17 January 2013

Housemanship..

Bismillah..

Ketika menulis entry ini, saya sedang berada di wad Ortopedik lelaki, Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Hari ini saya ditugaskan untuk night-shift atau on-call di wad lelaki ortopedik, beserta dengan wad ICU, juga di emergency untuk kes closed manipulative reduction dan juga kes-kes ortopedik di wad-wad selain ortopedik. Ya, semuanya di bawah tanggungjawab saya seorang pada malam ini. Moga-moga tiada kes 'emergency' selepas ini. Pesakit-pesakit, sila tidur baik-baik.

Namun, alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk berehat sedikit sambil menulis entry ini.

Jika hendak dikongsi, terlampau banyak perkara yang hendak diceritakan. Namun, tulisan kali ini lebih kepada perkongsian secara umum kehidupan sebagai seorang HO.

Secara jujurnya, kehidupan berkerjaya jauh lebih mencabar dari kehidupan ketika belajar. Dahulu saya biasa dengar orang berkata begini, tetapi saya kurang mempercayainya. Setelah diri sendiri melalui, memang benar-benar terasa hembatan kerjaya, lebih-lebih lagi sebagai seorang doktor perubatan. Bukan sahaja bebanan kerja yang cukup tinggi, malah, seringkali ditekan untuk benar-benar 'perform' dalam kerjaya. Dengan pelbagai skop tugasan, ditambah dengan 'demand' pesakit yang pelbagai. Tidak hairan, begitu mudah sekali untuk seseorang 'hanyut' dalam dunia kerjaya, dek obsesi dengan pekerjaan yang mengongkong kehidupan.

Kalau dulu, waktu belajar di Hradec, kadangkala kalau malas, boleh saja ponteng kelas. Tak pun, datang lewat ke kelas. Kadangkala, ada ketika, tengok dulu siapa lecturer yang hendak mengajar baru rasa minat untuk datang.

Namun, sudah bekerja, tiada lagi ruang untuk bermalasan. Alhamdulillah, untuk department ortopedik di hospital ini, tidak perlu untuk keluar kerja awal sangat. Setiap hari, pukul 6 pagi baru keluar. Kalau di sesetengah department lain di sini, pukul 5 pagi sudah perlu ada di tempat kerja.

Rutin harian adalah lebih kurang sama sahaja setiap hari. Untuk hari yang tidak on-call, doktor houseman di department ini sama ada ditugaskan di wad, klinik, atau di bilik-bilik pembedahan. Untuk hari-hari yang night shift pula, setiap houseman perlu menjaga satu wad seorang diri atau ada tugasan lain, bergantung pada call ke berapa.

2 minggu pertama di setiap deparment, setiap houseman perlu menjalani tagging. Bagi saya yang belajar di luar negara, minggu pertama adalah cukup sukar. Begitu banyak sekali perkara baru yang perlu belajar. Di Malaysia, sistem di hospital tidak seperti di Czech Republic. Banyak prosedur yang perlu dilakukan oleh houseman. Nama ubat pula kadangkala sangat jauh dari nama ubat yang dipelajar dahulu kerana di Malaysia generic name nya berbeza dengan di tempat belajar dahulu.

SINGKATAN

Saya akui banyak sekali cabaran yang perlu dihadapi ketika mula berkhidmat sebagai seorang doktor. Antaranya, penggunaan singkatan-singkatan dalam terminologi perubatan di Malaysia.

Orang Malaysia memang suka menggunakan singkatan. Terlampau banyak medical terms yang di'short-form' kan. Contohnya POP, MVA, WD, I&D, DNR, LOC, SOB, ADL dan sebagainya. Pertama kali membaca fail pesakit, terasa seakan-akan tidak pernah belajar perubatan sahaja sebelum ini. Seakan-akan membaca fail dari sekumpulan makhluk yang menggunakan bahasa asing.

Apapun, bagi saya itu bukan lah masalah utama. Kalau benar-benar berusaha, dalam beberapa hari sahaja, kita sudah boleh membiasakan diri dengan singkatan ciptaan orang-orang Malaysia ini.

PRAKTIKALITI

Kekurangan medical skills bukanlah satu perkara yang pelik bagi graduan luar negara, terutamanya graduan dari negara-negara eropah. Di luar negara, kita jarang diberi peluang untuk melakukan banyak prosedur. Memang pada awalnya terasa sedikit kekok. Setiap hari ada perkara baru yang dipelajari. Namun, bagi saya itu bukanlah masalah terlampau besar, kerana skills boleh diasah. Ia cuma mengambil sedikit masa untuk kita biasakan dengan pelbagai prosedur. Lama kelamaan, saya percaya insyaAllah, dengan sikap yang positif, ianya bukanlah satu perkara yang mustahil untuk diatasi.

DEMAND KERJAYA

Yang lebih mencabar bagi saya adalah 'demand' kerjaya itu sendiri. 'Expectation' orang-orang atasan dan pesakit adalah begitu tinggi. Dan kita berurusan dengan hidup dan mati pesakit.

Di hospital, setiap hari perlu untuk 'review' pesakit. Lain department, lain caranya. Di jabatan ortopedik, setiap doktor houseman sudah ada pesakit di bawah jagaannya. Buat masa ini, saya menjaga di 'cubicle' belakang, yang ada 16 katil. Bermakna, jika penuh, setiap hari saya perlu menjaga 16 orang pesakit. Memang pening! Setiap pesakit ada pula 'planning' yang tersendiri. Ada investigation tersendiri. Sakit pula berbeza-beza. Itu belum lagi dikira kerenah pesakit.

TANGGUNGJAWAB 

Demand kerjaya adalah satu perkara yang berat. Namun, saya fikir, tanggungjawab yang dipikul terasa lebih berat dari kesibukan yang dihadapi. Profesyen doktor sangat terdedah kepada pelbagai perkara legal yang boleh dibawa ke mahkamah jika tidak berhati-hati. Setiap satu perkara harus didokumentasi secara teliti, kerana jika tersilap, perkara tersebut bila-bila sahaja boleh makan kembali diri kita.

Tanggungjawab ini terasa sangat berat. Sewaktu belajar, kita kurang tanggungjawab pada orang lain. Tetapi, masuk sahaja kerja, secara tiba-tiba tanggungjawab yang dipikul bertambah berkali ganda.

KERENAH PESAKIT 

Bercakap tentang kerenah pesakit, macam-macam ragam yang sudah saya temui setakat ini. Ada pesakit yang selalu minta untuk balik. Ada pesakit yang peramah, ada pesakit yang suka marah-marah. Ada pula pesakit yang tidak mahu balik, suka sangat duduk hospital. Ada pula pesakit yang sengaja suka-suka makan ubat 'oral hypoglycemic agent' untuk menjadikan diri mereka hypoglycemia, supaya lebih banyak 'investigation' perlu dilakukan ke atas mereka, supaya dapat duduk hospital lebih lama. Ada pula pesakit yang under 'diabetic diet' curi-curi makan di kafeteria dan kantoi dengan saya. Memang pelbagai ragam. Akhirnya, houseman juga yang perlu buat lebih kerja, setiap hari perlu 'adjust' insulin dose, setiap hari perlu monitor pelbagai investigation, dan sebagainya.


Dari satu sudut, saya akui banyak kekurangan terutama dari segi praktikaliti yang saya sendiri hadapi. Benar,  orang-orang yang belajar dalam negara punya kelebihan terutama dari segi adaptasi dengan sistem yang digunakan di hospital. Namun, saya berpendapat, ia cuma soal jangka masa waktu sahaja sebelum kita mampu lakukan lebih baik dari mereka. Jika sikap kita positif, tidak ada apa yang harus menghalang kita dari terus maju ke hadapan, dengan izin Allah. Dari segi pengetahuan, saya fikir, apa yang sudah dipelajar dahulu sebenarnya sudah cukup. Malah, ada sesetengah perkara dalam ortopedik yang kita belajar orang-orang lain tidak pernah belajar sebelum ini. Justeru, jika kemahiran praktikal kita dapat kita baiki, kita sebenarnya mampu menjadi lebih baik dari orang lain.

Tidak ada apa yang mudah dalam hidup. Apapun, kesemuanya pulang kembali pada niat asal kita. Mengapa kita memilih kareer ini. Proses pembelajaran seolah-olah tiada titik noktah. Jikalau kita terus menerus obses dengan kerjaya, terlampau mudah untuk kita hamba kepada kerjaya ini. Harus diingat, kerjaya cuma satu alat, dan bukanlah matlamat dalam perjuangan hidup kita.

Memang sukar bila berada di Malaysia, lebih-lebih lagi bilamana sudah menceburi di bidang kedoktoran. Ya, bagi saya benar-benar sukar. 'Working demand' yang tinggi sudah cukup untuk mengubah neraca perjuangan hidup kita. Jika ada satu nasihat yang harus saya beri pada bakal-bakal doktor, saya akan katakan kuatkan lah diri dengan tarbiyah sebelum mula kerja. Jika tidak, dengan kesibukan sebegini, memang amat mudah untuk kita menjadi hamba pada kerjaya kita. Nauzubillah.. 

08 December 2012

Induksi..


InsyaAllah, beberapa hari sahaja lagi, saya akan memulakan kerjaya saya seorang doctor, bermula dengan kursus induksi pada minggu hadapan.

Di mana tempat kerjaya saya? Saya masih tidak tahu, namun, doakanlah ianya terbaik untuk saya, keluarga, kerjaya dan dakwah dan tarbiyah ini. Kepada Allah saya bertawakkal.

Bila dilihat kembali lebih 20 tahun yang lepas saya seakan tidak percaya dengan pelbagai sekali rintangan hidup yang telah saya lalui. Bermula dengan lahirnya di atas muka bumi ini, kemudian membesar hingga sekolah rendah dan menengah. Diikuti dengan pengajian di university di bidang perubatan dan kini sudah pun menerima ijazah, berkahwin dan macam-macam lagi.

Kesemua itu berlaku dalam masa lebih 20 tahun yang lepas. Pantas sekali masa berlalu. Tidak hairan, Allah mengingatkan perihal masa ini di dalam quran:

‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran’ – al-Asr

20 tahun yang lepas, saya mungkin tidak percaya dengan diri saya sekarang. Namun, itulah keajaiban makhluk Allah iaitu masa.

Kalau dulu, saya kerap kali dengar pelbagai cerita-cerita orang-orang yang sudah berkerjaya ini, terutama sekali doctor. Dengan kesibukannya, stress kerja, kengkangan masa, dan komitmen dalam tarbiyah. Dulu-dulu, masa sekolah rendah, saya selalu letakkan kerjaya doctor sebagai cita-cita.

Kini giliran saya. Tidak tahu apa akan jadi, dengan tambahan tanggungjawab sebagai seorang suami. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. Doakan agar saya tidak hanyut dengan kesibukan kerja, atau hanyut dengan keseronokan dunia.

