InsyaAllah, esok saya akan meninggalkan tempat ini untuk menghantar adik saya ke KLIA untuk balik ke United Kingdom, dan kemudiannya terus bergerak ke Singapura menziarah saudara mara di sana sebelum saya sendiri berangkat ke benua Eropah.
Syukur dan terima kasih tidak terhingga pada Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, dan dan Tuhan yang hanya layak disembah oleh sekalian manusia, atas kesempatan yang diberkan kepada saya untuk berjumpa kaum keluarga dan menimba ilmu-ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai sepanjang percutian di tanah air.
Saya akan merindui kaum keluarga, saudara mara, jiran-jiran, qariah masjid tempat saya dan semua kenalan di sini.
Doakan perjalanan saya selamat, diberkati Allah dan doakan kejayaan saya dalam pelajaran, juga kejayaan dalam hidup di dunia dan di akhirat.
Jika dipanjangkan usia, dan jika diizinkan Allah, saya akan pulang kembali ke tanah air pada tahun hadapan.
Pelbagai cabaran bakal ditempuh. Semoga misi yang saya kejar sejelas destinasi yang ditujui.
Ya muqallibal quluub, tsabbit qalbi 'ala diinik wa 'ala tho'atik
2 comments:
Have a very safe journey. May you reach your destinations safe and sound, InsyaAllah. ;))
All the best!!
thanks :-)
alhamdulillah, baru smpai czech smlam.. pray for me, k..
Post a Comment