Salam w.b.t.
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Kita berjaya juga lalui bulan Ramadhan tahun ini. Semoga semua amal ibadat kita diterima dan mengubah diri kita ke arah kebaikan.
Saya baru sahaja pulang dari kampung di Melaka semalam. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat berhari raya bersama keluarga tercinta di tanah air. Namun, saya tidak sempat beraya bersama adik saya, Aisyah Ismail, yang pergi ke UK beberapa hari sebelum hari lebaran.
Alya Mahdiya yang berehat sebentar setelah penat berlari-lari dalam kesibukan KLIA
Penulis bergambar bersama keluarga dan sewaktu menghantar Aisyah
Penulis bersama anak-anak saudara yang petah bercerita
Saya telah berada di Melaka semenjak dari minggu lepas, sejurus selepas menghantar adik saya di KLIA. Menjelang raya, saya telah membantu persiapan raya di kampung seperti membeli perkakas yang diperlukan, dan juga membuat ketupat.
Penulis menganyam ketupat
Seperti biasa, sewaktu hari raya, kampung saya di Semabok Melaka sangat meriah dengan suasana kunjung mengunjung. Saya tersentuh dengan budaya tersebut yang semakin pudar di tempat tinggal saya. Kehadiran ramai sedara mara dari Singapura pula menyerikan lagi suasana pada hari tersebut.
Keluarga penulis beserta datuk dan nenek. Tiada di gambar - Aisyah dan Arbaeyah sekeluarga
Di Masjid Tanah pula, hari raya di situ unik dengan hidangan tersendiri yang unik. Antaranya rendang itik, kerbau dan juga lemang periuk kera. Meskipun sudah biasa dengan hidangan itik dan kerbau apabila bertandang ke Masjid Tanah, raya kali ini merupakan kali pertama saya merasa lemang yang dibuat dalam periuk kera.
lemang periuk kera
Pada tahun ini, saya tidak beraya di Singapura, memandangkan kesuntukan waktu. Tambahan pula, ramai juga saudara mara saya dari negara jiran itu yang datang ke Melaka untuk beraya bersama.
bersama saudara mara dari Singapura
Akhir kata, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca, termasuk adik saya Aisyah Ismail, yang beraya buat pertama kali di United Kingdom. Saya memohon ampun dan maaf andaikata pernah melakukan sebarang kesalahan kepada mana-mana pembaca, kerana saya hanya insan biasa yang tidak lari dari kesalahan. Marilah kita menyambut Syawal dengan kesyukuran, dan bertekad untuk terus istiqamah dengan amalan-amalan yang telah kita kerjakan sewaktu bulan Ramadhan. Janganlah kita menjadi RAMADHANIYAH, yang hanya beramal pada bulan Ramadhan, tetapi marilah kita menjadi RABBANIYAH yang beramal kerana Rabb kita.
Kullu'aam wa antum bikhair.
p/s - Gambar-gambar raya yang lain boleh dilihat di Picasa Web Album saya.
4 comments:
sekadar ingin tahu, =) knp aisyah beraya di UK?
owh.. die blaja medic kat sane.. kat Cardiff.. baru fly :-)
selamat ari raye.maaf zahir batin. ana tengok gambar mula ingat anta dah balik chech. rupanya sempat beraya di malaysia. saye malysia.seronoknye. ana dah 6 raye tak tak raye malaysia. bila balik chec?
salam, eisa..
ana dah balik czech dah pun.. balik 1 week after raya aritu.. huhu.. doakan kejayaan bersama :-)
Post a Comment