Secara jujur, saya risau dengan masa akan datang yang penuh dengan tanda tanya. Kalau sekarang, saya mampu lagi untuk membaca quran, menghafal quran setiap hari dan pelbagai lagi amal peribadi. Namun, saya tidak pasti, sejauh mana saya dapat menambah amal dengan bebanan yang semakin meningkat.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadikan masa itu berkat dengan doa-doa dan usaha yang ikhlas dan baik. Kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan. Kita mungkin boleh merancang dengan penuh teliti apa yang akan kita lakukan pada masa hadapan, tetapi siapa yang dapat menjamin ia akan berjalan dengan baik sepertimana yang kita rancangkan.

Kepada Allah, saya serahkan semua urusan hidup ini.

‘“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

06 November 2012

Aliran Tunai Kita...

Bismillah..

Kebelakangan ini saya kerap mengisi masa lapang saya dengan mentelaah bidang ekonomi, bagi meningkatkan tsaqafah. MasyaAllah.. Cukup menarik! Saya tidak sangka, ekonomi tidak kurang hebatnya dengan perubatan. Yang buatkan ia lebih menarik, ia lebih dinamik dari perubatan. Kompleks, tetapi kefahaman yang menyeluruh membuatkan seluruh sistem kelihatan cukup teratur.

Lebih menarik, saya merasakan ekonomi adalah satu sistem seperti sistem-sistem yang lain yang mengikut sunnatullah. Sepanjang pembacaan saya, saya kerap terfikir perkaitannya dengan dakwah dan tarbiyah yang juga bersifat logik mengikut sunnatullah.


Dalam ekonomi, adalah sangat penting untuk memastikan 'cash flow' adalah sentiasa positif. 'Cash flow' yang negatif adalah cacat dan amat merbahaya. Kelemahan cash flow akan membuatkan kita berkemungkinan besar kekurangan aset yang juga penting utk kestabilan dan kesinambungan kewangan kita.

Cash flow di sini dapat diibaratkan sebagai tarbiyah. Dan aset di sini dapat diumpamakan sebagai individu muslim yang dibina melalui tarbiyah itu. Tanpa tarbiyah yang mantap, kita tidak mampu untuk mengumpulkan individu-individu muslim bagi kemajuan gerakan islam ini.

Tidak cukup dengan cash flow positif dan juga pengumpulan aset, kewangan kita juga menerima risiko yang tinggi jika net worth kita negatif. Net worth adalah jumlah bersih aset kita setelah diambil kira liabiliti dan hutang yang ditanggung. Namun, kadangkala, net worth mungkin positif, namun, jikalau cash flow negatif, lama kelamaan aset yang kita ada mungkin terkorban sedikit demi sedikit.

Demikianlah juga pentingnya tarbiyah itu. Proses tarbiyah ini berterusan. Ia tidak harus terhenti apabila kita rasakan sudah cukupnya jundi/penggerak-penggerak dakwah. Tanpa proses yang berterusan, individu-individu muslim yang kita bina mungkin semakin susut.

Akhirnya kesemua ini membentuk penyata kewangan kita, seluruh gerakan kita. Syarikat yang punya penyata kewangan yang stabil layak mendapat pembiyaan berjuta-juta ringgit dari bank, disenaraikan di bursa saham dan sebagainya. Begitulah juga dengan kesinambungan tarbiyah ini. Kesinambungan tarbiyah ini menentukan hala tuju gerakan kita. Apakah sudah tiba masanya untuk kita berubah mihwar. Apakah sudah tiba masanya untuk berubah fasa dakwah? Kesemuanya terjawab dengan adanya muhasabah kerja kita. Seseorang individu atau sesebuah syarikat yang punya penyata kewangan yang lemah tidak mampu untuk bergerak ke hadapan dengan baik. Jika tidak, ia hanya akan menghancurkan syarikat itu sendiri.

Jika tarbiyah itu lemah, lupakan sahaja hasrat untuk berubah mihwar atau fasa dakwah ini. Ia hanya akan melesukan penggerak-penggerak yang sedia ada. Tambah pula, kita tidak akan mampu untuk membina penggerak dakwah, melainkan hanya penyokong. Ya, penyokong dan penggerak adalah berbeza.

Aset yang dimilik juga harus menghasilkan income bagi menambahkan lagi daya upaya kewangan tersebut. Jika tidak, ia hanya akan menjadi capital gain yang tidak mampu menambahkan pendapatan berkala kita. Demikianlah juga dengan tarbiyah ini. Individu-individu muslim yang kita bina harus bekerja dan tidak seharusnya duduk diam. Jika tidak, tidak ada manfaatnya kepada gerakan ini.

Apapun, pastikan cashflow positif dahulu sebelum mengumpul aset. Pastikan tarbiyah itu berterusan dahulu sebelum merancang program-program berskala besar.

Penulisan ini barangkali agak berbeza dengan penulisan-penulisan saya yang terdahulu. Barangkali banyak terkait dengan pemerhatian saya terhadap cabaran-cabaran gerakan Islam di negara kita ini. Moga apa yang kita cakap diterjemah dalam bentuk amal.

Ini adalah metodogi kita. Dan alhamdulillah, kebelakangan ini saya semakin yakin dan izzah dengan cara ini!

09 October 2012

Kehidupan Baru..

Bismillah..

Hari ini sudah lebih 6 minggu saya mendirikan rumah tangga. Dan sudah lebih 6 minggu juga saya tidak kemaskini blog ini.

Saya sebenarnya banyak kali terfikir untuk menutup sahaja blog ini. Awal dahulu, saya fikir ia satu medan dakwah. Namun, saya fikir, dakwah secara penulisan bukanlah kepakaran saya yang sebenar. Banyak idea yang hendak dicurah tidak dapat dicurah dalam bentuk penulisan.

Seperti saya kata, sudah lebih 6 minggu saya mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana punya seorang isteri yang cukup baik. Apapun, ternyata, tanggungjawab seorang suami cukup besar bagi saya. Bukan mudah untuk mengharungi pelbagai dugaan. Dan bukan mudah juga sebenarnya untuk melaksanakan semua tanggungjawab yang dipikul.

Apapun, insyaAllah, saya akan lakukan yang terbaik untuk isteri yang saya cintai. Saya sayangkan dia kerana Allah.

Semoga saya tidak hanyut dengan keseronokan dunia. Di luar sana mas'uliyat begitu banyak menanti. Bila pulang ke Malaysia, terasa begitu lajunya gerak kerja dakwah di sini. Terasa diri ini sangat lembap berbanding kelajuan supersonik dakwah ini. Tidak, saya tidak mahu tertinggal! ;p Pembentangan bajet 2013 kerajaan dan pembangkang, akhlak ahli-ahli politik, juga senario penghinaan Rasulullah s.a.w. semuanya menunjukkan kerja kita jauh dari selesai.

Alhamdulillah, kehidupan kini bagai terus bertukar. Saya kini bukan sahaja sudah ada isteri, malah kini sudah ada usrah yang baru. Usrah yang cukup 'osem' bagi saya! Sedikit sebanyak selalu meningkatkan himmah dan hilangkan duka di hati.

Tarbiyah tidak harus terhenti. Tiada istilah graduasi tarbiyah. Dan isteri dan keluarga saya kini adalah mad'u saya yang baru.

Owh, blog ini kini sudah punya editor tambahan :-)



Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alaihissalam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”
Dan bila Rasulullah s.a.w  mengingat Nabi Daud ’alaihissalam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” 
(HR Tirmidzi 3412)



p/s - jazakumullah khayr buat semua yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada saya :-) 

17 August 2012

Kahwin..

Bismillah..

Satu ketika dahulu, saya pernah menulis yang saya berharap dapat mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun. Lagi kurang 2 bulan saya akan mencecah umur 26 tahun.

InsyaAllah, saya akan bernikah pada 25 Ogos ini. Justeru saya ingin menjemput semua kenalan untuk menghadiri majlis walimah saya iaitu:

Majlis walimah di sebelah perempuan:

tarikh: 26 Ogos 2012
Tempat: Dewan Perdana, Keramat Mall.

Majlis di tempat saya pula:

tarikh: 1 September 2012
Tempat: 33, Taman Bistari, 3240 Ayer Tawar, Perak


Perkahwinan adalah satu perkara besar dalam hidup saya. Setiap kali saya teringatkan bakal isteri saya, saya akan terfikir tanggungjawab yang bakal saya pikul setelah menjadi suaminya. Maka itu akan menjurus diri saya ke arah persiapan diri saya sendiri.

Doakan agar rumah tangga yang bakal saya bina mendapat keredhaan Allah.


21 July 2012

Episod Baru..

Bismillah...

Entry ini mungkin adalah entry terakhir saya dari Czech Republic ;p Beberapa jam lagi, insyaAllah, saya akan meninggalkan negara ini. Saya tidak tahu, bila lagi saya akan sampai ke sini. Entry ini mungkin ringkas-ringkas sahaja memandangkan saya perlu bersiap-siap sebentar lagi.

InsyaAllah, esok pagi saya akan memulakan perjalanan pulang ke tanah air setelah bermastautin di sini sekian lama. InsyaAllah saya akan menamatkan siri perantauan yang saya mulakan beberapa tahun yang lepas.

6 tahun berada di perantauan pastinya satu pengalaman yang tidak ternilai. Saya banyak mengenal erti kehidupan sepanjang 6 tahun di sini. Saya fikir minda saya jauh lebih terbuka setelah berada di luar negara berbanding sewaktu di Malaysia dahulu. Cara hidup di sini lain, budaya di sini lain, dan persekitaran juga lain. Natijahnya, pastinya adaptasi kita lain pula. Sedangkan situasi yang berbeza melahirkan hukum-hukum fiqh yang berbeza, inikan pula pengalaman dan cara fikir.

Sepanjang berapa tahun di sini, saya tidak tahu entah berapa banyak tempat di eropah yang sudah saya lawati. Jika dahulu, saya fikir kesemua orang eropah sama, tetapi apabila sampai di sini, jelas sekali di kalangan orang-orang eropah banyak sekali perbezaan nilai mereka. Latar belakang sejarah yang berbeza-beza mempengaruhi budaya yang berbeza, dan jika dihayati latar belakang sejarah mereka, banyak sekali pengajaran yang dapat diambil.

Kepelbagaian dan perbezaan tidak seharusnya menjadi pemisah, sebaliknya keunikan masyarakat majmuk patut membantu kita memuhasabah kekurangan yang ada pada kita.

'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya).(Surah al-Hujurat : 13)

Ukhwah 

Saya juga tersentuh dengan ke'osem'an ukhwah sesama Muslim di sini. Saya masih ingat sewaktu pertama sekali saya sampai di sini, saya disambut dengan penuh kasih sayang oleh komuniti Islam di sini. Mereka kebanyakannya golongan pelajar dan profesional, tetapi keakraban yang mereka tunjukkan saya fikir melebihi sedara-mara kita di Malaysia.

