Ketika saya menulis entry ini, saya sedang melakukan persediaan untuk kembara saya yang bermula esok. Esok saya akan meninggalkan tempat ini untuk bermusafir buat seketika. Mudah-mudahan kembara saya dapat membantu memberikan semangat dan menghidupkan kembali hati ini yang kadangkala lalai dan alpa. Ketika ini juga, politik di negeri saya sedang agak bergoncang. Namun, saya belum cukup bersedia untuk menghuraikan isu politik secara terbuka. Saya memilih untuk berbicara isu yang lain yang tidak kurang pentingnya.
Beberapa orang pernah bertanyakan kepada saya mengenai keutamaan meriwayatkan sumber yang sahih..
Saya dengan segala kelemahan yang ada pada diri saya mengakui saya bukanlah seorang yang arif mengenai ilmu hadith. Namun, berbekalkan bahan-bahan rujukan yang telah saya rujuk kebelakangan ini, saya suka untuk berkongsi sedikit ilmu mengenai periwayatan hadith ini secara ilmiah.
Pertama sekali, saya ingin menegaskan, meriwayatkan sesuatu yang benar bukanlah satu isu yang harus dipandang mudah, sebaliknya, ia merupakan sesuatu yang sangat serius dan penting. Barangkali kenyataan saya tidak kelihatan begitu tegas tanpa saya sertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Maka, saya lebih suka untuk menguatkan hujah saya dengan beberapa sumber yang saya fikir, anda sendiri dapat menilainya.
Imam Ibn Hibban meletakkan satu fasal dalam kitabnya yang beliau namakan:
"Fasal: Menyebut ketetapan memasuki neraka bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Muhammad s.a.w) sedangkan dia tidak mengetahui mengenai kesahihannya" - Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban 1/20Menurut Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah:
"Tidak halal meriwayatkan hadith palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini samaada berkaitan halal dan haram, fadaail (kelebihan-kelebihan amalan), al-Tarhib (menakut-nakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-Taghib (menggalakkan ibadah), kisah, sejarah atau selainnya"Malah Rasulullah s.a.w sendiri melarang keras pendustaan tanpa sumber yang sahih seperti yang disebut dalam beberapa hadith:
"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka." - Riwayat al-Bukhari 1/439 dan Muslim 1/10. Hadith ini adalah mutawatir.Dalam riwayat yang lain, Nabi s.a.w. menyebut:
"Jangan kamu berdusta ke atasku. Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia masuk neraka" - Riwayat al-Bukhari 1/52 dan Muslim 1/10Malah dalam satu firman Allah di dalam kitab suci al-quran:
"Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berlandaskan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim" - al-An'am:144Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan di atas, sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang waras, sudah tentu sekali kita dapat mempertimbangkan sendiri betapa beratnya kesalahan jika kita meriwayatkan sesuatu tanpa kita mengetahui kebenarannya.
Kadangkala dalam usaha kita mengajak orang lain melakukan kebaikan, kita menggunakan hadith-hadith atau kisah-kisah para Rasul dan sahabat yang sebenarnya tidak pernah pun wujud dalam kitab-kitab sejarah. Terdapat pelbagai contoh kisah-kisah yang berlegar di kalangan umat Islam, yang sebenarnya palsu belaka. Malah, ada di antaranya yang sampaikan menghina para sahabat yang begitu rapat dengan baginda Rasulullah.
Justeru saya menasihat dan mengingatkan diri saya dan para pemabaca agar kita bersikap lebih berhati-hati sebelum menyampaikan sesuatu, kerana tindakan kita berkemungkinan menghina Rasulullah dan para sahabat!! Agama Islam adalah satu agama wahyu. Kita beramal dengan wahyu dengan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Seandainya amalan-amalan dan hadith-hadith dipermain-mainkan, maka jadilah agama ini seperti agama-agama lain yang sudah banyak tokok tambah dan berasaskan akal fikiran manusia belaka. Kita bertanggungjawab untuk memelihara kesucian agama!!
Sama-samalah kita berlindung dengan Allah daripada termasuk di kalangan perosak agama..
8 comments:
Gi bercuti eh? Seronoknyer =)
Just read this verse and wanna share with you... "dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (al-anfal:46)
(^_^)" love you so much my bro... "hati tempat jatuh pndgn Allah, jasad lahir tumpuan manusia.. utamakan pndgn Allah dari pandangan manusia"
BarakAllahufik!
Assalamualaikum...
to EfigĂȘnia Coutinho, thanks for visiting my blog, even though I wonder if you understand my writing. thanks for the compliment.. May God bless you..
to my beloved sis, Aisyah.. thanks jugak, yer :-) luv u too.. aisyah sgt bes ;p kadang2 memang susah nak sabar, seringkali hampir hilang sabar bile berhadapan kerenah manusia, bila dizalimi manusia lain.. takpela.. iAllah, terus bersabar.. hehe..
abg tgh kat bratislava skarang.. aisyah nak apape tak dari turkey? okay.. take care..
wah... betul ke tu taurat yg asal?
Abang =)
"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang baik, maka diberikan cubaan kepadanya" (Riwayat Bukhari)
"Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"
Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang Rasulullah SAW tunjukkan sebagai ahli syurga hingga sahabat-sahabat lain mula sibuk menyelidiki apa specialnya sahabat itu hingga ditunjukkan oleh Baginda Rasul sebagai ahli syurga. Akhirnya diketahui sahabat itu amalannya macam biasa saja berbanding sahabat-sahabat lain cuma satu perkara yang telah mengangkatnya sebagai ahli syurga adalah dia sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Setiapkali sebelum terlelap mata, dia akan memaafkan semua kesalahan orang lain kepadanya....tak kira siapa.
“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”.
(An Nisaa’ : 149)
(^_^)" i know my brother seorang yg sabar dan pemaaf insyaAllah...
p/s: x kisah je nak beli pape kat turkey tu.. ape2 yg cantik di mata abang.. cantik la untuk aisyah.. tapi kalau beli untuk aisyah jubah2 n tudung2 turkey pon lg menarik hehe =p
k k take care~
Salam.. to polar.. kalau ikut muzeum tu, dorang mendakwa itu merupakan kitab Taurat yang sebenar.. tapi kesahihannya, wallahua'alam.. huhu..
to my sis, aisyah..
thanks for your advice.. insyaAllah, akan terus bersabar dengan cubaan.. huhu..
by d way, abg dah beli dah souvenir utk aisyah.. hehe.. tak sabar nak jumpe ;p
good story...keep it up...
Apa jua yg Allah cipta akan kembali padaNya apabila waktu untuk diambil kembali telah tiba...selagi kite berpegang pada Quran n sunnah selagi itu kita terpelihara dari kemungkaran...insyaAllah...
Jadi bersyukurlah kita kerana kita diberi peluang melihat keindahan ciptaan Allah...
"bersyukurlah seiring dengan ibadat yang kita lakukan agar seimbang dunia dan akhirat..."
thanx, saudari puteri atas peringatan.. ingatkan siape tadi mule2..
Memang kadangkala kita mudah lalai.. so, selalulah saling mengingati antara satu sama lain..
Post a Comment