paeds..
to anonymous..
penulisan sy tak la sebagus utk masuk dlm majalah.. sekadar perkongsian biasa2 je (karang sesat pulak pembaca..hehe) anyway, thanks.. Allah yg Mudahkan semua urusan..
hantar la artikel ke dakwat..
Post a Comment