Saya benar-benar merasai nikmat ukhwah sepanjang berada di perantauan. Satu nikmat yang saya fikir belum lagi saya kecapi di tanah air kita sendiri. Subhanallah, keakraban kami mengatasi usia, kerjaya dan warna kulit. Setiap kali terjumpa pasti kami akan bertegur sapa. Jika ada seorang dari kalangan Muslim di sini punya masalah, pasti orang-orang lain menawarkan untuk bantu. Malah, ada beberapa Muslim di sini yang beria-ia untuk tumpangkan saya hingga ke lapangan terbang. Subhanallah, jika dikenang kembali, jasa mereka terlampau banyak yang jika difikir dari segi logik akal, tidak masuk akal untuk orang yang tidak ada langsung pertalian darah untuk memberi bantuan-bantuan sedemikian. Saya cintakan mereka kerana Allah.

Nilai ini sangat kekurangan di Malaysia saya fikir. Di Malaysia, jangan dikata tolong, beri salam pun hanya pada orang yang dikenali.

D&T 

Di sini juga saya mengenal dakwah dan tarbiyah. Sejarah dnt saya tidaklah menarik seperti ikhwah-ikhwah yang lain. Namun, saya percaya ia banyak sekali mempengaruhi kehidupan saya di sini. Ia mempengaruhi siang dan malam saya. Visi saya yang asalnya datang sini hanya untuk belajar berubah setelah diperkenalkan dengan dakwah dan tarbiyah. Alhamdulillah, ternyata sekali memang osem! Ia memberi erti yang lebih besar kepada keberadaan saya di sini. Malah saya banyak dibimbing rakan-rakan usrah saya yang mantap-mantap belaka! (seriously, dorang super mantap!)

Akademik

Pembelajaran di sini mencabar belaka. Ya, saya betul-betul maksudkan cukup mencabar! Saya masih ingat sewaktu tahun pertama, setiap hari saya ada ujian di kelas. Usah disebut sewaktu peperiksaan akhir setiap tahun.

Di tahun klinikal pula, lain pula masalahnya. Dengan perlu belajar sedikit sebanyak bahasa tempatan, pastinya awalnya rasa sedikit kekok. Apapun, saya memuji doktor-doktor di sini yang punya 'skill' yang sangat bagus. Ramai doktor-doktor muda di sini mantap-mantap belaka. Saya teruja dengan teknologi perubatan di sini yang saya fikir lebih terkedepan dari kita di Malaysia. Apapun, saya lebih memuji sikap doktor-doktor di sini yang tidak mempunyai budaya 'senior-junior'. Mereka melakukan kerja secar profesional. Sepanjang 4 tahun saya membuat praktis di sini, belum pernah sekali saya melihat doktor senior memarahi doktor junior! Mereka menghormati satu sama lain dengan cukup profesional. Malah mereka melayan kami yang merupakan pelajar medik dengan cukup baik, seolah-olah kawan mereka sendiri. Demikian pula dengan profesor-profesor di sini yang cukup rendah diri. Ada sesetengah mereka hanya menaiki basikal ke kerja.

Apapun, alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah dengan prestasi akademik saya di sini. Daripada puluhan peperiksaan yang saya hadapi, saya belum pernah 'fail' walau sekali. Malah, saya sangat berpuas hati dengan 'grade' di setiap peperiksaan saya. Namun, bukan rezeki saya untuk mendapat 'red diploma' atau '1st class honour'.

Saya tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang. Yang pasti, cabaran yang mendatang semestinya berbeza dengan cabaran yang saya hadapi sepanjang berada di luar negara. Saya berterima kasih kepada semua sahabat handai, kenalan-kenalan terutama saudara-saudara Muslim saya di sini atas pertolongan dan jasa baik mereka yang tidak terkira banyaknya. Buat para pembaca, doakan kesejahteraan saya dan doakan Allah Memberkati hidup saya dan keluarga yang bakal saya bina nanti, insyaAllah.

Kita hanya musafir. Hanya orang asing dan pengembara.


Cau.. Kita beraksi di Malaysia pula, yer lepas ni, insyaAllah :-)

09 July 2012

Kerisauan..

Bismillah..

Ramai rakan-rakan saya yang sudah bekerja sebagai doktor bertanya bila saya mahu mula bekerja di Malaysia dan di mana. Saya hanya tersenyum tiap kali menerima persoalan tersebut. Semenjak selesai peperiksaan akhir saya tempoh hari, banyak perkara yang perlu saya uruskan. Hidup ini bukanlah semata-mata untuk belajar atau berkerjaya. Jika pelajaran adalah matlamat hidup kita, pastilah matlamat hidup saya sudah tercapai dan saya tidak punya apa-apa yang perlu difikirkan. Jika pangkat dan gelaran 'doktor' yang dicari, pastinya hidup saya sudah sempurna pada hari ini.

Tetapi hakikatnya, insan tidak akan pernah puas dengan apa jua pencapaian yang dicapai dalam hidup. Tanyalah orang kaya mana sekalipun, atau orang berpangkat mana sekalipun, saya yakin, tiada siapa yang benar-benar merasakan hidupnya sudah sempurna. Selagi mana seorang insan hidup di atas muka bumi ini, kita tidak akan pernah rasa sempurna hidup kita jika kita hanya meletakkan matlamat pada pangkat dan kedudukan.

Kerana itu al-quran telah pun meletakkan tujuan hidup yang mulia bagi insan. Al-quran telah meletakkan visi utama atas penciptaan kita.

'Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku' - 51: 56 

Hakikatnya tiada apa yang hendak dimegahkan hanya dengan mendapat gelaran 'doktor' atau apa sekalipun.

Lihatlah betapa tawaddu'nya sifat rasul s.a.w. dalam banyak perkara. Ketika rasul s.a.w. memasuki kota Makkah, dalam buku sirah diriwayatkan janggut baginda kena pada unta tunggangan baginda, bagi menunjukkan betapa tawaddu'nya sifat rasul s.a.w. menundukkan diri sewaktu memasuki kota Makkah.

Malah Allah memesan kita agar bertasbih, bertahmid dan beristighfar apabila memperoleh kemenangan. Kerana kadangkala kejayaan itu menduga hati kita lebih hebat dari dugaan ketika kita berada di bawah.

Saya ada membaca tentang situasi kerajaan uthmaniyah pada kurun ke 19 dan awal 20. Rupa-rupanya, kerajaan Islam yang berdiri ketika itu bukanlah satu kuasa yang saya sangkakan selama ini. Masyarakat dan sistem yang ada ketika itu sudah rosak dan saya fikir tidak jauh bezanya dengan masyarakat yang rosak pada hari ini. Malah dalam banyak perkara saya fikir masyarakat Islam yang ada pada hari ini lebih baik dari mereka ketika itu. Mereka dikhayalkan dengan kejayaan lampau. Dan sifat taqlid benar-benar telah membunuh masyarakat Islam sendiri. Hinggakan solat di Masjidil Haram sendiri berpecah kepada beberapa imam yang tidak bersatu di atas kefahaman yang sama. Ajaibnya, itu semua berlaku sewaktu dalam pemerintahan khilafah Islam.

Saya fikir jika demikianlah rupa khilafah Islam ketika itu, saya tidak hairan bagaimana mereka boleh jatuh dengan begitu mudah pada awal kurun ke-20. Hari ini kita menangisi kejatuhan khilafah, tetapi setelah membaca sejarah, saya fikir, tidak mustahil jika kita berada di zaman tersebut, mungkin kita sendiri termasuk di kalangan orang-orang yang menyokong pemansuhan sistem khilafah.

Banyak contoh lagi yang kita dapat teliti bagaimana sesuatu kejayaan kadangkala boleh mendatangkan kemudaratan yang cukup besar.

Saya cuma seorang hamba Allah yang dhaif. Di dalam hati ini, saya sebenarnya risau, apakah saya mampu hadapi pelbagai bentuk dugaan di masa hadapan. Moga-moga kesemua yang saya kecapi selama ini tidak menjadi fitnah pada diri saya.


15 June 2012

The Day I Became a Doctor..

Bismillah..

Ok, this entry would be my first ever entry since I became a doctor. hukhuk.. (clear throat). ;p and probably my last entry to tell about my medical school life (Probably, but not certainly). So if you are boring to read this kind of article in my blog, don't worry because this gona be the last one I suppose.

Alhamdulillah, all praises are only due to Allah. Allah has made my life much much easy. Allah had given me opportunity to learn lots of things at oversea. Allah had given me health throughout my stay here. Allah had allowed me to score good grade in every single exams that I did. Allah had given me not only medical knowledge, but many other knowledge throughout my stay. And there are countless blessings that Allah had given to me. There is no one that I should appreciate more in my life except Allah.

As I said just now, I've already completed my studies and has already become a doctor. The last exam that I did was Paediatrics, and I bet you it was really tough to study. I found it really hard. Plus time constraint. Two weeks before my exam, I had to go to Poland (as I said in my previous entry). And by that time, I still had lots more to study.

The night before the exam, I could hardly sleep after the Fajr prayer. (Here, the Fajr prayer is around 2.10am). Some people told me that last year, most people failed this exam and that made my feeling even worse.

For those who do not know the system here, here, for our final examination, we had to be examined orally. There were 5 professors who would sit in front of us and examine us. Before the exam, we were given a list of topics that need to study and during the exam, we had to pick several topics to discuss, but the professors could ask anything that they would like to hear from us.

During the exam day, I was among the earliest who came to the department. There were altogether 18 people to be examined, and I was the 4th person who came into the room.

Then it came to the moment where I needed to pick up my topics. I had several topics that I really really wish I would not get during the exam. But Allah wills, it happened that during the exam day, I got one of those few topics that I really really really didn't want to get!! The topic that I got was broad, and could be related to lots of questions. I felt like a bit down at the beginning. And to make my feeling worse, as I was preparing inside the room, I could listen the 3 people who came before me being examined. They all had easy topics, but gosh, the professors asked dozens of questions. Just imagine how i feels when you got topics that you didn't want to get, and the people before you who got easy topics were asked lots of questions.

Then it was my turn. I just kept myself calm. In my heart I just 'tawakkal' to Allah for whatever questions that are going to be asked. But subhanallah. Subhanallah, the professors just asked me few questions. I think they just asked about 4 or 5 questions during the half-and-hour examination! And those few questions that they asked were all easy for me I think. I was surprised! I was expecting to get dozens of questions, since the topics that I got were broad, but subhanallah, all the professors were satisfied with my presentation.

And after my presentation, before the professors let me go out of the room, the chief examiner told me 'I think you are excellent'. And that words really gave my heart a big relief.

