

"Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki seluruh kerajaan langit dan bumi, Dia Menyiksa siapa yang Dia kehendaki dan mengampuni siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Al-Maidah:40)

This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions


"Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki seluruh kerajaan langit dan bumi, Dia Menyiksa siapa yang Dia kehendaki dan mengampuni siapa yang Dia kehendaki. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." (Al-Maidah:40)

"Sesungguhnya Allah Membeli dari orang-orang Mukmin , baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung" - at-Taubah: 111
"Bermegah-megahan (anak, harta, pengikut, kemuliaan, dsb) telah melalaikan kamu. Sampailah kamu masuk kubur. Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatan kamu itu. Kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamuakan mengetahui akibat perbuatan kamu itu. Sekali-kali tidak! Jika kamu mengetahui dengan yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim. Kemudian kamu akan melihatnya dengan mata kepala sendiri. Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu)" - 102:1-8Saya agak terkesan apabila membaca ayat ini. Susunan ayatnya benar-benar berbentuk ancaman kepada kita, jika kita lalai! Persoalannya apakah kelalaian yang dimaksudkan di dalam ayat ini? Apakah dia perkara yang melalaikan kita? Adakah yang dimaksudkan dengan lalai itu adalah kerana melakukan perkara-perkara haram? Tidak! Namun yang dimaksudkan dengan lalai dengan ayat ini adalah perkara-perkara biasa yang halal, namun membuatkan kita leka dengan perkara tersebut.
Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyahSyed Qutb telah lama memerhatikan fenomena ini. Tidak dapat disangkal, cita-cita yang manusia kejar di dunia ini adalah amat kerdil, dan tidak dapat dibanding dengan cita-cita di akhirat. Seperti yang diterang dalam surah al-Sajdah, sehari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun dunia. Maka, sudah tentulah apa sahaja yang kita kejar di dunia ini sangatlah sedikit berbanding kehidupan di akhirat kelak.
berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?
"Tidak sama antara kamu orang yang membelanjakan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Makkah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang yang membelanjakan (harta) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada kedua-dua golongan balasan yang lebih baik. Allah amat mengetahui apa yan gkamu kerjakan" - al-Hadid: 10Ayat di atas secara jelas menafikan persamaan martabat antara para sahabat yang berjuang dan berbelanja sebelum pembukaan Kota Makkah dengan mereka yang berbelanja dan berjuang selepas peristiwa itu. namun Allah menjanjikan kedua-dua golongan balasan yang baik iaitu syurga. Ini bererti kesemua mereka adalah ahli syurga.
Daripada Abu Sa'id al-Khudri, katanya: Bersabda Nabi s.a.w.: "Jangan kamu mencerca para sahabatku. Sesungguhnya jika ada di kalangan kamu membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, ia tidak mencapai (nilai) secupak (makanan) atau setengahnya yang dibelanja oleh mereka." - Riwayat al-Bukhari dan MuslimDalam hadith ini baginda Nabi s.a.w. menggambarkan betapa tingginya kedudukan para sahabat di sisi Allah s.w.t. sehinggakan nilai secupak yang dibelanjakan oleh mereka pada jalan Allah adalah lebih mulia di sisi Allah daripada emas sebesar Bukit Uhud dibelanjakan oleh sesiapa yang selepas mereka. Hadith ini jelas membuktikan kelebihan atau keutamaan mereka jika dibandingkan orang-orang selepas mereka.
Ada orang..
dulu hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.
bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.
Ada orang..
sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah
bukan apa, kene tadarruj
tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.
Ada orang..
sedap memberi ceramah
liqa’nya menarik dan menolak
bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan
tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,
takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.
Ada orang..
di mana dauroh di situ mukanya
di mana mukhayyam di situl dia
di mana mabit disitu tidurnya
kemana sahaja pasti ada dia
tidak perlukan dia pun masih ada dia
bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah
tapi sayang di medan longlai dan lesu
ke sana kemari hanya kerana suka
juga kerana semangat berpersatuan.
Ada orang..
dulu ligat
kereta hijau di belasah sekuat mungkin
bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’
surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih
tapi sayang
segalanya hanya sejarah
tapi mengapa?
Ada orang..
Ada orang..
Ada orang..
Jangan lupa kita juga orang..
Jangan lupa hidayah bukan milik orang..
Tentunya Allahlah yang memilih orang..
Adakah kita layak?
Untuk dipilih dan terus dipilih.
Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.
Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.
Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.
Jadi AWASI syaiton sekeliling!
Gigit kuat-kuat hidayah ini..
(7:175)
Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini
Syaiton menerkam memeluk kau erat!
Siapa rugi?
(9:39)
Tak pa
pergilah jauh-jauh
seandainya hidup dunia itu kau pilih
pastinya dakwah ini ada penggantinya.
Jika buka kita
Orang lain..