Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

13 September 2009

Kuih Raya

Salam w.b.t.

Buat pertama kalinya dalam cuti ini, saya telah membuat kuih raya sebagai kenang-kenangan hasil tangan sebelum saya kembali ke Eropah menggunakan resipi yang diberi oleh kakak saya. Alhamdulillah, berkat kesabaran, saya berjaya juga menyiapkan kuih raya dalam masa satu jam lebih.

Kedukaan akibat kekalahan Arsenal kepada Manchester City sedikit terubat dengan siapnya kuih-kuih raya. Namun, saya tidak menghabiskan kerja-kerja sehingga penyimpanan kerana tidur awal kerana ingin bangun awal untuk qiam di masjid awal pagi tadi. Terima kasih kepada kakak saya Dr Amrah dan adik saya Aisyah yang membantu menghabiskan kerja-kerja membuat kuih yang saya dan kakak saya mulakan, walaupun mereka sibuk juga menonton televisyen pada awalnya dengan saya keseorangan membuat kerja.

tangan penulis ketika meyiapkan kerja-kerja terakhir membuat kuih

Sememangnya saya gembira bersama keluarga sewaktu cuti ini.

Kepada para pembaca lain yang sibuk membuat kuih juga, ayuh buat kuih, buat kuih juga, tapi amalan di 10 malam terakhir usah dilupa!!

Bagi para pembaca yang ingin merasa kuih buatan saya, jemputlah datang ke rumah pada hari raya nanti :-)

01 February 2009

Baked Macaroni

Salam w.b.t.

Selain mengisi masa cuti saya dengan membaca buku-buku agama, saya juga telah menggunakan kesempatan yang ada untuk memantapkan lagi 'skill' memasak yang tidak kurang penting di sini.

Semalam saya membaiki lauk asam pedas saya, dan pada hari ini, saya telah mencuba buat pertama kali untuk membuat 'baked macaroni'.

my baked macaroni

my baked macaroni

Sesungguhnya, kebolehan memasak adalah satu keperluan apabila berada di perantauan. Ini kerana, makan di luar adalah sangat mahal. Sebagai contoh, harga seketul kebab sahaja mencecah RM 17 jika ditukar ke matawang ringgit. Makanan yang bernasi pula berharga kira-kira RM 22 dalam matawang ringgit. Maka sudah tentulah, masak sendiri adalah alternatif terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan hidup, di samping menambahkan pengalaman.

Bagi 'baked macaroni' yang saya baru sahaja buat sebentar tadi, saya telah mendapat resipi daripada kakak saya, Dr Amrah binti Ismail. Beliau lah yang telah memberikan resipi ini beberapa bulan yang lepas, namun, baru sekarang saya mencuba. Terima kasih kak ngah..