Usually we had to wait several hours until we got to know our result. And as I was waiting with my friends outside the examination room for about 45 minutes, another professor came out of the examination room and out of all the students who were there, she came to me alone, saying that 'You were excellent'. And everyone else there looked at me (lolz). And after two professors had said like that, I felt really relieved. Out of all the 5 final examinations that I needed to take, this one was the only one which the examiner said like that to me before the official result was released.

Subhanallah, I really thank to Allah for turning the examination which I expected to be really tough into the one which really looked easy afterall.

And after that, I just went out of the Paediatric department, wandering around the hospital while waiting for the result. And I didn't feel anxious at all. Alhamdulillah.

And that's it. That's the moment where I ended my medical school and became a doctor.

And as I said just now, this probably would be my last entry in this blog to tell about my medical school life.

Anyway, it's just a beginning. I have no idea what's going to happen in future, but at least now I have some time to concentrate on other important things. There are plenty of works that need to be done and focused on. It's just a beginning. There are lots more challenge to face.

Trust me, I'm a doctor. hahaha.

my meja yang belum kemas2 habis lg walau dah habis exam. ok kerja mengemas will start soon

31 May 2012

Angka '0'...

Bismillah...

Baru-baru ini saya pergi ke Poland, sebuah negara jiran atas beberapa urusan, di samping menziarah sahabat-sahabat di sana. Itu merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki di negara tersebut, tetapi kali pertama di ibu negara nya. Kali pertama saya menjejakkan kaki di Poland adalah lebih kurang 3 tahun lepas, ketika berjaulah ke Krakow, sebuah bandar yang terkenal dengan peristiwa Holocaust.

Sepanjang jaulah saya ke negara tersebut, banyak sekali pengalaman dan peristiwa menarik yang saya tempuhi.

Peristiwa 1 

Sewaktu dalam perjalanan pergi ke Poland, saya duduk di dalam satu 'cabin' bersama dengan seorang warga Czech, Argentina dan Ukraine. Tentu sekali berjumpa dengan warga asing adalah satu perkara biasa bagi mereka yang sudah biasa berjalan di Eropah. Namun, uniknya, kami yang berada di dalam 'cabin' tersebut sibuk berbincang tentang isu semasa dunia.

Saya pada asalnya tidak bercadang untuk terlibat. Saya fikir hendak tidur atau hanya membaca buku. Namun, entah bagaimana, perbincangan kami akhirnya menjurus kepada isu Palestin dan Israel. Menariknya, warga Czech di dalam 'cabin' tersebut adalah seorang yang sangat 'pro-Palestin', sementara warga Argentina itu pula adalah seorang yang sangat 'pro-zionist'. (Saya sudah banyak kali berjumpa orang Yahudi, tapi ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan seorang zionist dan bangga menjadi zionist).

Menariknya, diskusi kami menjurus kepada memenangkan pendapat masing-masing. Warga Argentina tersebut bersungguh-sungguh memberikan hujah untuk membela Israel. Malah dia ada membuat projek sukarela untuk membantu warga Israel. Yang seorang lagi pula memang benar-benar pro-Palestin. Dia tahu dan ingat kesemua rentetan sejarah Palestin. Dia tahu kesemua Perjanjian PBB dan Undang-undang Dunia yang berkisar Palestin. Malahan, dia sendiri boikot barangan Israel.

Diskusi kami berlarutan berjam-jam, yang mana akhirnya warga zionist tersebut akhirnya masih lagi enggan mengubah pendirian, sekalipun diberikan hujah yang pelbagai.

Peristiwa 2 

Dalam perjalanan pulang pula, saya ada bertemu dengan seorang warga Malaysia berbangsa Cina. (Jangan main-main.. dekat oversea pun, boleh terserempak orang Malaysia ;p). Kali ini lain pula ceritanya. Saya sempat bersembang dengan warga Malaysia tersebut sementara menanti tren. Lelaki tersebut masih lagi muda, seakan-akan tua sedikit sahaja dari saya, namun dia kini bekerja di Warsaw. Berkebolehan bercakap 6 bahasa dan mempunyai pekerjaan yang stabil di usia muda sudah cukup mengagumkan saya. Namun, apa yang lebih menarik, dia sebenarnya adalah seorang Muslim. Dia menceritakan kepada saya betapa hatinya tertarik dengan Islam sewaktu dia belajar bahasa di Germany. Subhanallah. Bayangkan, seorang berbangsa cina yang datang dari sebuah negara Islam (betul ke negara Islam ;p ) hanya tertarik dengan Islam apabila datang ke negara Barat. MasyaAllah, hidayah Allah itu boleh datang dari mana-mana.


Sepanjang perjalanan pulang, saya memikirkan apa sebenarnya ibrah yang Allah hendak tunjuk pada hambanya yang serba kekurangan ini.

Jika mahu dirungkai, saya kira banyak sekali pengajaran yang saya boleh tulis di sini. Ini belum termasuk peristiwa-peristiwa lain yang berlaku.

Sejujurnya, hati saya tersentuh dengan banyak perkara sepanjang jaulah pendek saya. Saya tersentuh dengan kesungguhan seorang bukan Islam untuk memperjuangkan isu Palestin. Negara Czech adalah negara yang sangat pro-Israel. Media masa di sini seringkali perjuangkan Israel. Malah negara ini sendiri adalah antara segelintir kecil negara di atas muka bumi ini yang menentang kedudukan Palestin di UNESCO. Jika di Malaysia, anda selalu melihat perhimpunan atau ceramah berkenaan pembebasan Palestin, jangan terkejut di Czech Republic, anda akan jumpa perhimpunan dan ceramah-ceramah umum yang memberi kesedaran kepada rakyat untuk bersimpati pada nasib Israel. Namun, ini semua tidak menghalang seorang warga negaranya sendiri untuk memperjuangkan isu Palestin.

Sungguh memalukan apabila ramai antara umat Islam hari ini yang tidak peduli isu di Palestin dan Syria. Yang terbaru, pengumpulan derma untuk Palestin dan Syria di tempat saya belajar mendapat teguran dari pihak kedutaan Malaysia.

Mengetahui isu ini, saya agak sedih dengan sikap umat Islam sendiri yang menjadi penghalang usaha-usaha membantu saudara Muslim yang lain. Keegoan dan kebodohan kita seringkali menjadikan kita alpa dan lalai dengan apa yang lebih utama.

Peristiwa kedua banyak mengajar saya betapa sebenarnya bilangan umat Islam yang ramai di sebuah negara tidaklah menjamin keberlangsungan dakwah mudah berlaku. Apatah lagi jika ramai umat Islam yang berkelakuan teruk, ia bukan sahaja tidak membantu dakwah, malah ia menjadi fitnah kepada umat Islam sendiri.

Tidak kurang pula bezanya dengan kes kedutaan di sini sekarang, juga kes-kes besar lain di negara kita.

Kadangkala saya terfikir, apakah menjadi agama majoriti di sesebuah negara satu kelebihan atau kekurangan. Apa gunanya jika bilangan sahaja ramai, tetapi berangka '0', jika bukan 'negative'.

Sebenarnya, yang menjadi penghalang kepada kemajuan umat kita adalah diri umat ini sendiri. Ketidakfahaman dalam beragama dan pelaksanaan ibadah secara taklid membuta sebenarnya memberikan impak negatif yang besar kepada umat ini sendiri. Mereka berlagak seperti faham, padahal sebenarnya mereka hanya mengelirukan orang-orang di luar sana yang benar-benar ingin mengenali agama ini. Maka tidak hairan, dari kalangan umat yang serba kekurangan dan tidak berilmu ini, lahirlah insan seperti Irshad Manji yang sedang hangat diperkatakan.

Sepanyol 

Pengalaman berjaulah ke Sepanyol sebelum ini banyak membuka mata saya, betapa sebenarnya bilangan yang ramai kadangkala boleh menjadi bahaya apabila masing-masing merasakan kita berada di 'comfort zone', sedangkan bilangan yang ramai itu tidaklah punya kualiti seperti ketika sedikit dahulu.

satu tamadun yang gah kini hanya tinggal serpihan-serpihan 

Sukar untuk percaya, bahawa kejatuhan empayar Islam yang berpusat di Medina Azahara sebenarnya berpunca dari krisis umat Islam sendiri yang mana akhirnya keseluruhan empayar itu runtuh.

Hari ini, jika datang ke Sepanyol, tidak ada lagi saki baki umat Islam dari tamadun Islam yang terdahulu. Kesemua mereka sudah dihapuskan dalam misi 'Inquisition'. Yang ada pada hari ini pun semuanya adalah yang imigrasi setelah ratusan tahun kerajaan itu jatuh.

Inquisition di Sepanyol. Umat Islam diberi pilihan untuk keluar, menukar agama atau dibunuh

Kita melihat sejarah dan kita belajar dari sejarah. Kejahilan dan kebodohan sebenarnya adalah satu liabiliti besar pada umat.

Kerana itu kesinambungan dakwah, tarbiyah perlu berterusan, selari dengan perkembangan aspek sosial dan politik.



p/s - Doakan kecemerlangan saya dalam peperiksaan akhir pengajian Perubatan saya dalam masa terdekat 

08 May 2012

24 Jam..

Bismillah..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Saya baru sahaja selesai peperiksaan akhir 'Surgery' siang tadi. Satu bidang yang cukup mencabar bagi saya. Apapun, alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dgn keputusannya. Alhamdulillah. Syukur pada Allah yang Memudahkan urusan saya siang tadi. Badan saya kini terasa amat letih, kurang bermaya, fikiran terasa berat dek sibuk dengan peperiksaan yang begitu panjang siang tadi. Jam sudah pukul 12 dan lagi beberapa jam sahaja lagi subuh akan masuk. Pantas sungguh masa berlalu.

Ramai yang bertanya tentang status blog saya setelah lama tidak mengemaskininya. Sejujurnya, saya tidak punya alasan yang kukuh mengapa tidak mengemaskini blog kebelakangan ini. Benar, saya sibuk mentelaah pelajaran di samping ke hospital di siang harinya. Namun, itu bukanlah alasan sebenar yang kukuh. Diikutkan hati, banyak sekali yang hendak dikongsi setelah beberapa ketika tidak menulis entry.

Ramai lagi orang yang lebih sibuk dari saya. Sesetengah mereka sudah bekerja, punya keluarga dan aktif dengan medan amal masing-masing. Dan mereka masih punya masa untuk bergerak merata tempat dan melakukan pelbagai urusan lain. Masih punya masa untuk menulis artikel-artikel yang menjadi rujukan masyarakat dan sebagainya. Saya cemburu dengan orang-orang seperti itu. Mereka hebat. Mereka punya keberkatan masa yang tidak semua orang miliki.

Ya, semua orang dianugerahkan 24 jam dalam sehari. Namun, dalam 24 jam tersebut, kita dapat lihat di sekeliling kita lain orang dapat manfaatkan 24 jam tersebut dengan pelbagai cara sekali. Ada orang yang sehariannya habis dengan pelajaran. Ada orang pula yang sudah habis peperiksaan, tetapi masanya habis dengan menonton filem.

Semua itu berlaku dalam 24 jam yang sama. Ya, satu nikmat yang Allah Kurniakan dengan adil pada semua.

astronomical clock di Prague yang terkenal


Namun, sungguh ajaib, bagaimana 24 jam ini menghasilkan natijah yang berbeza bagi individu yang berbeza. Ajaib. 1 jam bagi individu A mungkin lebih panjang dari individu B, walaupun jika diukur dengan jam, masing-masing punya bacaan yang sama. Sungguh canggih ciptaan Allah ini.

Itulah dia yang dinamakan keberkatan masa.

Sudah pasti 1 jam yang diberkati lebih baik dari 1 jam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati pasti lebih baik dari setahun yang tidak diberkati. Kita tidak boleh mengubah masa. Tetapi kita boleh menjadikan masa itu berkat dengan doa-doa dan usaha-usaha yang baik dan ikhlas.

Maka jika difikir-fikir, tidak hairan, orang selalu katakan masa adalah nikmat yang besar.

Masa kita sangat suntuk. Moga Allah Kurniakan kita keberkatan masa yang kita peroleh. Lupakah kita pada firman Allah dalam surah al-Asr:
'Demi Masa.. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran' 

Dalam ayat-ayat lain di dalam quran, kebiasaannya perkataan 'beriman' hanya diikuti dengan 'beramal soleh', tetapi bilamana membicarakan soal masa, Allah memasukkan sekali soal mengajak kepada kebaikan. Beriman dan beramal sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan mengajak kepada kebaikan. Tidak cukup! Jika tidak, kita masih lagi dikira rugi. Namun berapa ramai sahaja antara kita yang benar-benar memahami konsep ini.

Saya percaya ayat-ayat ini sudah biasa dibaca dan dihafal oleh anda yang membaca tulisan saya sekarang, namun bagi saya, ia adalah ayat yang cukup besar ertinya.

Ah, sukarnya untuk memanfaatkan masa yang suntuk! Ya, memang sukar! Saya akui sukar.

Namun, saya percaya, tiada yang mustahil jika kita punya urusan yang tersusun dan juga IQ.. owh, bukan intelligence quotience.. tetapi Iradah Qawiyyah :-)  Tidak hairan mengapa IQ ini menjadi jentera penting dalam kejayaan satu-satu gerak kerja.



p/s - jazakumullah khayran utk semua yang mendoakan saya :-) 

06 March 2012

Internal Medicine..

Bismillah..

Alhamdulillah, I've done my Internal Medicine exam yesterday, and alhamdulillah, Ive passed the exam. It's indeed the biggest exam in my whole study of medicine.. and I did it. Many people congratulated me.

This morning the student secretary of my University called me, and she expressed her disappointment that I didn't meet the criteria for getting the red diploma award, which is equivalent to first class honour award. She said that before this, I did not only had the chance of getting the red diploma award, but I actually had the chance of becoming the best student in my university, since I have the highest grade average since I was in the first year.

Of course, as a human being, I must felt a bit distressed from what she said. I always hoped I always do well in whatever I do in my life. Perticularly in studies, I always strive to do the best since I was in pre-school. And I actually managed to do it before. And I was hopeful to repeat the similar achievement in my university as well.

Well, if I think about it in negative way, I would say that I've just blown away not only the chance of getting the first class honour, but I've just blown away the chance of becoming the best student in my university. But that's life. Things like this happen in life, although not so often, and we should always get ready to face any consequences.

No, I shouldn't get disappointed at all. I didn't lose it, because I've never had it before. So, I've nothing to lose. I just did not entitled to get it. and that's all.

I just remembered the Prophet Yunus a.s. when he was thrown away by his people and got engulfed into the belly of a whale. The people wanted him to die, didn't they? He didn't blame his people. He didn't point at those who threw him and not to the whale which engulfed him. He didn't even call those people who threw him as criminal. And he didn't cursed the God. But what did he say? He simply said:

La ilaha illa anta, Subhanaka, Inni kuntu minaz-zalimin (There is none worthy of Worship besides You, You are far exalted and above all weaknesses, Surely, I’ am from among the wrongdoers) 21: 87

Yeah, he simply blamed himself. And because of his du'a, Allah saved him after that.

Life must goes on. There are many other things to worry about. And there are many more to work on. There's no time to get disappointed with these kind of things. I have billions of things to thank to Allah, and this thing is nothing compared to those ni'mah :-)

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimiin.

04 February 2012

Sayang..

Bismillah..

Saya suka ramai orang di dunia ini. Di kalangan orang-orang yang saya suka itu, ada beberapa orang yang saya sayang lebih dari orang-orang lain. Di kalangan orang-orang yang saya sayang lebih itu pula, ada lagi orang-orang yang saya terlebih-lebih sayang. Ok ok. Cukup dulu setakat tu buat masa ini..


Jika saya sayang seseorang, saya akan selalu cuba untuk lakukan yang terbaik untuk orang tersebut. Saya akan cuba untuk suka apa yang dia suka.

Saya ingat kepadanya pada setiap masa. Saya akan cuba luangkan masa saya yang sibuk untuk dia. Saya akan cuba membuat sesuatu untuk 'impress'kan dia. Bila melancong pula, saya akan belikan hadiah untuk dia.

Kerana saya sayangkan dia.

Eh, kenapa sebut tentang sayang ni?

Kerana kadangkala saya keliru dan terfikir sejauh mana sebenarnya benarnya sayang kita kepada Rasulullah s.a.w. Kebelakangan ini, kerap kali saya mendengar orang berkata sayang pada Nabi. Namun, saya rasakan menterjemahkan kata-kata itu dalam perbuatan belum tentu lagi semua orang mampu lakukan.

Bukanlah tujukan kepada siapa-siapa, namun saya lebih memuhasabah pada diri sendiri.

Jika ada manusia yang paling sempurna di atas muka bumi ini, Rasulullah s.a.w. lah manusia tersebut. Ya, sememangnya beliau. Beliau bukan sahaja seorang pendakwah sepenuh masa yang kerja bagai nak gila, malah beliau adalah lambang pemimpin yang adil, panglima perang yang perkasa, penentang taghut yang paling berani, pencipta sebuah peradaban, pencetus budaya ilmu, pejuang keadilan sejagat, penuntut keamanan dan tokoh ketua keluarga yang paling unggul.

Ya, baginda adalah Rasulullah s.a.w, Beliau bukanlah rahmat pada umat Islam sahaja, malah beliau adalah rahmat kepada seluruh alam. Bukankah Allah ada berfirman di dalam quran:

Ùˆَ Ù…َا Ø£َرْسلْÙ†َÙƒ Ø¥ِلا رَØ­ْÙ…َØ©ً Ù„ِّÙ„ْعَÙ„َÙ…ِينَ‏

'Dan tidaklah kami mengutus engkau melainkan sebagai rahmat seluruh alam' - 21: 107

Ya, baginda dalah rahmat buat saya, anda, jiran-jiran kita, makcik-makcik kita, datuk nenek kita, musuh kita, kucing peliharaan anda, udara yang kita sedut, hidupan-hidupan di laut, hatta orang-orang Kristian, Yahudi dan sebagainya.

Justeru seharusnya baginda menjadi ikon yang paling kita sayangi, bukan hanya pada kata-kata, tetapi juga pada perbuatan. Adalah pelik jika kita hanya menyebut sayang seseorang, sedangkan dalam masa yang sama kita mendustakan orang itu. Adalah pelik jika kita hanya menyebut sayangkan seseorang, sedangkan dalam masa sama kita tidak perjuangkan malah menentang apa yang orang itu perjuangkan.

Jika benar kita semua sayangkan Nabi, pastinya surau-surau dan masjid-masjid di atas muka bumi ini akan dihujani dengan manusia setiap kali masuknya waktu solat. Kerana Nabi sentiasa menunaikan solat di masjid dan seharusnya orang-orang yang sayangkan baginda akan cuba meniru perbuatan baginda.

Jika benar kita sayangkan Nabi, pastinya semua orang menumpukan hidupnya untuk berdakwah kerana itulah sunnah Nabi yang terbesar. Maka pastinya pencinta-pencinta Rasulullah ini akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan misi baginda yang paling besar itu.

Jika benar kita sayangkan Nabi, pastinya tiada siapa ingin berlumba-lumba mengejar harta di dunia ini kerana Nabi hanya menyuruh kita hidup di dunia seperti seorang pengembara. Sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Salman al-Farisi menangis ketika beliau sedang nazak, kerana risau beliau terlalu banyak mengumpulkan harta melebihi keperluan apabila terkenang hadis Nabi. Sedangkan ketika itu beliau hanya mempunyai 20 dirham sahaja.

Jika benar kita sayangkan Nabi, pastinya ramai orang akan berlumba-lumba membantu orang-orang yang susah, kerana Nabi sentiasa berbuat baik kepada orang-orang susah.

Jika benar kita sayangkan baginda, pastinya tiada siapa yang akan mengamalkan bid'ah dan meriwayatkan sumber yang sahih kerana kita sangat berhati-hati daripada melakukan sesuatu yang menjangkau ajaran Nabi, seolah-olah kita lebih pandai dari baginda.

Malangnya kebanyakan kita (termasuk diri saya) yang saya fikir sangat jauh dari praktikaliti. Benda-benda di sekeliling kita kerapkali lebih menarik hati kita daripada Allah dan Rasul. Namun, kita masih mampu mengaku yang kita sayangkan baginda.

Alangkah hipokrit jika kita hanya berkata sayang kepada Nabi namun kita tidak pernah cuba untuk lakukan apa yang baginda buat. Tidak berselawat ke atas nabi. Lebih keji jika kita menentang ajaran Nabi namun masih lagi mampu berkata sayang pada Nabi.

Lupakah kita pada ayat quran dalam surah at-Taubah:

Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. - 9: 24

Ah, terasa bagai ditumbuk seribu kali bila baca ayat ni.

Minggu ini sesetengah orang menyambut Maulidur Rasul, walaupun sebenarnya ada pelbagai pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Rasulullah s.a.w. Apapun, ayuh perjelaskan cinta kita. Apa gunanya kita bercuti sempena kelahiran Nabi, sedangkan kita menentang usaha-usaha ke arah menegakkan ajaran Nabi.

Ayuh, sayangilah dengan hati dan perbuatan. Bukan hanya dengan cuti umum atau kata-kata kosong. Satukan hati kita. Kalau kita seorang pelajar, sejauh mana sayang kita pada pelajaran berbanding sayang pada Rasulullah s.a.w. Jika kita seorang yang sudah bekerja, sejauh mana pula sayang kita pada kerja berbanding Rasulullah. Begitu juga jika anda sudah berkahwin.

Saya sebenarnya malu untuk menulis artikel sebegini berkenaan Rasulullah yang tercinta. Kerana diri ini kerap kali memberi alasan tiap kali ada peluang berbuat kebaikan. Diri ini sendiri kerap kali lemah tiap kali diuji dengan kritikan-kritikan orang. Berapa banyak kali terlepas dari bangun qiam di awal pagi. Terlalu banyak yang super duper teramat sangat yang perlu diperbaiki. Malu mengucap sayang ketika perbuatan kita langsung tidak gambarkan ucapan itu. Terasa sangat rindukan Rasulullah, sangat teringin untuk berjumpa baginda, namun sangat malu dengan diri sendiri yang masih belum benar-benar terjemahkan cinta ini dalam perbuatan.

Sayanglah dari hati, bukan sekadar kata-kata.

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah yang tercinta.



p/s - I've just opened my twitter account few days ago.. Currently I'm busy studying for my state exam in Clinical Medicine in few weeks. Do pray for my success.

03 January 2012

Ada Sesuatu Dengan Sepanyol..


Bismillah..

Saya baru sahaja pulang dari Spain. Ada apa dengan Spain? Bola? Suhu yang nyaman? Pantai yang cantik?

Berukhwah ketika sakit di Alicante. Bumi Allah itu luas..

Hakikatnya, saya baru sahaja pulang dari satu tanah yang pernah menjadi saksi kesungguhan para pendokong dakwah untuk berjihad.. satu tanah yang pernah satu ketika dahulu menjadi saksi ketulusan penyaksian syahadatul haq, satu tanah yang satu ketika dahulu pernah menjadi pusat ketamadunan dunia Islam, tanah yang satu ketika dahulu pernah dinaungi khilafah Islam yang disegani seantero dunia.. juga tanah yang pernah menjadi kubur para syuhada yang cintakan syurga.

Bumi itu subur dengan darah perjuangan!

Alhamdulillah, secara kebetulan, sebelum berjaulah ke Sepanyol, saya baru juga menziarah Budapest, Vienna dan Prague (buat pertama kali ;p). Kempat-empat negara ini punya kisah yang tersendiri dari perspektif penyampaian dakwah satu ketika dahulu. Amat panjang untuk saya ungkapkan semua. Namun diringkaskan cerita, Budapest pernah satu ketika dahulu dinaungi kerajaan Islam. Vienna pula menjadi pintu penghalang kepada kemasukan Islam di Eropah selama puluhan tahun dan Prague adalah antara bandar yang langsung tidak pernah sampai seruan Islam satu ketika dahulu. Berbeza dengan tiga bandar tersebut, Sepanyol pula bukan sekadar pernah dimasuki Islam, malah pernah menjadi pusat naungan pemerintahan khilafah Islam dan pernah menjadi pusat ilmu dan teknologi yang dikagumi dunia.

Allah berfirman di dalam quran:

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). - 3: 137

Ya, berbekalkan ayat ini beserta semangat ukhwah, kami menyelusuri bumi Andalus untuk memerhati sunnah-sunnah Allah. Sebenarnya saya sudah bercadang untuk ke sini sejak habis tahun satu lagi, namun alhamdulillah, baru sekarang ada kesempatan.

Sekali lagi, bumi ini subur dengan darah perjuangan!

Alhamdulillah, begitu banyak sekali pengalaman berharga dan mutiara perjuangan yang dapat diteladani. Meneliti perjuangan Musa bin Nusayr dalam pentarbiyahan individu-individu Muslim cukup mengharukan. Selepas pembukaan utara Afrika oleh 'Uqbah bin Nafi', Musa bin Nusayr tidak berputus asa dalam pentarbiyahan dan penyebaran dakwah di utara Afrika. Tidak hairan, lahirnya tokoh muda Tariq bin Ziyad yang hanya merupakan seorang rakyat biasa namun akhirnya berjaya memimpin pasukan Islam dalam menyebarkan dakwah ke Andalus pada tahun 711.

Tidak cukup dengan kejayaan Tariq bin Ziyad dalam misi menyebarkan risalah, hanya selang 21 tahun kemudian sahaja, Abdul Rahman al-Ghafiqi, seorang lagi pemuda hebat yang juga merupakan gabenor khilafah Umayyah di Andalus, mengetuai misi penyebaran risalah Islam ke Perancis. Namun, sayangnya, misi mereka tersekat di Tours, satu tempat yang tidak jauh pun dari Paris. Jika tidak, mungkin hari ini Paris menjadi salah satu bandar Islam di Eropah.

Itu kisah di awal zaman Umayyah. Di era seterusnya pula, usah ditanya nama-nama tokoh ilmuan Islam yang terkemuka dalam pelbagai bidang. Mereka disanjung dan dirujuk oleh seluruh pelusuk dunia. Di situlah ketamadunan bermula. Terasa teruja apabila dapat tahu banyak sekali penemuan bidang perubatan yang saya ceburi sekarang ini sebenarnya dimulakan oleh ilmuan Islam di Andalus seperti Ibnu Rusyd, Abu Qassim al-Zahrawi, Ibnu al-Arabi dan ramai lagi.

Dan Andalus akhirnya gah menjadi pusat pemerintahan dan rujukan masyarakat dunia. Ia pernah menjadi pusat tamadun dunia dan rujukan ahli ilmu seantero dunia. Bayangkan sewaktu kemuncak zaman tersebut, terdapat lebih 1500 buah masjid yang menjadi pusat penyebaran ilmu di Andalus dan beratus-ratus perpustakaan awam di Cordoba sahaja. Bahasa Arab menjadi medium perantaraan utama, dan banyak buku-buku mereka diterjemah ke pelbagai bahasa, terutama bahasa Latin.

Ibnu Rushd, antara tokoh ilmuan di Cordoba

Rasa gah itu terserlah apabila melawat al-Hambra dan juga Madinah az-Zahra. Saya sangat sukakan seni bina al-hambra. Seni binanya tidak terbanding dengan ratusan binaan-binaan tamadun Rome yang sudah saya saksikan sebelum-sebelum ini. Setiap inchi di al-Hambra adalah unik dan penuh dengan nilai seni dan nilai kehambaan kepada Yang Maha Pencipta! Entah berapa ratus ribu agaknya tulisan 'Tiada penakluk selain Allah' yang menghiasi seluruh kota al-Hambra. Tidak kurang pula dengan teknologi pengairan, geometri dan astronomi yang melengkapkan lagi keunikan al-Hambra.

I love every inch of al-Hamra.



Apapun, lawatan ke Cordoba sangat memilukan apabila melawat Mesquita, sebuah masjid besar yang boleh memuatkan lebih 20 000 jemaah, namun akhirnya ditukar menjadi cathedral. Malah ia juga dikatakan sebagai 'the worst architectural vandalism on the earth'. Sungguh memilukan apabila melihat mihrab yang dihiasi nama-nama Allah hari ini kelihatan bersama patung-patung manusia dan 'malaikat'. Bangunan yang satu ketika dahulu menjadi pusat ibadah dan ilmu hari ini dihiasi dengan berhala-berhala yang entah apa-apa. Solat tidak diizinkan sama sekali. Banyak lagi gereja di Cordoba yang pada asalnya merupakan masjid. Dan hari ini, masjid yang berada di Cordoba hanyalah sebuah bangunan yang sangat kecil yang saya kira hanya boleh memuatkan seramai kurang 100 orang.

Di Masjid Besar Cordoba, Mesquita yang cantik, yang kini ditukar menjadi gereja

Apapun, bagi saya, keunikan Andalus bukan terletak pada senibinanya, dan bukan pula pada keagungan tamadunnya yang menjadi ikutan sedunia. Yang lebih ajaib adalah rijal-rijal yang membawa dan mendukung panji-panji Islam! Mereka ajaib! Mereka hebat! Bagaimana mungkin hari ini kita dapat jumpa seorang tokoh yang menguasai pelbagai bidang ilmu? Bagaimana mungkin hari ini kita dapat jumpa pemuda-pemuda bersemangat kental yang sanggup berdakwah beribu-ribu kilometer? Mereka ini bagi saya lebih hebat daripada keunikan binaan-binaan tahap super yang dapat disaksikan hari ini. Lebih hebat dari superman dan batman. Mereka lebih unik. Dan mereka membawa risalah yang sama seperti Rasulullah s.a.w. Mereka adalah orang-orang ajaib yang terhasil dari kitab yang ajaib iaitu al-quran. Dan dengan keajaiban itu, mereka menyebarkan kemakmuran di atas muka bumi.

Hari ini bumi yang pernah makmur di bawah pemerintahan Islam itu hanya menjadi tatapan bagi yang rindukan kekhalifahan. Dan semenjak kekalahan Islam di 'Battle of Tours' pada tahun 733, Islam tersekat dari tersebar ke Perancis. Dan kekalahan di Vienna pula membantutkan penyebaran Islam ke Czech Republic. Beratnya tugasan kita.

Bumi Cordoba menuntut pembelaan. Tidak kurang pula tempat-tempat yang lain. Ya, tugas kita berat.

Walau apa pun musibah yang berlaku, seperti kata-kata Muhammad Ahmad ar-Rasyid, yakinlah ia hanya gerhana, bukan terbenamnya matahari. Yakinlah dengan kebangkitan Islam. Semoga kita termasuk di kalangan sebahagian dari kebangkitan ini insyaAllah.



Persaudaraan kami lebih kuat dari mereka, insyaAllah :-)

04 December 2011

Budapest & Misi Kita..


Bismillah..

Alhamdulillah, baru-baru ini, saya berpeluang berjaulah ke Budapest, ibu kota Hungary, satu metropolis di timur Eropah. Budapest merupakan satu bandar yang besar, yang merangkumi bandar 'Buda' dan bandar 'Pest' yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang besar.

Siapa sangka, Budapest sebenarnya pernah berada dalam kekuasaan kerajaan Turki Uthmaniah selama hampir 150 tahun. 150 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Sepanjang berada di Budapest, saya mencari di mana kesan penguasaan Islam di bandar ini.

Di penjuru-penjuru jalan di Budapest, kadangkala kita boleh nampak ukiran di dinding-dinding yang menunjukkan orang-orang Turki di Budapest. Ada juga beberapa bangunan yang ada seni bina Islam yang dapat dilihat di bandar ini, mengenangkan saya tentang percutian di Turki sebelum ini. Malah, kami jumpa ada menjumpai sebuah gereja di tepi sungai yang bertukar menjadi masjid sewaktu pemerintahan Islam, namun kini hanya menjadi sebuah muzeum.

Namun, boleh saya katakan kesan peninggalan tamadun Islam di metropolis ini sedikit dari segi senibinanya. Ia membuatkan saya terfikir, ke arah mana kita menyeru manusia. Ya, misi dakwah ini bukanlah untuk mengubah penganutnya kepada satu seni rekabentuk atau fizikalnya. Namun misi dakwah kita yang utama adalah untuk menyebarkan tauhid mengesakan Allah.

antara bangunan tinggalan kerajaan Uthmaniyah di Budapest

Malang sekali, hari ini, orang lebih memandang Islam dari aspek fizikalnya. Orang cina takut untuk masuk Islam apabila nama mereka harus diubah. Orang India tidak selesa menganut Islam apabila mereka di'Melayu'kan. Lebih malang, hari ini terdapat pelbagai slogan yang mengkaitkan kedaulatan Islam dengan satu-satu bangsa. Islam bukanlah milik orang Melayu, dan bukan pula milik orang Arab. Kita tidak menggesa Ah Chong makan tanpa menggunakan sudu apabila menganut Islam. Tidak pula menggesa Mutusamy memakai baju Melayu apabila datang ke masjid. Tetapi yang kita mahukan adalah aqidahnya yang benar, kerana itulah misi utama dakwah para rasul.

Ketika menghuraikan konsep nasionalisme, al-Imam Hassan al-Banna berkata:

Saudara yang dihormati, manusia berbangga dengan nasab dan keturunan apabila mereka mahu berkongsi keagungan dan kehebatan datuk nenek, atau kerana mahu meniupkan semangat dan maruah diri pada generasi anak-anak mereka. Namun kedua-dua tujuan ini sebenarnya tidak membawa apa-apa erti. Sebaliknya tidakkah anda rasakan hubungan anda dengan Allah lebih memberikan kehebatan dan kemuliaan.

'Kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya) - an-Nisa: 139

Hubungan ini akan lebih membawa anda ke martabat yang tinggi. Hubungan ini akan meniupkan semangat kepada mereka yang beramal untuk bangkit...

Seseorang tidak Muslim kerana berada di kelompok Muslim, atau lahir dari keluarga Muslim, atau berpakaian Muslim, atau bernama Muslim atau memakai jubah. Sebaliknya seseorang itu dikatakan Muslim apabila dia menerima Islam sebagai agamanya.

Isu ini mungkin perkara yang biasa kita dengar, namun asas perjuangan kita harus benar.

Saya fikir pemikiran yang mengsinonimkan Islam dengan Melayu harus dicantas dari pemikiran masyarakat hari ini. Sebaliknya perjuangan ini harus berteraskan aqidah tanpa mengira warna kulit dan perbezaan budaya. Dan apa gunanya kalau kita ada masjid yang besar-besar, bangunan-bangunan 'islamik' yang gah, namun penduduknya hanyalah angka-angka kosong yang tidak punya apa-apa kefahaman, apatah lagi sumbangan.

Misi kita harus jelas.

di Budapest

Sebenarnya banyak lagi yang hendak dikongsi berkenaan pengalaman baru-baru ini, namun saya sangat letih sekarang. InsyaAllah dalam entry lain selepas ini.

05 November 2011

Aidiladha..


Bismillah...

I've just broken my Arafah day fast with the Muslim community here. Alhamdulillah, I was coming back from Prague just now and it always feels good to be with those with the same aqidah with us from different races. And it feels more special, knowing that insyaAllah it's probably going to be the last Arafah Day and Eid celebration that I celebrate here.. insyaAllah.

To everyone who read this post, I would like to wish you all 'Selamat Hari Raya AidilAdha'. Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu 'aam wa antum bikhair.

Let's understand and practise the concept of 'sacrifice' the way it should be. Life needs sacrifice. The deen needs our sacrifice. And let's be istiqamah.

InsyaAllah, I'll be having my Obstetrics and Gynaecology examination next week. It's a big exam. It's my final year exam. Do pray for my success.


And last but not least, happy belated birthday to my beloved niece, Alya Mahdiya. I miss her very much.

27 October 2011

r-Evolusi...

Bismillah..

Minggu ini, rata-rata orang membicarakan perihal kematian Muammar Gaddafi, seorang diktator yang dikatakan telah menzalimi rakyat sendiri. Di mana-mana sahaja, orang membicarakan peristiwa ini. Maka lahirlah pelbagai artikel dan teori yang bersangkutan dengan peristiwa tersebut. Sebagai seorang yang beriman dengan aqidah Islam, kita seharusnya mengambil iktibar, setinggi mana pun kedudukan kita, ianya tidak akan lagi berguna bila nyawa kita sudah diambil. Moga-moga kita termasuk di kalangan mereka yang mendapat rahmat.

Saya tidak menafikan pemimpin ini punya karisma yang cukup besar. Bayangkan, beliau telah memimpin revolusi di Libya semenjang umur 27 tahun! Dan semenjak daripada itu, beliau memegang tampuk pemerintahan hingga ke akhir hayat. Itu belum dilihat pembaharuan-pembaharuan yang dilakukannya. Hebatnya pemuda tersebut.

Namun, tidak kurang pula kezaliman yang dilakukan. Kekejamannya menghapuskan ingatan orang ramai terhadap jasanya. Entah berapa ribu rakyatnya sendiri yang telah dibunuhnya. Siapa sahaja yang menentangnya akan dibunuh. Tidak perlulah untuk saya huraikan di sini memandangkan beliau sudah pun tiada.

Apapun, saya amat kecewa melihat layanan masyarakat Libya terhadap pemimpin mereka. Tindakan menayang-nayangkan jenazah di khalayak ramai supaya orang ramai boleh bergambar dengan jenazah adalah satu perbuatan yang jijik, keji dan tidak bertamadun. Saya tidak sanggup pun untuk berkongsi video yang saya lihat di laman blog ini. Barangkali benar tulisan sahabat saya yang mengatakan salah satu taktik penjajah apabila hendak menghukum pejuang-pejuang tegar, mereka mengambil pendekatan keras dengan memperlakukan mayat pejuang tersebut dengan dahsyat sekali. Lihatlah apa yang berlaku pada jenazah Gaddafi. Hal seumpama ini bukanlah perkara baru, sebaliknya ia pernah berlaku di negara kita sendiri. Lihatlah bagaimana British mengambil tindakan terhadap jenazah Haji Hasan Munas (Tok Janggut) yang mana jenazahnya diseret dan digantung songsang di Pasir Putih untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak ada lagi yang berani menentang selepas ini.

Apapun, dikator itu sudah tiada. Bagaimana pula dengan nasib rakyat Libya sekarang? Dengan pimpinan NTC yang sangat pro-barat, rakyat yang bergaduh sesama sendiri, peperangan yang tidak sudah, adakah anda merasakan keadaan akan bertambah baik di negara Afrika tersebut?

Apakah cita-cita rakyat Libya tercapai?

Apakah nasib mereka akan terbela?

Apakah mereka akan hidup aman tanpa pergaduhan selepas ini?

Mereka sebenarnya hanya menukar kepimpinan diktator dengan anak patung barat.

Saya mengumpamakan proses ini seolah-olah menukar cat rumah. Sudah lama sangat dengan warna lama yang sudah lusuh, tukar lah pula warna lain. Luarnya sahaja yang nampak berbeza, tapi dalamnya, mungkin lebih teruk dari sebelum ini.

Itu lah dia revolusi. Kita mungkin boleh menukar kepimpinan dan pemerintahan. Namun, perubahan kepimpinan sahaja tidaklah cukup untuk mengubah nasib umat ini!

Kerana itu kita belajar dari sirah, bagaimana Rasulullah s.a.w. membina tamadun bermula dengan mentarbiyah dan membina qaedah sulbah. Jika Rasullah s.a.w. hendak memegang tampuk pemerintahan, bisa sahaja beliau ditawarkan. Namun, baginda memilih jalan dakwah dan tabiyah yang jauh dan sukar sebelum baginda mengambil alih pemerintahan.

Perubahan ini tidak berlaku dengan sekelip mata. Ia adalah satu proses yang mana secara sunnatullah perlu berlaku beransur-ansur.

Syarikat Apple tidak menjadi terkenal secara tiba-tiba. Ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun sebelum menjadi satu jenama terulung. Malah ia pernah beberapa kali gagal dalam percubaan pengeluaran produk daripada menarik hati pembeli.

Demikian pula dengan ideologi-ideologi yang pelbagai di dunia ini. Lihat sahaja pada komunisme. Ia tidak bangkit secara tiba-tiba. Lenin pernah ditangkap dan dibuang negeri atas perjuangannya. Ia mengambil pelbagai inisiatif untuk memperkuatkan akar umbi. Kemudian barulah ia berjaya mengambil pemerintahan.

Ini adalah sunnatullah.

Untuk mengubah nasib masyarakat memerlukan usaha yang panjang. Ia tidak mungkin hadir dengan sekelip mata. Saya memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna dalam Majmu' Rasail, dalam bab Halatuju Dakwah Kita:

Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu: Kemahuan tinggi yang tidak mampu digugat oleh kelemahan. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut. Memahami prinsip, meyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain. Dengan hanya memiliki kesemua asas yang berbentuk rohani ini dan dengan memiliki kekuatan rohani yang agung akan tertegak sebuah prinsip dan akan mampu membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa bangsa yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak merasainya.
Mana-mana bangsa yang kehilangan keempat-empat sifat ini ataupun pemimpin dan pendokong pembaharuannya kehilangan sifat-sifat ini, bangsa ini adalah bangsa yang tidak berharga dan malang. Bangsa ini tidak akan mampu mencapai kejayaan dan tidak akan dapat merealisasikan impian mereka. Mereka akan hanya hidup dalam dunia sangkaan, khayalan dan impian. “Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).” (Maksud Yunus: 36).
Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan di alam ini.

Beliau menekankan empat prinsip utama

1. Kemahuan yang tinggi
2. Kesetiaan sejati
3. Pengorbanan yang agung.
4. Memahami dan meyakini prinsip

Dari satu konteks, masyarakat semakin sedar, perubahan itu perlu bermula dari bawah, dari akar umbi, namun, tanpa ada kualiti-kualiti ini, jangan diharap perubahan itu dalam dilaksanakan dalam sekelip mata.


Teruslah dengan tarbiyah. Jalan ini panjang, tapi hasilnya pasti.

Kita tidak memerlukan REVOLUSI, tetapi kita perlukan EVOLUSI.

16 October 2011

Keluh

Salam w.b.t.

Ketika menulis entry ini, saya dalam keadaan begitu letih.. Semalam hanya tidur beberapa jam. Petang pula pergi ke bandar lain dan memberi pengisian.. dan banyak lagi.

Kadangkala saya pernah terfikir kenapa saya sangat sibukkan diri saya dengan perkara yang orang lain tidak lakukan. Di kala orang lain berehat-rehat waktu cuti, kita sibuk dengan pelbagai program. Di kala orang lain menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran, diri ini sibuk dengan penumpuan pada hal-hal bukan pelajaran. Di kala orang lain menghabiskan wang untuk membeli telefon canggih, baju-baju berjenama, kasut yang pelbagai rupa, kita menghabiskan wang untuk 'travel' ke sana dan ke sini, infak ke merata tempat, malah kadangkala dihabiskan untuk orang lain.

Saya terfikir betapa hebatnya cabaran yang dihadapi oleh golongan 'as-sabiquun al-awwaluun' di zaman Rasulullah di Makkah dahulu. Keadaan mereka semestinya lebih hebat dari kita. Mereka berjihad, berjuang demi mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak pernah melihatnya. Sekurang-kurangnya kita punya contoh dan sekurang-kurangnya kita tidak diancam dengan cabaran sehebat para sahabat dahulu. Ingatlah ketika kita mengeluarkan sebahagian harta kita, ada orang yang sanggup membelanjakan keseluruhan harta mereka. Ketika kita sibuk terkejar-kejar mencari masa mentelaah pelajaran, ada orang yang mencurahkan sepenuh masa untuk kerja-kerja dakwah. Ketika kita 'travel' ratusan batu hanya untuk berusrah, ada orang yang meninggalkan kerja, berjalan ribuan batu hanya untuk menyebarkan fikrah ini.

Kita yang pelik atau mereka?

Kadangkala terasa hendak menangis kerana sibuk. Kalaulah bukan kerana keyakinan ini, pastinya sudah lama saya meninggalkan jalan ini. Setiap minggu dalam keadaan yang sangat letih, fikiran yang memikirkan pelbagai masalah beserta usaha keras untuk mentelaah pelajaran. Itu pun masih lagi banyak kekurangan yang mesti diperbaiki.

Hakikatnya, semangat itu sedikit kembali tiap kali berjumpa saudara seperjuangan. Setiap dari kita umpama kepingan-kepingan 'jigsa puzzle'. Dan pengikat kita adalah ukhwah.

Dahulu saya hanya mendengar. Tetapi kini saya fikir saya lebih memahami erti ukhwah tersebut. Apa erti satu gerak kerja jikalau ahlinya tidak berkongsi susah dan senang.

Namun hakikatnya tidak ramai yang mampu berkongsi susah dan senang satu sama lain. Ya, pastinya tarikan dunia dari rakan-rakan lain sedikit sebanyak menggugat hati kita. Saya sudah banyak kali melihat orang-orang yang lebih mementingkan keseronokan diri sendiri dari kemaslahatan gerakkerja keseluruhan. Namun apa sahaja yang mereka dapat? Tidak lain hanya keseronokan sementara.

Bukankah Allah sudah berkata:
“Dan jika kamu ikuti kebanyakan orang di bumi, nescaya mereka itu menyesatkan kamu dari jalan Allah, mereka tidaklah mengikut, selain dugaan sahaja dan mereka tidak lain hanya mengagak sahaja” -Al-An'aam: 116

Ikhlaskanlah niat, tingkatkanlah ibadah kita dan rapatkanlah saf. Ah, kita tidak layak untuk mengeluh.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. - at-Taubah: 111


p/s - Selamat Hari lahir kepada adik saya, Aisyah Ismail yang menyambut hari lahirnya kelmarin. Moga terus tsabat. Moga terus cemerlang dunia akhirat :-)

28 September 2011

'Negara' Apakah Di Sekitar Kota Baitulmaqdis itu?

Salam w.b.t.

Hari ini 28 September adalah genap 11 tahun perjuangan intifadha di Palestin. Sudah agak lama saya tidak menulis berkisar Palestin di ruangan blog ini. Namun, hari ini saya berminat untuk menulis beberapa pandangan mengenai isu umat ini.

Seringkali kita mendengar ceramah-ceramah dan bahan-bahan bacaan yang menuntut agar 'negara' Palestin diberikan semula kedaulatannya. Namun, apakah semua orang tahu, siapakah sebenarnya yang membentuk 'negara' Palestin itu? Ayuh, kita lihat sebentar sejarah ringkas 'negara' Palestin.

Semenjak tahun 630M lagi, tanah suci Baitulmaqdis dan sekitarnya berada di bawah kekuasaan pemerintahan khilafah islamiyah. Ianya bermula dengan penguasaan oleh Khalifah Islam yang agung, iaitu Khalifah Umar al-Khattab. Menariknya, sepanjang pemerintahan kerajaan Islam di tanah suci itu, orang-orang Kristian dan Yahudi dibenarkan tinggal dengan aman tanpa sebarang gangguan melalui sebuah perjanjian yang dinamai al-Uhda al-'Umariyya atau dalam buku sejarah bahasa Inggeris menyebutnya sebagai Convenant of 'Umar I. Dalam perjanjian ini, kaum Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan kepercayaan sendiri tanpa sedikit pun halangan. Demikianlah indahnya agama Islam yang bersifat syamil, kamil dan mutakammil.

Semenjak penguasaan Islam tersebut, Palestin terus menerus berada di bawah pemerintahan Islam dari beberapa jenis kerajaan sehinggalah tahun 1099, di mana tanah Palestin jatuh ke tangan tentera Kristian. Diringkaskan, pemerintahan ini berterusan sehingga ke tahun 1187, di mana seorang tanah Islam Palestin berjaya dibebaskan kembali oleh seorang panglima tentera yang hebat, berbangsa Kurdish, iaitu Salahuddin al-Ayyubi.

Seterusnya, Palestin terus menerus berada di bawah penguasaan Islam sewaktu pemerintahan Khalifah Uthmaniyah.

Persoalannya, sejak bilakah sempadan sebenar 'negara Palestin' itu diadakan? Padahal, dari sejarah, kita dapati berkurun-kurun lamanya, tanah Palestin itu berada di bawah pemerintahan Islam. Siapakah yang mereka-reka cerita bahawa tanah di sekitar Baitulmaqdis itu adalah 'negara Palestin'?

Tidak lain dan tidak bukan, definisi 'negara Palestin' akhirnya dibuat oleh Perancis dan British, yang membahagi-bahagikan wilayah Kerajaan Turki Uthmaniyah yang mulai runtuh pada tahun 1916. Dan pada tahun 1917, akhirnya sempadan 'negara Palestin' diadakan di dalam satu perjanjian yang dikenali ramai iaitu 'Balfour Declaration of 1917'. Saya tidak mahu menyentuh komplikasi yang terjadi sewaktu termeterainya perjanjian Balfour ini, kerana ia akan meleret lebih jauh.

Dan jika kita teliti, sebenarnya, pemimpin Yahudi British, James Balfour itu telah merujuk kepada peta yang disebut sebagai zaman Hebrew Bible atau Old Testament period pada tahun 830 sebelum masihi yang menceritakan tentang United Kingdom of Israel. Dan tahukah anda besar manakah negara Palestin di dalam peta tersebut? Itulah dia wilayah yang dinamakah 'Philistine', yang pada hari ini sangat mirip dengan Gaza.

File:Kingdoms around Israel 830 map.svg

Mengapakah saya mengingatkan kembali soal sejarah? Ini adalah supaya kita kenal pokok pangkal perjuangan kita. Kita perlu sedar bahawa sempadan 'negara Palestin' itu sendiri sebenarnya direka-reka oleh musuh Islam. Dan pentingkah untuk kita tahu semua itu?

Semestinya sangat penting untuk kita jelas tentang prinsip perjuangan kita. Tanah di sekitar Baitulmaqdis itu sebenarnya adalah tanah umat Islam. Tanah kita. Sudah pastinya terdapat perbezaan yang besar antara 'perjuangan menegakkan harta dan tanah rakyat Palestin' dengan 'perjuangan menegakkan harta umat'. Meletakkan definisi 'perjuangan menuntut hak rakyat Palestin' seolah-olah meletakkan bebanan di bahu rakyat yang bermastautin di kawasan itu.

Sebaliknya mendefinisikan perjuangan ini menjadi 'perjuangan menegakkan harta umat' meletakkan nilai yang jauh lebih besar, dan ianya wajib ditegakkan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ini bertepatan dengan prinsip al-maqasid al-syariah yang digariskan oleh al-Imam al-Syatibi yang menggariskan 5 perkara asas dalam kategori 'daruriyat', iaitu din (agama), nafs (nyawa), aql (aqal), maal (harta), dan nasab (keturunan).

Kita perlu jelas bahawa perkara yang membezakan manusia adalah aqidah, dan bukanlah kenegaraan. Ayat quran manakah yang membahagikan manusia mengikut negara? Sebaliknya di dalam quran, Allah sentiasa membezakan orang yang mempunyai aqidah dan sebaliknya. Islam tidak pernah memandang umatnya dalam pecahan-pecahan negara. Seluruh dunia ini adalah milik Allah, dan ianya hanya layak diurus menurut perintah Allah. Kerana itu Kita melihat kerajaan-kerajaan Islam dahulu meluaskan kuasa, kerana meletakkan hak pemerintahan alam ini di bawah pemrintahan Islam. Jika dunia ini bersistem mengikut 'negara', mengapa Khalifah Umar al-Khattab dahulu pergi bersusah payah memulakan penguasaan umat Islam. Dunia ini milik Allah, dan menjadi kewajipan umat Islam untuk berdakwah untuk meletakkan tanah-tanah milik Allah ini mengikut garis-garis panduan yang ditetapkan oleh Allah.

Prinsip perjuangan ini harus jelas. Ia bukan sahaja dalam kes Palestin, sebaliknya ia melibatkan perjuangan di seluruh dunia Islam sama ada di Iraq, Afghanisthan, Kashmir dan sebagainya. Perjuangan berprinsipkan 'nasionalisme' hanyalah satu perkara bodoh yang direka-reka oleh manusia. Harus diingat, nilai perjuangan sangat berbeza antara perjuangan rakyat Palestin, dan perjuangan menuntut hak umat, yang mana bebannya terpikul oleh seluruh umat yang mengaku dirinya adalah Muslim.

Ayuh kita teruskan perjuangan Sultan Abdul Hamid semenjak tahun 1900 untuk mempertahankan tanah suci ini.

Petikan fatwa al-Azhar 1947

On 29 November 1947 the scholars of Alazhar issued a call after the resolution of the United Nations to divide Palestine into two countries, a Jewish and a Palestinian. This call included: "The resolution of the United Nations is a resolution from a body without authority. It is an oppressive, and transgressing resolution which has no justice or equity." Then the Muslim scholars called for Jihad to liberate Palestine: "Block their path, and sit for them in every vantage point, boycott them with respect to their trade and do not deal with them, and prepare the requisites of Jihad amongst yourselves.. Fulfill what Allah has required of you..." [Ibid pp 12 - 15]



Rujukan:
- Palestine, History, Case and Solution, published in the 11th issue of Nida'ul Islam
magazine (http://www.islam.org.au) January – February [1996]
- www.wikipedia.org